Disember 08, 2020

Honeycomb Bee - Dessert Viral

Assalamualaikum

Honeycomb Bee - Dessert Viral | Korang dah pernah rasa ke belum? Kalau belum lagi, amatlah saya recommend untuk korang cuba. 

Seperti yang telah sedia maklum, madu ni banyak khasiatnya. Mari saya kongsikan serba sedikit khasiat madu untuk kesihatan. Antara khasiat madu adalah meningkatkan kekuatan badan. meningkatkan metabolism badan, mencegah penuaan (ni kaum hawa pasti suka dengar), meningkatkan kesuburn, mangatasi batuk dan selsema, mengatasi radang tekak dan banyak lagi.

Berbalik pada dessert viral abad ini, Honeycomb bee ni merupakan manisan yang sedap di makan bersama seisi keluarga. Manis-manis semanis madu digabungkan dengan rasa lemak aiskrim vanila. Ditambah pula kerangupan empingan jagung dan rasa lembut boba gold. Siap ada sarang madu lebah lagi.

Fuh.. padu gaisss!

Eh tu tak cukup best lagi? Eh ada lagi. Di Honeycomb bee boleh request untuk add topping kegemaran korang tanpa cas tambahan!

Biasa

Topping coco crunch

Topping oreo


Saya je dah dua kali menyinggah beli. Sekali beli mana boleh beli satu je nanti tak cukup!

Pertama kali beli.


Pastu, kita beli lagi!


Anak-anak memang suka akan rasanya. Ralit diorang makan sambil tonton tv.


Mana nak beli ni?




Gerai Honeycomb Bee
Hanya RM10
Boleh dapatkan di Jalan Sena 10, Taman Rinting





5 ulasan:


  1. Hai,jemput join GA saya :)
    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    BalasPadam
  2. Whoaaa. dekat tuuu....nanti try.. hihi..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.