Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Akibat banyak toksin dalam badan


Setelah dua bulan menggunakan produk ini, ibu berhenti. Kerana tiada perubahan seperti yang diharapkan. Bila ditanya semula kepada penjual, jawapan agak mengecewakan. Ibu pula dipersalahkan. Sedangkan ibu minum secara konsisten dan meninggalkan kafein seperti saranan. Kesan seawal 7 hari seperti yang dijanjikan dan mungkin juga menginjak 30 hari, mengikut hormon seseorang.

Apa yang ibu kecewakan, bukan sekadar apa yang ibu inginkan tidak berhasil tetapi layanan penjual apabila ibu tanyakan. Dan ketika menjual ayat yang mereka sering gunakan 100% dijamin berkesan. Malah ada juga yang berani, 500% dijamin berkesan. Janji dicapati.

Namun ibu akui, bukan rezeki ibu. Tidak mengapa. Halalkan sahaja duit yang telah terbang selama dua bulan pengambilannya.

Cuma nasihat buat penjual, anda perlu jual produk yang telah anda cuba dan testimoni anda sendiri, bukan hanya testimoni yang berkurun-kurun, dan setiap page penjual produk yang sama, testimoni juga sama sahaja.

Nasibat untuk pembeli, selidik dahulu dan pastikan testimoni betul-betul dari pengguna, bukan sekadar di copy paste.




Apakah tanda banyak toksin dalam badan?

- Sering berasa letih dan lesu
- Lemah daya ingatan dan daya tumpuan
- Sering mengalami sembelit dan cirit-birit
- Timbul jerawat dan bintik hitam
- Keguguran rambut dan kerapuhan kuku.
- Sering mengalami sakit pada leher, kepala, bahu dan tengkuk.
- Cepat marah dan mudah murung.
- Kitaran haid tidak normal.
- Sering merasa sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi.



Ayat yang dalam kotak tu sangat mengguris hati. Tidak salah memberi nasihat tapi janganlah terlalu sinis. Macamlah awak tu hebat sangat.




Nota Kaki : Ada ubi, ada batas..aicecehh..

#Alamak..sorry..ingatkan printscreen tu dah 'tutup' apa yang patut..huhu


Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. kalau tengok kat facebook semuanya ayat best2 belaka..semuanya power..hakikatnya tidak seindah itu..carilah satu produk yg dah lama dipasaran untuk menjamin keselamatan pemakaiannya dan kesan yang baik..:)
    banyak lagi produk yg baik..kita yg kena pandai memilih:)

    BalasPadam
  2. Maaflaa, sekadar bg pendapat. Memang betul kalau badan kita tinggi toksin, guna produk apapun susah nak dapat kesan yang baik. Seeloknya, detoks dulu. Barulaa produk yg kita guna dapat jalankan tugas dia.
    Just my 2 cents ^_^

    BalasPadam
  3. produk apa ni mar? eh kepochi pulak..

    biasanya kalau product vitamin supplement saya cuma cadangkan minum air lebih supaya senang vitamin nak buat "kerja". selain dari tu mmg vitamin akan tunjukkan kesan.. tapi kesan macam mana depends pada orang..kadang2 kita tak perasan perubahan tu sbb setiap individu berbeza reaksi terhadap vitamin yg dicadangkan..

    BalasPadam
  4. susah jugak macam nie kan mar,apa pula produk yang boleh nyahtoksin dalam badan..

    BalasPadam
  5. alala sis ayat tu tk boleh pakai..buat menyakitkan hati tak syang mulut btl org tu..sabar je la ya sis

    BalasPadam
  6. produk ape tu mar?

    iols ni rs badan iols pun byk toksin..tgklah nti dah beranak baru nak g buang hahaha..

    BalasPadam
  7. hi salam kenal..

    nak buang toksin cube try misai kucing cosway..sy x jual...tp sy rase produk tu mmg bagus..tu sy suggest =)

    BalasPadam
  8. Kakak cadangkan Mar rajin masuk blog Rai Ourkizuna. Dia ada banyak jelaskan pasal pengambilan supplement.

    Memang betul banyak produk yg tunjuk testimoni lama. So kita kena berhati-hati..

    ps: ada ubi ada batas, rebus cecah sambal tumis sedap hahaha...

    BalasPadam
  9. Ye Mar kena berhati-hati dgn product yg kita beli kan... Kalau akak pun terguris hati dgn ayat dia tu Mar... Sabar ye.

    BalasPadam
  10. nak beli suppliment tambahan mmg kene faham betul2 dan pastikan ia tidak memudaratkan...

    BalasPadam
  11. tula memang betul badan bertoksin sukar menyerap apa2 supplement..

    tp kan bagus kalau diorang guide betul2 bukan sekadar amik untung..

    mar ada cakap y mar minum air masak 2 liter & x amik kafein..& minum seperti advise...why not bg advice bukan mencemuh..

    kalau tak,kompem la mar x stop kan..kalo advice bagus

    BalasPadam
  12. Ya Allah, ayat yang last tu sabar je lah.
    takpe bila wak sabar, pasti ada ganjarannya.
    moga penjual tu sedar akan layann dia yang cenggitu

    BalasPadam
  13. Alamak, ain pun banyak toksik rupanya.patutla mkn vitamin pun lmbt nampak kesan

    BalasPadam
  14. Lupa padam nama penjual ek kt printscreen tu? Hihihi...
    Takpela, apa yg dh terjadi jadikan pengajaran
    Supaya lepasni xulangi lg kesilapan
    Ramai dh tu yg kongsikan pendapat
    Harap lepas ni lebih berhati2 =)

    BalasPadam
  15. badan aiza pun ada ciri-ciri di atas juga, banyak toksin rupanya.. tak sepatutnya penjual tu menulis ayat yang mengguris hati begitu..

    BalasPadam
  16. Huhuhu..payah jugak kan kalau jenis tak berapa nak ber tanggung jawab..redha je la kan..nanti try yang betul-betul dipercayai je kan..Aida pon banyak toksin jugak ni..haih kena pantang banyak je la nampaknya...hehee

    BalasPadam
  17. Sebelum jual ayat mmg baik punya.. Tpi bila kita mkn x berkesan..dislhkn kita.. Hmm... Penjual yg hnya thu keuntungan...

    BalasPadam
  18. alaaa.. sentap i tau.. huhuhu.. nape kena ckap camtu?. badan tiap orang tak sama. jadi janganlah nak sarcastic

    BalasPadam
  19. hihi..nmpk gak nama tu..

    btol tu kak.. kena buang toksin.. leh try teh hijau..

    BalasPadam
  20. akak share j apa supplement tu. snng jadi rujukan utk yg lain.

    better ambik ephyra.. dia menyah toksin.in shaa Allah.. saya dh amalkan sampai kotak ke tiga alhamdulillah :D

    masalh tumit kaki kasar pon dah ok.
    rambut gugur pon alhamdulilah..

    cma harganya la kan.. demi kesihatan in shaa Allah kak

    BalasPadam
  21. mama pun banyak gak toksin... detoks dulu lah..

    BalasPadam
  22. Bagi saya ok ja kata2x nya..hehe

    BalasPadam
  23. Alhamdulillah, lepas detoks, badan ringan sket. Lega sangat lepas membuang. Kalau dulu, membuang pon 3 hari sekali. Nisa try makan enerfiber. Memang sangat2 best. Perhatikan hasil buangan. Bila consume enerfiber, najis berwarna kehitaman dan sangat berbau.

    Nak try produk enerfiber ni boleh contact Nisa. InsyaAllah Nisa akan share produk yg baik ni. Msg/Whatsapp Nisa 011-12219296

    BalasPadam
  24. Maaflah mencelah.. Tp apa yg dia ckp tu betul.. Sbb saya sndri pon banyak sgt toksin dlm bdn.. Lepas berdetoks, dalam sminggu supplement kecntikan yg sy amik tu nampak kesan.. Sbelum tu saya amik dlm 2 minggu, takda apa effect.. Parut jrawat pon tak hilang.. So, saya rasa takda apa yg nak terasa hati dgn ayat tu.. Mngkin cara dia jawab buat awk touching, tp saya rasa tu kenyataan.. Sbb saya sndri mcm tu.. Huhu.. Chill la..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code