Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Keseronokan Berjalan-jalan di Jakarta

Assalamualaikum

Keseronokan Berjalan-jalan di Jakarta | Kadang-kadang, bila terasa nak travel sebab nak bercuti tidak perlu pergi jauh-jauh dah. Nak tahu kenapa? Sebab di Negara jiran kita pun dah seronok untuk dilawati. Lebih-lebih lagi sekarang ni banyak cheap flights to Jakarta yang korang boleh tengok kat Traveloka. Banyak promotion yang ada kalau kena dengan masanya.

Aku belum pernah menjejakkan kaki di Jakarta buat masa ni, tapi perancangan tu memang ada. Gigih juga buat research mengenai tempat-tempat menarik untuk dilawati di Jakarta. Di sini, aku kongsikan serba sedikit tempat yang menarik untuk singgah bila ke Jakarta nanti.

Kota Tua

Nama lain yang lebih hipster bagi Kota Tua Jakarta adalah Bavaria Lama. Kota kecil yang terletak di dalam Jakarta ini digelar sebagai ‘Ratu dari Timur’ ataupun ‘Permata Asia’ oleh pelayar-pelayar yang datang dari Eropah pada abad ke-16 kerana kekayaan sumber buminya dan lokasinya yang begitu strategik. Kerana kelebihan-kelebihan yang dimiliki kawasan ini, pihak Belanda telah menubuhkan pusat perdagangan di sini.


Atmosfera klasik yang wujud disumbangkan oleh peninggalan Eropah terutamanya pada sentuhan seni bina sekitar kota lama ini menjadikan ia lokasi yang mesti dikunjungi sekiranya korang ke Jakarta.

Selain kawasan sekitarnya yang ibarat muzium realistik banyak juga tarikan lain yang ditawarkan Kota Tua Jakarta yang perlu korang kunjungi seperti Muzium Wayang, Muzium Seni Halus dan Seramik, Muzium Maritim, Muzium Bank Indonesia dan banyak lagi.

Tengok sahaja rekabentuk bangunan ini dari luar pasti korang sudah dapat membayangkan keadaan di dalamnya yang turut sama megah. Melangkah masuk ke dalam Gedung Kesenian Jakarta ini akan membawa korang ke era lama atau lebih tepat lagi ke abad ke-19 dengan ruang auditoriumnya yang begitu luas bermahkotakan lampu besar chandelier di silingnya.

Walaupun merupakan sebuah bangunan yang klasik, teknologi bunyi di dalam dewan ini sungguh mengagumkan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sebarang persembahan yang diadakan di sini sama ada teater, orkestra, sastera atau sebagainya. 

Celikkan mata korang dengan info-info persembahan di Gedung Kesenian Jakarta untuk sebuah pengalaman yang sukar dilupakan korang sekeluarga.

Kepulauan Seribu

Kepulauan Seribu bukanlah terdiri daripada seribu pulau, tapi sebenarnya gugusan 108 buah pulau yang berada di dalam lingkungan 45 km ke utara Jakarta.

Namun, ini tidak bermakna kesemua pulau ini sesuai untuk dikunjungi, kerana daripada kesemua pulau ini sebenarnya hanya 36 buah sahaja yang boleh dijejaki, dan daripada 36 buah pulau ini hanya 11 buah pulau sahaja yang telah dibangunkan untuk tujuan pelancongan antaranya adalah Pulau Bidadari, Pulau Ayer, Pulau Kotok, Pulau Putri, Pulau Sepa, Pulau Pantara, Pulau Macan, Pulau Tidung dan Pulau Pramuka.


Inginkan suasana yang menyegarkan? Jadikanlah salah satu daripada pulau-pulau ini sebagai destinasi untuk korang kunjungi bersama yang tersayang, sungguh, minda terasa tenang sebaik menjejaki tanah yang tidak tercemar oleh sebarang kemodenan ini.

Salah satu daripada ratusan gugusan Kepulauan Seribu adalah Pulau Tidung. Pulau ini terdiri daripada dua iaitu Tidung Besar dan juga Tidung kecil yang disambungkan dengan sebuah jambatan panjang yang digelar Jambatan Cinta.

Sekiranya korang ke sini, jangan lepaskan peluang melawati kedua-duanya lebih-lebih lagi kerana dua buah pulau ini memaparkan keindahan alam semulajadi yang berbeza yang mana Pulau Tidung Besar memiliki pantai yang indah dan Pulau Tidung Kecil pula menyajikan keindahan kawasan paya bakau.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sekitar pulau ini adalah bermain jetski, menaiki banana bout, berkanu dan banyak lagi.

Ocean Ecopark


Sekali pandang kawasan Ocean Ecopark ini kelihatan seperti kawasan berjogging dengan keindahan alam hijau yang biasa, tapi jangan terkejut, semakin mendalam korang terokai kawasan ini, semakin banyak korang temui tarikan yang ditawarkannya.


 Di dalamnya terdapat tasik dengan beberapa buah bot kecil, aktiviti flying fox, paint ball, aktiviti memanah dan banyak lagi aktiviti menarik yang lain.


 Berjalan-jalan sehingga ke hujung taman ini korang akan menemui Faunaland yang menempatkan pelbagai jenis haiwan antaranya keldai, burung dan singa. Selain itu, anak-anak korang pasti seronok kerana dapat mendekati dan memberi makan haiwan-haiwan jinak yang ada di sini seperti arnab, burung kakak tua dan bermacam lagi.

So, korang bolehlah check it out kat web or apps Traveloka dan find out pasal Emirates Promotion. Manalah tahu ada offer yang menarik dah alang-alang korang boleh fly dengan Airline yang famous seluruh dunia. Sponsor team bola Arsenal tuuu.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. bestnya... bila lah nk sampai sana tuh

    BalasPadam
  2. jakarta tak sampai lagi.. byk tmpt best tu

    BalasPadam
  3. tak pernah sampai jakarta lagi.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mar...bestnya dpt jenjalan makan angin kan...

    BalasPadam
  5. Pernah singgah sekejap Jakarta sebelum ke seoul....memang nak pegi lagi nanti

    BalasPadam
  6. kita tak pernah pergi jakarta...tapi kalo ada rasa nak ke sana, maybe survey tempat2 yang lebih kepada nature...sebab kota jakarta kan sangat sibukkkk mengalahkan KL..hahaha

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code