
Dokumen yang perlu dibawa untuk proses membuat buku pink:-
1- Kad pengenalan diri (original & copy)
2- Buku mengandung yang lama.
3- Sijil nikah/ kahwin (salinan asal & 2 copies)
4- Kad pengenalan suami (copy).
5- Scan terbaru.
6- Bil api/air (jika alamat tidak sama dengan kad pengenalan).
Akhirnya, selepas 2 jam, selesailah proses buku pink saya.
Ini pula sejarah-sejarah mengandung saya.
Temujanji berikutnya.
Kali pertama temujanji, HB saya ok lagi. 12.6. Disebabkan sejarah anak ke-2 saya yang macam-macam masalah, saya diberikan obimin. Dan temujanji saya pun tengoklah 2 minggu lagi. Minum air gula uiiii.. Terbatuk kejap. Moga terlepas lah GDM untuk kali ke-3 ni.
Nasihat saya, bila tarikh temujanji sudah diberikan, sila patuhi masa yang ditetapkan. Kalau temujanji telah ditetapkan jam 8 pagi, datanglah seawal atau sebelum 8 pagi. Sama-sama bertolak ansur.
Tak silap aku, aku ada call Bank Islam 2 bulan lepas untuk pengesahan baki pinjaman. Pegawai yang membuat semakan bagitah aku, baki tinggal hanya RM1677.55 sahaja dan bulan akhir bayaran adalah pada Januari 2019. Betullah tu. Sebab bayaran bulanan kereta viva ni cuma RM367 sebulan. Tapi, dari awal tahun aku dah nekas bayar RM400 sebulan sebab nak habiskan cepat sikit. Ok apa, kalau setahun ada 12 bulan, aku bayar lebih RM30 setiap bulan dah kurangkan sebulan bayaran tuuuu..
Makanya, aku pun mengira secara kasar setiap bulan, pengurangan pinjaman aku tu. 2 bulan berlalu dan bayaran tidak pernah culas atau lambat. Kalau ikut pengiraan kan, RM1677.55 - RM400 - RM400 = RM877.55 kan??
Aku pun mulalah berkira-kira untuk menghabiskan baki pinjaman bulan depan. Congak-congak dalam RM900 je tu, in sha Allah ada rezeki bayar habis nanti.
Semalam petang, penuh semangat aku call Bank Islam center lagi untuk pengesahan baki pinjaman aku tu. Tapi, pegawai bank ni tanya aku soalan pengesahan macam-macam pulak. Soalan yang tak mampu aku jawab sebab soalan tu adalah alamat surat menyurat masa aku beli kereta dulu. Itu alamat rumah sewa pak cik aku la! Pak Cik aku tu pun dah lama pindah. Kisah 9 tahun lepas kot. Manalah nak ingat. Ok, soalan pengesahan lain pula, nombor telefon pula. Tak ingat pulak aku nombor telefon aku dulu nombor lain. Hahaha.. Sekali lagi behuhu tak mampu nak menjawab soalan cepumas tu. Makanya, persoalan aku tu tak dapat dijawab. Sob..sob.. Aku keciwa..
Tapi hari ni, aku tekad call Bank Islam centre sekali lagi. Pegawai yang jawab takde pula tanya soalan pengesahan mengarut macam semalam. Soalan mudah aje, maka terjawablah soalan aku yang tergantung dari semalam tu.
Saya order karipap putar inti kentang + daging dan karipap putar inti kentang + telur puyuh.
Karipap putar inti kentang + daging = RM5/10 pcs
Karipap putar inti kentang + telur puyuh = RM6/10 pcs
Kalau nak inti lain pun dia ada buat. Korang pm la sendiri di FB Ai Fiza. Penghantaran ke seluruh pasir gudang, masai dan JB. Cas penghantaran dikenakan mengikut kawasan.
Bila dah ada stok frozen dalam peti, apa lagi, lajulah meng'ting'nya. So far, air fryer tanpa jenama saya ni banyak membantu. Mudah kerja, tak kotor baju meskipun dah sarung blouse untuk ke tempat kerja.
Sebelum.
Mudah sangat dengan air fryer ni, hanya set 180०c dan set juga timer selama 10 minit, dah boleh tinggal dah dengan senang hati. Sambil-sambil tunggu karipap masak, boleh la buat apa yang patut.
Selepas.
Sedap betul la karipap putar puter pusing puan Ai Fiza ni. Next time, in sha Allah boleh repeat order. Sedap bangettt..
Nota Hati : Dah lama tak uli karipap. Tapi saya tak pandai uli karipap pusing.
Kakak saya siap-siap order dengan kawannya di Labis. Oleh kerana kawan dia yang membuatnya kan memang diyakini lah halalnya. Pembuatan kuih bulan ni agak leceh, berpadanan dengan harganya. Malah ia boleh bertahan berminggu-minggu jika tidak diusik.
Kuih bulan yang kakak saya beli ni perisa biasa-biasa je. Yang warna kuning tu macam rasa kaya. Warna ungu perasa keladi dan warna merah perasa kacang merah. Paling suka, perasa keladi.
Bolehlah hilangkan mengidam bila dah rasa. Kuih bulan ni meskipun kecil je tapi makan sepotong dah cukup. Sebab pada saya dah kenyang dah. Mungkin sebab ianya padat. Tekak masih teringin kuih bulan eggyolk. Nantilah mengodernya. Dah survey kat FB nak beli kat mana nanti.
Abah kata, dulu takde saingan dengan orang lain memang muai lah pendapatan menjual petai ni. Setakat jual dalam felda tu dah dapat RM300 - 400. Sekarang, ada juga orang lain yang dah menjual petai ni. Tambah pula sudah beberapa kali kita dilanda gerhana lah kemarau lah kan, hasil pokok petai kali ini kian merosot.
Tapi, ibu bukan cerita besarnya. Cuma nak cerita, kami anak beranak puaslah makan petai bila pokok petai berbuah. Bagi sorang sikit. Yelah petai kampung ni fresh, takde letak bukan-bukan. Memang powerlah dari segi rasa dan baunya.
Petai-petai ni abah kait bersama adik saya. Tujuan utama untuk beri pada saudara mara esok harinya sebab kami akan menghadiri majlis persandingan sepupu di Sg Sayong. Sesambil tu, juallah sekali. Sekarang kan zaman online kan. Masuk ajelah iklan dalam group whataps, in sha Allah adalah respond nanti. Dapatlah abah 11 ikat jual sekali kait tu.
Seikat ada 6 papan dijual dengan harga RM5. harga kampung je kan. Kalau kat JB jangan harap lah dapat harga macam ni lagi kalau bukan musimnya.
Sambil duduk-duduk dan berbual, saya kopeklah biji petai ni untuk disimpan dan sebahagian lagi untuk dimasak. Memang sedap petai ni dimasak bersama udang. Apa lagi kalau bukan menu Sambal Tumis Udang Petai.
Petai ni meskipun berbau tapi banyak khasiatnya.
10 khasiat petai:-
1- Menurunkan darah tinggi.
2- Mengatasi anemia.
3- mengurangkan stress.
4- Mengurangkan kemurungan.
5- Mencegah terjadi stroke.
6- Melawaskan penghadaman.
7- Membantu untuk kurus.
8- Mengurangkan senak perut.
9- Membuang angin badan.
10- Awet muda
Kegilaan Alif adalah Thomas, itu yang saya beria tempahkan kek thomas untuknya. Budget pula kalau boleh bawah RM50 je. Ok lah ni kan..
Bergambar bertiga sebelum kek diletakkan di atas meja.
Tengoklah tu bila dah dapat kek, dia sibuk nak potong kek tu sampai lunyai. Mak Chik dan Pak Chik di depan berpeluh-peluh memanggil Alif suruh tengok kamera tak dilayannya.
Akhirnya gambar welfie yang berjaya sebab dia nampak muka sendiri.
Menginjak usia 3 tahun ni, Alif sangat nakal dan aktif. Kalau ibu dia suruh 10, 1 saja yang dibuatnya. Suka sepahkan mainan lepas tu tak pandai kemas, buat tak tahu je macam tak bersalah.
Semoga Alif terus membesar dengan sihat tanpa sebarang penyakit dan cacat cela. Moga membesar menjadi anak yang soleh, hormat orang tua dan berjaya dalam hidup mendatang..
Amin..
Di pagi hari.
Bersama rakan sekelas.
Pagi itu cikgu bawa murid berarak di dalam barisan mengelilingi kawasan sekolah. Semangat semua berarak sambil menyanyi.
Ini pula gambar beramai-ramai.
Murid yang memakai baju bendera.
Selang beberapa hari baru saya terbaca di FB tentang larangan memotong bendera untuk dijadikan pakaian. Serius saya baru tahu tau.
Sebab ramai je tailor yang mengambil tempahan membuat pakaian bendera ni. Kalau di FB siap ada jualan baju dah siap lagi. Mungkin hebahan tidak sampai lagi.
Bila dah tahu tentang perkara ni, lain kali jangan buat lagi la kan. Next time, just printing di baju t-shirt sahaja.
Bila barang sampai, memang keterujaan lain macam. Happy giler. Besar juga saiznya ye. Air fryer tanpa jenama saya beli ni berkapasiti 2.6L. Barang dah sampai kan, haruslah mencubanya. So far ok je, cuma belum pandai sangat adjust berapa minit untuk makanan masak sempurna.
Menu pertama saya cuba, ayam goreng ala KFC. Pada saya, agak kering, tak macam goreng dengan minyak. Tapi, nak sedap, spraykan minyak sikit. Tak pun renjiskan minyak, bagi ayam tu basah. Kemudian, masuk dalam air fryer, set suhu dan masa, tinggal. Tunggu bunyi 'ting!'. Makanan pun siap. Mudah betul kerja memasak kan?
Berapa lama saya dah guna air fryer ni? Sudah 2 bulan dan ok sangat kalau nak masak frozen food. Bakar ayam pun senang sebab boleh tinggal gitu aje kan. Yang pasti, menjimatkan penggunaan minyak masak! Memang rekomen la untuk para ibu memiliki air fryer ni. Jenama apa ke, mahal ke murah ke ikut pada poket koranglah.