Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Cuti Semalam Sempena Hari Malaysia


Semalam cuti umum, 1 Malaysia. Ayah pun cuti. Siapa sangka angan-angan ibu tempoh hari menjadi kenyataan. Andai Itu TakdirNya. Betul-betul fikirkan ayah mengigau sebab adalah mustahil dia membaca blog ibu. Dia tahu ibu ada blog tapi sekali pun dia tidak pernah tahu apa yang ibu dongengkan dalam blog ini.

PetakBunga sila percaya bahawa ini bukan dalam mimpi. MummyDearie jangan cemburu pula. Berkongsilah kebahagian ini bersama rakan alam maya mu ini. Ahaksss..


Cuti yang tidak ada perancangan mahu ke mana-mana. Untuk mengelakkan kebosanan di rumah ditambah pula Aisyah yang asyik mengajak ibu menonton Frozen buat entah ke berapa belas kalinya. Ohh..

Maka berjalan-jalanlah kami tanpa arah tuju yang pasti sambil membelek-belek kedai-kedai handphone yang ada di dalam Giant Plentong. Membelek kedai, bukan membelek handphone, sila perhatikan kata kunci di situ.

Sambil melayan karenah Aisyah yang tak akan duduk diam. Aktif sungguh anak dara nan satu itu meskipun menyarung gaun berbunga-bunga dan terpancar keayuan di situ tetapi tetap berlari-lari berkejaran hingga ibu lelah mengejarnya dan terpaksa singgah 10 minit di gerai "each a cup" bagi menghilangkan dahaga. Ditambah pula cuaca panas dan nafsu yang menggoda, tidak mampu ditolak.

Sesi berkejaran tamat apabila kami masuk di sebuah kedai menjual barangan elektrik dan di situ juga ibu terduduk kepiluan, sebelum memikir sejuta kali adakah perlu. Setelah berbincang dengan ayah, itu pun setelah satu giant kami tawaf bagi merancakkan perbincangan dan main kejar-kejar bersama Aisyah, akhirnya ayah merestuinya.


Adakah ini yang ibu pilih?



Nota Kaki : ^___^









Catat Ulasan

31 Ulasan

  1. waaa!!! syokk nya takpe reward utk dri sndri kan ;)

    BalasPadam
  2. Wahh seronoknya dapat handphone baru!berbaloi kalau harga murah kan..hehee

    BalasPadam
  3. halamak, hubby dia belikan gajet ler
    usah mimpilah kalau saya...hehe

    BalasPadam
  4. hadiah sempena hai Malaysia lah ye mar..hehe

    BalasPadam
  5. penat berkejaran dengan anak dara berbalaoi la dpt hp baru.hehe

    BalasPadam
  6. wow bestya
    alhamdulillah rezeki dapat tab :)

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum... janjikita,

    wahh.. gi giant plentong...dekat dengan sebelah highway Pasir Gudang tu kan. Tempat nie mselim3 suka gak gi byk pilihan.. kalau nak beli barang, kalau nak cari gadget hpone pun banyak pilihan.. alhamdulilah dapat tab baru..

    mselim3

    BalasPadam
  8. done follow awk..nnti follow kita jugak yek...
    http://eikorina.blogspot.com

    BalasPadam

  9. Sudi-sudi la ye :)

    http://dianaadha.blogspot.com/2014/09/liebster-award-nominated-by-ary-sha.html

    BalasPadam
  10. Kata kunci dia beli Tabkan hehe....
    Punyalah belek kedai satu persatu yer .....
    Kalau mampu dan perlu apa salahnya belilah wahai sahabat ku...

    BalasPadam
  11. Tahniah!! Anda adalah peserta bertuah :

    http://thisni3zahata.blogspot.com/2014/09/15-peserta-bertuah-segmen-nak-blog-url.html

    BalasPadam
  12. semua dok salah sangka ni..mwhahaha..

    BalasPadam
  13. kalo kejar anak.. penat tau... mau cungap juga tu.. maklum la kite umur dah brape, kalo jarang joging camtu la jadinya, stamina pun tak brape nak ada, hahaha.. tu dari pengalaman saya la...

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum dan singgah Khamis dear...bestnya dapat tab4 baru....tahniah dear....

    BalasPadam
  15. tak sabar pulak nak tau ..apakah gajet baru tu Mar?..

    BalasPadam
  16. Apa? Dah dapat makan nasi lemak kukus daun pisang. Arghh... memang tak aci! Tapi takpalah, redha ajelah. Tumpang gembira :)

    Yalah tu Mar, memang membelek kedai tapi niat di hati nak membelek telefon yang ada dalam kedai-kedai tu. Tak cakap pun dah tahu...

    Yeah, ada telefon barulah ni yek!

    BalasPadam
  17. pasni rancaklah aisya main tab ibu dia..hehehe

    BalasPadam
  18. jeng jeng jeng!!! seronoknya tab baru :)

    BalasPadam
  19. fuiyoooo!!! kita ni dekat, tapi bilalah nak berjumpanya ye...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code