ABC Tembikai Viral di Sierra Perdana

By Mar Mansor - 10:41 PG

Assalamualaikum

ABC Tembikai Viral di Sierra Perdana | Terkejut juga bila ada makanan viral di tempat sendiri dan sendiri tak tahu akan kewujudannya. Patutlah nampak banyak je kereta berhenti di tepi jalan, orang beratur menunggu giliran, rupanya ada ABC Tembikai Viral.

Apa tidaknya sudah viral di FB Persatuan Muafakat Johor lagi. ICE MELON UNCLE.

Seperti biasa, kami ni kalau benda viral-viral memang tunggu reda dahulu. Minggu lepas, singgah lah tapau ABC Tembikai ni memandangkan rumah kami pun dekat sahaja dari lokasi gerai.


Berita gembira buat warga Masai & sekitarnya. Kini anda boleh nikmati ABC Tembikai di Tempat anda. Harga murah jer!! Satu set tembikai saiz S pun boleh makan sampai 3 orang.

Harga mengikut saiz (S/M/L) berikut :
✔️ Tembikai Merah saiz S : RM7.00
✔️ Tembikai Susu saiz S : RM5.00
✔️ Tembikai Kuning saiz S : RM8.00

Untuk saiz M : RM14
Untuk saiz L : RM22
Lokasi :
Alamat lebih tepat;
❤ Jalan Sierra Perdana 1/4, Taman Sierra Perdana, Johor.
Waktu Operasi :
 12.00 tgh hingga 7.00 malam
 Buka Hari-hari 


Pada saya, rasa dia biasa sangat cuma ada tembikai kan, sedap makan tembikai je kot. Ais parut dia cepat cair sebab rumah kami yang sekangkang kera tu pun, sampai rumah dah cair.

Bahan-bahan lain, ok cuma bahan-bahan seperti sirap, susu dan coklet agak cair. Bila makan, rasa tawar lah dah benda cair.

Bandingkan dengan harga, perlu diperbaiki dari segi rasa dan tahap kecairan ais parut tu.

  • Share:

You Might Also Like

11 comments

  1. terlentuk kak aisyah makan ABC tembikai hehehe

    - Hernee Nazir -

    BalasPadam
  2. Macam-macam variety makanan sekarang pantang unik sikit mesti viral kannn Mar, harap kena dengan harga dan rasa kalau tidak kecewa.. 😊

    BalasPadam
  3. presentation dia dalam tembikai tu yang unik...

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mar...wah !! sedapnya tengok...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. saya lalu tadi buka.maaflah lambat balas.

      Padam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.