Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Seronok Anak-Anak Dapat Beg Sekolah Baru

Assalamualaikum

Seronok Anak-Anak Dapat Beg Sekolah Baru | Sesi baru persekolahan tahun 2022 akan bermula pada bulan Mac nanti. Jadi, dah boleh la mula buat persiapan persekolahan anak-anak sikit-sikit. Alif bakal melangkah ke tahun 1, agak banyak barang keperluan yang perlu kami sediakan. Baju uniform lengkap, kemeja putih, seluar sekolah biru tua, tali pinggang dan set lengkap baju melayu sekolah agama.

Untuk beg sekolah pula, saya mencari beg sekolah yang tahan lasak sebab buku agak banyak perlu dibawa ke sekolah. Kemudian, pilihan corak mengikut citarasa anak-anak. Beg sekolah Aisyah yang lama sudah guna dari tahun 1 hingga tahun 3. Zip pun dah mula patah sendiri. 

Setelah membuat pengiraan, saya belikan mereka beg sekolah Smiggle. Harga boleh tahan juga dan coraknya semua cantik-cantik. Semestinya saya mencari trusted seller di Shopee. Sebenarnya saya yang lebih teruja menunggu beg ni sampai berbanding mereka dua beradik.


Citarasa anak dara saya yang semakin membesar. Naik sesi baru ni dia akan masuk tahun 4 dah. 


Ini pula pilihan Alif. Mahukan warna yang tak cerah sangat dan yang penting nampak hebat katanya.


Lega rasanya bila hasrat nak belikan beg sekolah baru untuk anak-anak tertunai. Saya pula yang terlebih teruja tapi kes covid semakin mencanak pula sekarang ni. Risau pula kalau sekolah tak dapat di buka. Tapi, macamana nak laksanakan PDPR pula kalau ibunya tak BDR kan?







Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Yay. Beg baru!!! Cik Ila tak beli apa2 lagi. Anak-anak yang besar asal ada je. Bila tanya nak apa atau nak yang mana? Diorang jawab ikut ibu. Tapi si bongsu lain sikit dari kakak dan abang... semua dia nak pilih sendiri.

    BalasPadam
  2. wah..cantiks. betul tu buat persiapan skt2, takde la terasa sgt nanti kan

    BalasPadam
  3. Rasa nak masuk sekolah balik pulak bila tengok beg Aisyah tu. Orang perempuan kalau tengok warna pink jer memang cair, hehehe.

    BalasPadam
  4. Waaa seronoklaaa mereka yaa, kasi semangat naik sekolah..

    BalasPadam
  5. Wahhh masing masing dapat beg smiggle. Bersemangat nak masuk sekolah.

    BalasPadam
  6. Bag mahai, semangat kena tinggi niii. hehe.. Selamat bersekolah dan berjaya ye!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code