Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Pindah Ke Kluang


Perancangan asal perpindahan barang-barang beserta tuan rumah akan dilakukan pada malam tahun baru. Kalau tidak, orang lain sibuk bercount down, kami sibuk mengangkat barang. Oleh kerana, driver lori ada hal, jadi terpaksa berpindah awal sehari. Bermandi peluh kami malam 30 Disember.

Ini gambar pada hari ahad lalu, saja melawat mereka ~ Sempat menonton televisyen di sini.


Lepas balik kerja, singgah rumah sekejap, tanak nasi dan panaskan lauk untuk adik saya, kemudian bertolak terus. Kami sampai waktu maghrib. Lepas solat maghrib, makan dulu bagi tambah tenaga. Barang-barang sudah siap dipacking cuma menunggu lori sampai. Adik beradik mereka yang lain juga sampai seorang demi seorang. Memberi bantuan dari segi tenaga.


Rumah riuh rendah jadinya.


Rumah teres corner lot di Nusa Damai, tinggal kenangan.


Lori 5 tan memuatkan barang-barang mereka. Itu pun tidak muat.


Selpie sikit buat kenangan.


Adik ipar saya berpindah ke Kluang dan menjalani kehidupan baru di sana. Anak tunggal mereka juga akan mula bersekolah di sana. Suaminya kekal bertugas di Kluang, tidak pasti bila akan pulang semula ke JB, makanya mereka sekeluarga berpindah saja. Itu lebih baik. Kos sara hidup di Kluang lebih rendah dari di JB.

Lagi pula adik ipar saya sudah berhenti kerja lebih dari setahun kerana menghadapi masalah tranportation. Sewa di Nusa Damai RM500, paling murah mereka dapat. Rata-rata penyewa menyewakan dengan RM600/ RM650 dah.

Di Kluang sewa rumah teres 3 bilik baru RM400. Tidak perlu lagi menyewa 2 rumah, menjaga 2 periuk, berulang alik setiap minggu. Boleh jimat banyak di situ.

Semoga tahun baru ini membawa seribu kebaikan kepada mereka. Selamat mengemas lah ye!







Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. masih ok lagi dengan kadar sewa di sana. semoga urusan mereka lancar ye...:)

    BalasPadam
  2. murahnyaaa. dekat sini pun dah nak naik sewa rumah :(

    BalasPadam
  3. berpindah di tahun baru, permulaan yang baik hendakNya Mar :)

    BalasPadam
  4. pindah di tahun baharu, semoga semuanya akan bertambah baik...

    BalasPadam
  5. jijah Alhamdulillah pun dapat pindah semenanjung dah.. countdown je ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah..setelah sekian lama ye jijah..tumpang gembira

      Padam
  6. skrg ni mmng kna pandai bejimat semua benda guna duit kan...

    BalasPadam
  7. alhamdulillah... best juga dok kt kluang,... masih menghijau kwsan tu...

    BalasPadam
  8. Murahnye sewa rumah di kluang...alhamdulillah rezeki tu.

    BalasPadam
  9. Semoga dipermudahkan & segalanya berjalan lancar... aamiin.

    BalasPadam
  10. penat! tu lah perkataan sesuai apabila berpindah
    moga segalanya dipermudahkan buat mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. bab nak mengemas di rumah baru tu yang tak dapat nak bayangkan

      Padam
  11. semoga dimudahkan urusan.. ulang alik mmg makan belanja yang banyak. CT pun dah tengok mak ayah bersusah payah dulu bila kena tukar sekolah.. nak settle down bukan senang..

    BalasPadam
  12. Oh, adik ipar! Ingatkan Mar yang nak berpindah ke Kluang. Untungnya sewa rumah masih lagi boleh dapat dalam lingkungan begitu. Kalau kat KL ni siksa nak dapat. Area rumah saya kalau dulu bawah RM1000 adalah tapi sejak dua menjak ni memang semuanya RM1500 ke atas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. rumah teres 3 bilik kawasan rumah saya sewa rm800..tak logik

      Padam
  13. Alhamdulillah, takyah nak berjauhan lagi.
    Murahnya sewa rumah kat sana.

    BalasPadam
  14. Tinggalkan no fon tuan rumah
    Saya sedang mencari rumah sewa..
    Dduk bersama family

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code