Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Jatuh Cinta Dengan Skin Dessert Skincare

Assalamualaikum

Jatuh Cinta Dengan Skin Dessert Skincare | Wanita dan penjagaan wajah memang tak dapat dipisahkan. Bersyukur kiranya korang antara wanita yang kurang menghadapi masalah wajah. Iye.. saya ni pun jealous dengan orang yang takde masalah kulit muka, tak pakai apa-apa pun kulit diorang dah cantik, licin bebas jerawat. Macam saya? Kalau tak jaga sebulan dua, mulalah nampak jerawat keluar, pori-pori terbuka seluas alam, kulit kusat dan mula nampak lebih berusia.


Rutin Harian Penjagaan Muka

#1
Bersihkan wajah dengan make-up remover

#2
Cuci muka dengan cleanser

#3
Lap muka dengan tuala kering yang bersih

#4
Sapu toner dengan kapas muka

#5
Sapu serum

#6
Sapu moisturizer

#7
Sapu sunscreen


Saya mula bejinak-jinak dengan skincare skin dessert ni hujung tahun 2021 setelah baca review kebanyakan pengguna skincare ni, resultnya positif. Harga pun tidaklah mahal sangat, mampu milik.

Setelah merehatkan kulit wajah selama seminggu, maka bermulalah rutin harian saya bersama skin dessert. Saya guna serum dan moisturiser dahulu. Moisturiser pun saya beli saiz kecil untuk mencuba dahulu. Alhamdulillah, serasi. Rutin penjagaan muka saya menjadi lebih seronok, setiap hari rasa tak sabar nak apply di muka. Macamana nak cakap ye, bila sapu tu rasa lembut sangat dan cepat menyerap. Jadi, kulit muka saya yang berminyak ni taklah rasa terlalu berminyak.


Ini merupakan kali ke-2 saya purchase. Grab moisturiser saiz besar dan serum.



Bagaimana cara penggunaan Skin Dessert dan apakah kebaikan skincare ini?

#1 Cleanser
Cuci muka dengan pencuci muka. Saya tidak menggunakan cleanser skin dessert sebab cleanser lama ada banyak lagi.

Skin Dessert Super Hydrating Gentle Cleanser
- Memberi kesan kesegaran
- Mengurangkan kegatalan dan kulit mengelupas
- Membersihkan pori yang tersumbat
-Mengekal dan meningkatkan hidrasi kulit
- Menstabilkan lebihan minyak pada kulit
- Menguatkan skin barrier
- Mengawal penularan sebum pada kulit
- Mengurangkan jeragat dan parut hitam
- Mengelakkan penghasilan jeragat
- Melembutkan tekstur kulit
- Mengurangkan kedutan, garis halus dan tanda penuaan



#2 Serum

Memang best apply serum ni. Lembut dan cepat menyerap. Saya gunakan waktu pagi sebelum pergi kerja dan malam sebelum masuk tidur. Kalau pakai malam tu, esok pagi bangun tidur memang rasa kulit muka ni soft je.

 Skin Dessert Acne Repairing Serum
- Mengecutkan jerawat
- Memudarkan parut dan jeragat
- Merawat kulit breakout
- Melambatkan penuaan wajah
- Meredakan keradangan kulit



#3 Moisturiser

Saya apply moisturiser selepas sapu serum. Warnanya sedikit kuning. Apa yang best,ianya sangat lembut seakan air. Mudah diratakan dan cepat meresap ke kulit wajah.

Skin Dessert Moisturiser Treatment Cream
- Melembabkan kulit kering
- Mengawal lebihan kulit
- Kecutkan jerawat
- Memudarkan jeragat
- Pudarkan bintik hitam
- Mengecilkan pori-pori
- Ratakan parut lekut
- Mencerahkan kulit wajah
- Kulit lebih anjal
- Anti aging
- Kesan yang lebih "glowing"
- Merawat "sunburn"



#4 Sunscreen
Sunscreen atau dikenali sebagai pelindung matahari adalah yang paling utama dalan penjagaan kulit. 
Ini bermakna, jika kita apply segala list atas tadi, penjagaaan muka kita kurang lengkap. Nak tau sunscreen jenama apa saya pakai? Akan saya kongsikan di entri lain.




Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. akak antara orang yang tak rajin untuk jaga muka pakai skincare memacam dik oi, biasa pakai pencuci muka, toner tu pun kengkadang sama jugak mcm serum... pastu pelembab tu biasa la pakai kalau nk kuar, lain-lain memang kadang beli saja je hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah mula malas aritu kak. Yela nak tepek macam-macam kan. Malasss. Tapi lepas beberapa bulan (lama jugak la ada 4 bulan malas) kulit muka saya rmula rasa kasar, kusam, jenis kulit mudah naik jerawat halus. Lepas tu kena rajin balik la.

      Padam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code