Food Review

Tsujiri - Since 1860 - Rasa Teh Hijau Sebenar

8:00 PG

Assalamualaikum
Tsujiri - Since 1860 - Rasa Teh Hijau Sebenar | Tsujiri ditubuhkan pertama kali oleh Riemon Tsuji di Uji Kyoto, Jepun.  Jenama yang bertahan selama 155 tahun lamanya.

Tsujiri di Mount Austin ini merupakan cawangan pertama di JB. Jangan risau, semua dessert di sini halal.


Jika korang penggemar teh hijau, korang perlu cuba. 

O-Matcha Selection.


Inilah signature di Tsujiri. Sebelah kanan, Signature O-Matcha, rasa teh hijau sebenar. Manakala sebelah kiri , O- Matcha Cappucino, dengan campuran sedikit susu bagi peminat bersusu dan cappucino.

Float Selection.


O-Matcha / Houjicha - Rasa teh hijau yang sedap. Yang pasti manis-manis sesedap rasa.

Parfait Selection.


Tsujiri Parfait - Ini pun antara pilihan ramai, punya rasa yang unik dan tersendiri.

Shaved Ice Selection


"Sunset" Uji - Menu yang harus cuba. Air batu campur berperisa teh hijau. Rasa dia tak manis. Sedap je bila masuk mulut. Terkejut juga bila sampai, saiznyaaaa, sesuai untuk makan beramai-ramai. Bahagian bawah abc ada isian yang pelbagai.

Dessert selection


O-Matcha Roll Cake - Kek teh hijau yang didatangi dengan kacang merah dan krim. Salah satu menu perlu cuba.


Dark Chocolate chiffon cake - Menu baru yang dihidang bersama sirap coklat. Terpulang pada kita nak curah sirap coklet banyak mana.


Warabimochi - Ini juga menu baru. Pencuci paling manis di sini. Memang sedap betul! Setiap gigitan terasa kenyal dan sejuk je bila ditelan. 

Antara menu lain yang patut korang cuba.

Selain menu yang sihat, cafe ini juga sesuai untuk merehatkan diri sambil berbual dengan rakan-rakan. Sangat selesa dan tenang.

Hiasan yang ada.


Sebelum balik, bergambar bersama Mr Alex untuk kenangan. Terima kasih sudi menjemput kami.


Nak cuba O-Matcha? Cepat-cepat waze, mesti sampai punya.

Tsujiri
 29 Jalan Austin Heights 8/3, Taman Mount Austin 81100 JB
Boleh guna waze atau Google Map
Dua dua dapat cari TSUJIRI




Review Product

SDS “Messy Bun”- Let’s Get Messy!

8:00 PG

Assalamualaikum

SDS “Messy Bun”- Let’s Get Messy! | Sebut je SDS mesti terbayang roti panas pelbagai perisa. Terbayang juga kek yang pelbagai dijual di situ.
Meh rapat nak bagitau semua yang SDS akan melancarkan produk terbaru!


Inilah produk terbaru dari SDS. Croissant coklat dengan filling coklat. Kemudian, disalut dengan ganache coklat dan serbuk koko. Fuhhh... bayangkan..bayangkan.. Croissant coklat mula popular di Korea, China, Taiwan dan Malaysia baru-baru ini. 

Mesti tertanya-tanya, kenapa namanya "Messy"? Sebab...kalau makan roti ni guarantee messy.


1- Pegang dengan kedua-dua tangan.

2- Letakkan rapat dengan muka atas bun yang menghadap hidung dan mulut.

3- Gigit roti dari atas.



Messy Bun - Must Try

Pre-launch special price: RM3 (Period: 13/4 – 15/4/2018) at SDS located at Kota Tinggi, JB City Square, Paradigm Mall JB, AEON Mall Kulaijaya, FANPEKKA Cafe by SDS, Taman Johor Jaya, Plaza Pelangi, and Giant Plentong only.

Available at all SDS bakery outlets on 16th April 2018 onwards at usual price RM5.80 (RM5.22 for SDS members).
*Messy Bun will be pre-launched on 13th April at selected SDS outlet selling at RM3 only for 3 days (usual price RM5.80).

Let's Get Messy Contest

Tiada apa yang lebih seronok selain keseronokan menikmati makanan yang baik sambil mendapat "Messy"! Oleh itu, kami mengadakan pertandingan pertama kali "Let's Get Messy", bersempena pelancaran "Messy Bun", produk terbaru.

Semasa pertandingan, para peserta perlu memakan "Messy Bun". Terdapat dua kategori iaitu dewasa dan kanak-kanak. Peserta yang "Messiest" akan dipilih sebagai pemenang dan akan diberi RM100 SDS Café Dining Voucher.

Kesemua peserta juga akan dianugerahkan Baucer Makan RM30 SDS Cafe Voucher.

Kami ingin menjemput anda untuk menyaksikan kepuasan menjadi "Messy" dalam pertandingan dan membincangkan berita ini. Sertai keseronokan dan hakim yang makan paling mesra. Sesi wawancara media boleh didapati semasa acara tersebut.
=============
"Nothing beats the enjoyment of savouring good food while getting “Messy”! Therefore, we are holding an inaugural “Let’s Get Messy” contest, in conjunction with the launch of newest trendy confectionery “Messy Bun”.
During the contest, contestants are required to eat “Messy Bun” in Adult or Kids category. The “Messiest” contestant as judged on the spot will be selected as winner and be awarded RM100 SDS Cafe Dining Voucher. All contestants will also be awarded RM30 SDS Cafe Dining Voucher.
We would like to invite you to witness the contentment of being “Messy” in contest and cover this news. Join the fun and judge who eats messiest. Media interview session is available during the event."

Let’s Get Messy Contest
Date: 15/4/2018 Sunday
Time: 2pm – 3pm
Venue: FANPEKKA Cafe by SDS, AEON Mall Tebrau City

Log on to http://bit.ly/SDSLetsGetMessy to Join contest 
Official Facebook www.facebook.com/sdsgroups @SDS Bakery & Cafe
Official Instagram https://www.instagram.com/sdsgroups/ @sdsgroups