Assalamualaikum

Anak Ibu Sembelit!!! | Sedih kan bila tengok si comel kita meneran. Yela bayi secomel tu meneran, sebak rasa hati. Belum lagi tengok dia menangis bila meneran.

Sebenarnya apa punca bayi sembeli? Adakah pemilihan susu formula yang salah?
Penerangan doktor yang saya jumpa,

Mula-mula bayi tak berak mungkin untuk mencari keserasian susu formula tu. Tapi kalau dah 2 @ 3 minggu bayi masih berak sembelit, kurangkan kuantiti susu formula. Bancuh cair-cair. Tapi kalau dah cair pun masih sembelit, tukar lah susu.

Saya akui bukan mudah untuk mengetahui susu formula tersebut serasi dengan bayi atau tidak. Setelah membuat sedikit kajian dan pengalaman ibu-ibu di forum, barulah saya berani mencari susu formula baru. Inilah antara susu-susu formula yang pernah anak saya minum.



S26 - Dari saya keluar wad, susu inilah yang diminum oleh anak saya sebab susu badan yang sedikit. Orang kata belum urut lagi. Anak minum selera je. Macamana saya nak tahu anak saya sembelit? Saya tahu pun bila jururawat datang ke rumah pada hari ke-6. Bila misi tu buka diapers baby, najis berketul, bulat-bulat. Misi menasihatkan saya agar kurangkan scoop susu formula. Bancuh cair je. Saya ikut nasihatnya tapi anak tetap sembelit hingga tidak membuang beberapa hari.


S26 Gold - Rupa-rupanya kami salah beli susu. Terbeli pula susu rumusan bayi S26 Gold sebab masa tu tak ingat pek susu lama. Mudah je saya buat kesimpulan, ingatkan semua jenis susu ni sama je, padahal tak sama. Betapa ceteknya ilmu saya ketika itu. Anak saya tetap minum susu macam biasa tapi dia tetap tak boleh membuang seperti biasa. Paling sedih muka baby merah-merah bila meneran. 


Novalac IT - Susu ini menjadi pilihan apabila disyorkan oleh pekerja di sebuah farmasi. Rumusan khas untuk bayi yang sembelit. Macamana anak saya lepas minum susu ni? Anak membuang hari-hari tetapi kuantiti pembuangannya amat-amat lah banyak sehingga saya tertanya-tanya adakah bayi saya dapat menyerap segala khasiat yang terkandung dalam susu tersebut? Tapi bagus sebenarnya kalau minum susu pastu membuang, minum susu, dia membuang dan najisnya juga normal. Anak saya minum susu ini selama sebulan lebih. Oleh kerana susu ini adalah rumusan khas, saya bercadang menukar susu formula bayi yang lain pula.


Anmum Infacare – Disarankan oleh seorang pekerja di sebuah farmasi. Katanya susu formula ini menyerupai susu ibu. Kebanyakan rakan-rakan saya juga menyarankan susu ini. Harga pun mampu milik. Tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Tiga hari sebelum saya bekerja semula, saya mencuba susu ini untuk melihat perkembangan dan perubahan si comel. Hasilnya anak tidak membuang hari-hari. Dua hari sekali baru dia membuang. Itu tidak mengapa tetapi yang merungsingkan hati, dia seolah meneran dengan kesakitan apabila membuang. Kerana tiap kali dia membuang, dia akan menangis. Walaupun sudah dicairkan dan diberi air masak, dia masih kesakitan apabila meneran. Malah, anak seakan tidak mahu minum susu ni kerana air susu ini meleleh keluar dari mulutnya, hingga basah-basah baju.



Mamex Gold – Hasil pembacaan di forum, saya mengambil langkah untuk memberi anak susu ini. Harga boleh tahan. Masuk hari ini baru 4 hari si comel minum susu ini. Kali pertama minum, malam tu anak membuang sisa toksiknya. Alhamdulillah. Itu pun langkah berjaga-jaga harus diambil iaitu sekali minum saya buat ikut arahan yang diberi pada tin susu. Kali ke-2 dia menyusu, saya kurangkan sedikit kuantiti susu formula untuk mengelakkan dia sembelit. Alhamdulillah, dalam masa 4 hari ini si comel tidak meneran.



Info terkini : Anak saya terus minum Mamex Gold sebab serasi, takde masalah sembelit dah. Dia minum hingga umur 2 tahun.