Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenapa ALLAH Menyampaikan Salam Buat Khadijah?


Siti Khadijah binti Khuwailid lahir di Mekah pada 556 Masihi. Wanita pertama yang memeluk Islam. Beliau merupakan seorang janda tatkala bernikah dengan Nabi Muhammad SAW. Dikenali dengan nama Ummul Mukminin (ibu orang mukmin) dan mendapat jolokan Khadijah al-Kubra kerana beliau seorang wanita terhormat dan dipandang tinggi serrta menolong yang lemah dan memerlukan.

Khadijah sangat kaya tapi dia mencintai Allah dan Rasul iaitu suaminya sendiri sehingga ketika hendak pejamkan mata dari dunia tiada apa yang tinggal melainkan baju yang bertampal. Kata Syeikh Tariq Jamil rah, tidak kurang daripada 200 tampal.

Ya Allah, Allah, Allah, begitu sekali tapi bila Rasulullah menangis melihatnya kerana pengorbanannya yang tidak terkira, jawabnya, "Saya belum korban lagi,sekiranya boleh gunakanlah tulang-tulang saya untuk jihad dan perjuangan agama". Ketika itu Allah sampaikan salam padanya.

Seluruh diri dan harta untuk hidupkan Islam dan bantu perjuangan agama tapi masih manis mulutnya menyebabkan Allah sayang padanya.

========================================

Wahai isteri,
Layanlah suami dengan baik.
Tawan hati mereka supaya suami gembira.
Buatlah kerana Allah.
Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu.
Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.
Maafkanlah kekurangan mereka..
kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita.
Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.
Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.
Jagalah aurat kerana Allah.
Jaga aurat bukan kerana kita baik.
Tapi ia perintah Allah.
Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah.
Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita.
Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia.
Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.

Sebagai ibu,
Persiapkanlah anak-anakmu dalam perjuangan agama. Pesanlah pada anakmu,
"Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu.
Perjuangkanlah Islam ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan Allah"
Anak ialah harta paling berharga.
Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie.
Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis.
Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu.
Lebih nikmat dari segalanya.
Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada aircond dan kipas seperti rumah Nabi saw.
Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain.
Berilah masa didik mereka.
Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.
Mungkin anak itulah asbab dunia ini akan berubah.
Mungkin kebaikan dan jutaan hidayah datang melalui mereka.
Mungkin mereka akan pegang panji Islam di dunia.
Dan di akhirat ... dengan ribuan orang di belakang mereka.
Takpelah dunia ini kita kurang sikit.
Syurga semakin dekat.
Dunia ini sekejap sahaja.
Wahai isteri solehah,
Kamulah harta paling bernilai.
Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu.

Untuk isteri seperti kamu.
Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha Allah dan Syurga Firdaus tempat kamu.



~Perkongsian dari whatAps group.


Nota Kaki : Anda bagaimana??


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Sungguh kakak tak termampu utk diperbandingkan. Nak dptkan satu peratus pun rasanya tak mampu lagi Mar...

    BalasPadam
  2. Muhasabah diri. Sungguh syurga seorang isteri di bwh tapak kaki suami..

    BalasPadam
  3. saya yang jadi surirumah sepenuh masa ni pun kadang2 rasa tak banyak yang saya buat pun Mar..>:)

    BalasPadam
  4. terasa kerdil diri ini...kena banyak muhasabah diri..nice sharing Mar..:)

    BalasPadam
  5. memang tak dapatlah nak dibandingkan diri kita penuh dosa ni dengan khadijah. mulia and pengorbanan dia tak dapat ditandingi. tapi kita boleh berusaha menjadi sepertinya sikit demi sedikit..

    BalasPadam
  6. huhuhu sebak bcnya
    sllu merengek2 sbb penat keje penat wat keje rumah penat jaga anak penat itu penat ini..ya Allahhh apa yg telah aku lakukan...kena ubah kena ubahhhhhhhhhhhh
    buat kerana Allah
    igt tu
    buat kerana Allah
    subhanaAllah
    terima kasih mar
    mengingat kita semua

    BalasPadam
  7. syahdunya
    besar tanggungjawab sebagai isteri
    besar juga pahala yang diberi
    sekiranya mampu memikul tanggungjawab yang diberi

    BalasPadam
  8. Mmg terharu..Thanks sharing Mar.. subhanallah...

    BalasPadam
  9. peringatan untuk kita semua..Semoga menjadi amalan..Amin!

    BalasPadam
  10. Besar sungguh pahala sbg istri, cuba prbaiki mna yg kurang.

    BalasPadam
  11. Tiba-tiba rasa terharu. Tersentuh sangat rasa hati. Jauhnya diri kalau nak dibandingkan. Masih banyak yang perlu diperbaiki...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code