Masih segar dalam ingatan ibu saat Aisyah dilahirkan. Bagai baru semalam ibu merasakan kesakitan saat melahirkan mu. Hari ini Aisyah sudah menjangkau 3 bulan setengah. Cepat benar masa berlalu kan sayang.
2 Mei 2012, Aisyah lahir ke alam dunia. Setelah segala kudrat ibu salurkan untuk mengeluarkanmu. Tika itu, nyawa diibaratkan 'telur dihujung tanduk'. Namun, semua itu hilang tatkala Aisyah lahir dan tidak akan ibu lupa sampai bila-bila saat doktor meletakkan Aisyah di atas perut ibu. Biar pun hanya seketika.
Aisyah dipangku oleh neneknya (Emakku) ~ Nenek Mas (2 Mei 2012)
Aisyah Humaira nama yang ayah beri sejak anak ibu berusia 4 bulan di dalam perut ibu. Siapa sangka setelah Aisyah keluar, pipi kemerahan. Memang jelas ketara sehingga ibu risau akan menjadi tanda.
Aisyah ketika berusia 3 hari. (4 Mei 2012)
Hari sabtu bersamaan 5 Mei 2012, ayah menghantar Ibu, Aisyah dan nenek pulang ke kampung. Ibu akan berpantang di kampung (Felda Maokil) dan nenek akan menjaga kita sehingga ibu habis pantang.
Aisyah ketika berusia 4 hari. (5 Mei 2012)
Ayah pulang ke JB pada hari ahad (6 Mei 2012) memandangkan hari isnin ayah perlu bertugas semula. Nenek & atuk pula ke Mersing untuk menjemput moyang Saripah yang merupan seorang bidan.
7 Mei 2012, nenek & atuk melaporkan kelahiran Aisyah di klinik desa kampung kita (Felda Maokil) memandangkan ibu berpantang di kampung.
Tidak lama selepas nenek melaporkan kelahiran Aisyah, jururawat masyarakat datang melawat ke rumah. Aisyah harus dibawa ke klinik ibu & anak di Chaah petang itu juga ditakuti Aisyah didatangi kuning (jaundis).
Petang itu, selepas zohor, atuk membawa Ibu, Aisyah & Moyang ke klinik. Kaki kecil Aisyah dicucuk untuk di ambil darah. Sungguh kasihan. Tidak lama kemudian, kami dibenarkan pulang. Memandangkan kuning Aisyah hanya sedikit (6.9), ibu diarahkan membawa Aisyah selang satu hari iaitu hari rabu (9 Mei 2012).
Aisyah ketika berusia 6 hari. (7 Mei 2012).
Aisyah ketika berusia 7 hari. (8 Mei 2012). Dimandikan oleh Moyang Saripah.
Seperti yang diarahkan, hari rabu (9 Mei 2012), Ibu membawa Aisyah ke klinik lagi dengan ditemani Nenek Mas. Atuk Mansor pula menjadi driver seperti selalu. Sekali lagi kaki Aisyah dicucuk untuk diambil sample darah. Kali ini, ibu mampu menarik nafas lega kerana kuning Aisyah sudah tiada (8.1). Syukur pada Yang Maha Esa.
Aisyah ketika berusia 8 hari. (9 Mei 2012). Baru lepas minum susu. Suka dia..
Aisyah ketika berusia 11 hari. (12 Mei 2012).
:
:
:
:
:
Aisyah ketika berusia 40 hari.(9 Jun 2012). Sudah berbuai.
0 Ulasan
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.