Arah Tuju Selepas 5 Tahun

By Mar Mansor - 1:00 PTG


Terus terang saya katakan, ini merupakan kompeni yang lama saya berkhidmat selama saya bekerja. Lebih 5 tahun. Tidak tahulah akan ada rezeki di tempat lain atau tidak.

Appraisal cantik setiap tahun, attendance cun setiap hari, tetap tidak membawa sebarang makna di sini. Tetapi, saya tetap berbangga untuk semua itu. Semua itu adalah perjalanan hidup saya!

Secara amnya, orang sekeliling mungkin sekadar memandang rendah pada saya kerana jawatan yang saya sandang tidaklah segah mana. Tetapi, apa yang saya mahu, saya cuma mahu bekerja bagi melangsaikan hutang piutang saya.

Pinjaman kenderaan. - Kereta yang sudah saya gunakan hampir 5 tahun. Hampir seusia dengan perkhidmatan saya di sini. Setiap hari saya pandu pergi dan balik kerja.

Pinjaman pendidikan - PTPTN, yang berbaki belas-belas ribu lagi, bertempoh 10 tahun untuk dilangsaikan. Ada baki 8 tahun mendatang.

Saya tetap di sini selagi hayat dikandung badan, selagi termampu dan selagi periuk nasi saya tidak di kacau orang. Jika ada pengakhiran suatu hari nanti, tiadalah saya lagi di sini.


Malah, ramai juga yang memandang rendah pada saya yang hanya blogger picisan dan tidak ambil pusing dengan karya-karya yang saya cetuskan. Hal ini perlu saya tempuhi dan sejujurnya kata-kata mereka membangkitkan lagi semangat saya agar terus menulis. Apa yang membezakan pada pandangan hati saya adalah tahap mentaliti setiap orang dan ketebalan iman seseorang.



Muka orang yang sering dipandang rendah hanya kerana beruniform t-shirt dan berjeket. Phewww..



Nota Kaki : Biarlah apa yang mereka fikirkan. Saya akan lakukan yang terbaik dalam apa jua yang saya lakukan.. in sha Allah..



  • Share:

You Might Also Like

20 comments

  1. Pandangan manusia x penting. Jaga pandangan Allah pd kita lg penting.

    BalasPadam
  2. betul kata akak suhailah di atas..sy doakan yg terbaik buat mar=)

    BalasPadam
  3. betul cakap sue, pandangan manusia itu tidak penting, pandangan Allah adalah yang penting... dan yang penting nawaitu kita ikhlas untuk mencari rezeki mar...

    BalasPadam
  4. mar.. biarkan manusia menilai, tapi penilaiannya tu bukan hebat mana pun, abaikan je langau yang ada disekeliling, biar kita nampak cantik seperti rama-rama yang
    bebas berterbangan..
    Mama Niza

    BalasPadam
  5. apa yang dorang nampak mata kasar je... apa yang kita rasa itu lebih bermakna... =D

    BalasPadam
  6. Betul..jalan kita..kan?biar kita yang tentukan..bukan diaorang nak tolong pun..dok perlekeh kita ,kalau sambil perlekeh sambil bagi 40,50 ribu sedap jugak..kan?

    BalasPadam
  7. betul ckap komen2 diorang ni..hidup kite sendiri y tentukan..pndangan manusia tak penting.. Allah y emnilai kita..

    BalasPadam
  8. kenapa saya rasa sedih dengan penulisan mar ni
    sabarlah mar, lain orang lain ujiannya
    jangan merasa diri terlalu rendah
    mar perlu juga bangkit, usah terus mengatakan sebaliknya

    saya tak rasa blog mar blog picisan
    blog mar dikenali dikalangan blogger
    mar perlu teruskan u=usaha aje, insya ALLAH ada jalannya =)

    BalasPadam
  9. Kakak jadi terharu. Tapi kakak nak Mar jadi berani. Tengok keluar, intai-intai luar banyak yg memerlukan.Nak menapak naik kalau di satu tempat memang agak sukar. Tapi bila melangkah keluar
    yg pasti ianya memberi lebih ganjaran. Mar masih muda. Dulu kakak macam itulah sebab kita kakitangan swasta, kalau tak berani melompat keluar agak payah nak mendapat apa yg disasarkan. Tapi sekali melangkah pasti berganda akan digenggam. Cuba! jgn takut.

    BalasPadam
  10. Sabar ye mar...
    Tapi kalo ade peluang yg lebih baik why not awak try..huhu

    Uniform x menentukan pandangan Allah swt pada kita...kiki

    BalasPadam
  11. Sabarlah Mar,yg penting diri kita sendiri yg tahu hala tuju yg nak kejar,usah menghiraukan pandangan org lain yg akan melemahkan semangat kita.

    BalasPadam
  12. @Kakzakie
    in sha Allah kakzakie..terima kasih atas nasihat..

    BalasPadam
  13. Kak mar..apapun dugaan dan cabarannya, Allah tetap bersma kita asalkan kita tidak lupa padaNya.

    Semoga kak mar sukses dlm kerjaya, kehidupan dan apa juga yg kak mar lakukan.

    BalasPadam
  14. Lakukan yang terbaik,Mar.
    Lillahita'ala.
    Biarlah orang pandang rendah tak apa.
    'Pandangan' Allah yang utama.

    BalasPadam
  15. Hari tu mcm nak berhenti....tak jadi dah haha....

    Yelah Mar selagi kita selesa di situ walupun tidak dipandang oleh management...tak mengapalah, janji kita bahagia dgn rezeki yg kita cari sendiri ye dak...

    BalasPadam
  16. masing2 dh di tetapkan rezeki tersendiri sy pon memikirkan benda yg sama apply gomen tak penah dpt last2 nya dok keje private ni je la apepun besyukur ;p

    BalasPadam
  17. yg last tu perfect words...
    jgn hirau kan kata org :)

    BalasPadam
  18. Kita lakukan yang terbaik untuk diri kita. Kalau ikut cakap orang, mungkin tak kemana. Kalau rasa ini yanh terbagus, go on Mar. Yang penting rezeki yang kita dapat tu halal.

    BalasPadam
  19. Mar masih muda. Peluang masih ada. Kalau melangkah keluar, tentu akan dapat tawaran yang lebih baik berbanding sebelumnya. Kena kumpul keberanian dan keluar. Apa orang kata itu tidak penting selagi tidak mengganggu kehidupan kita. Yang baik, kita jadikan tauladan. Kata-kata buruk tu kita biar ia masuk dan keluar semula. Tak jadi nanah punya ^_^

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.