Kami bawa balik air-cond dan outdoor unit ni dengan kereta viva je. Alhamdulillah, muat aje.
Untuk pemasangan air-cond, wiring segala, en.suami upah syarikat bumiputera di Pasir Gudang. En.suami sebenarnya boleh buat sendiri tapi sebab nak pasang cepat dan dia pun tak nak penat, so upah sajalah jalan yang terbaik.
Kami menggunakan perkhidmatan Adisha.Aircondition. Minta pasang hari sabtu pada asalnya tetapi job mereka penuh pada hari sabtu, so mereka membuat pemasangan pada hari ahad.
Lokasi air-cond.
Wiring.
2 core cable.
Akhirnya ia terpasang dan berjaya membuat bilik tidur kami sejuk.
Outdoor unit.
Saya ingatkan proses pemasangan sekejap je, tapi makan masa agak lama juga rupanya. Kerja-kerja pemasangan bermula dari jam 2.30 pm, kemudian mereka berhenti solat Asar sekejap di surau berdekatan, kemudian sambung siapkan kerja semula. Lebih kurang jam 5.30pm selesai semua termasuk pembersihan.
Panjang hos paip bergantung pada jarak lokasi air-cond. Begitu juga dengan kabel.
Harga Penghawa Dingin - RM1299
Upah pemasangan termasuk barang - RM550
Jumlah hangus??
RM1849