April 30, 2013

,
Bulan yang amat meletihkan dan mengtensenkan sungguh sehingga mood untuk mengarang entri juga tertutup.


Kelihatan seperti memerlukan meja yang lebih besar..opsss...makin besar, makin banyak pulak diletak..kihkk


Benda yang suka memekak dan menyakitkan jiwa...(ke? ke? ke?)

April 18, 2013

,

.: Peringatan : Entri ini bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Sudah hampir setahun mendiami rumah ini. Yelah, kami pindah di penghujung bulan 4 tahun lepas. Siapa sangka, kabinet buku yang kami bawa dari rumah sewa dulu masih terdapat sisa-sisa anai-anai (rumah sewa dulu ada anai-anai). Ayah sudah pening kepala memikirkannya. Menyesal pun ada kerana membawa kabinet kecil tersebut. Dan siapa sangka juga, anai-anai sudah berjangkit pula pada almari baju yang terletak bersebelahan dengan kabinet kecil itu. Huwaa...


Almari yang ibu beli dan guna tidak sampai 2 tahun lagi. Walaupun tidak semahal mana tapi kalau sudah dinamakan harta, aduhai sayangnya duit mahu beli yang lain.


Segala pakaian segera dipunggah dan digantung di bilik tengah. Nak lipat, malas... Penyudahnya, berlonggoklah pakaian di atas tilam. Hehehehe..


Mulalah kami beroperasi melawat kedai-kedai perabut di kawasan kami untuk membandingkan harga.


Akhirnya, setelah duit gaji kami kumpul, dapatlah kami hasilnya.




Almari baju baru ada 10 pintu.


Almari baju ni kami beli di kedai perabut dekat-dekat kawasan rumah kami. Agak memuaskan dan harga pun berpatutan. Banyak ruang boleh disumbat.




Almari solek idaman hati ibu.


Almari solek ni kami order di Land Furniture. Hampir 2 minggu juga kami menunggu dan apabila almari solek dihantar ke rumah, Cik Aisyah Humaira lah orang pertama yang merasmikannya. Seboleh-boleh mahu masuk ke dalam almari tersebut. Haihh..

Ayat ayah setelah perabut sampai, 
"Ayang, cuti nanti kemas ea.."  Mwahahahah...




Nota Kaki : Cuti hujung minggu (Sabtu & Ahad) bersungguh-sungguh mengemas bersama Cik Aisyah yang memang suka 'mengemas'




April 11, 2013

,
Hari ini ibu berkesempatan untuk melakar kata-kata hati yang sekian lama terpendam. Kesibukan kerja membataskan segalanya. Kerja sebagai suri di rumah juga kadang-kala diambil alih oleh ayah (sidai kain je pon).

Aisyah semakin ligat. Merangkak ke sana sini, masih belum berjalan. Kerap memapah dari sofa ke meja kopi. Kemudian di dinding. Sengaja melepaskan tangan kemudian jatuh terduduk. Mengetuk pintu dengan tapak tangan kecilnya, juga kadang-kala menendang-nendang pintu dengan kaki comelnya.

Suka juga mennyelongkar segala barang yan telah ibu susun atur. Kain di dalam bakul juga dikeluarkan sehelai demi sehelai dengan gigih sekali.

Pantang terlihat buku atau kertas, laju sahaja tangan kecil Aisyah mencapai. Seolah-olah membaca sambil jari telunjuknya menunjuk gambar-gambar di kertas. Mulut menceceh entah apa bahasa. Kemudian, tangan itu akan mengoyakkan pula kertas itu dan selamat masuk ke mulut andai tidak diperhatikan.

Aisyah gemar membontoti ke mana saja ibu pergi. Merangkak laju-laju bila ibu kejar untuk mendapatkanya. Hingga kadang kala Aisyah tergelecek tetapi Aisyah tidak menangis, malah ketawa gembira. Ibu pula yang lebih-lebih risaunya.

Nampak sahaja tilam, Aisyah buru-buru merangkak kemudian bergolek gembira. Golek kiri, golek kanan, capai itu, capai ini, kadang kala melonjak-lonjak dengan lututnya kesukaan.

"Yeayyyyy"

Saban hari ibu pulang lewat. Menjemput Aisyah selepas waktu maghrib. Aisyah pula seronok di rumah pengasuh sehingga tidak mahu pulang dengan ibu. 


Ohhh..anakku...

Namun, ibu lega kerana Aisyah selesa bersama pengasuh. Aisyah gembira bersama pengasuh, tidak menangis, malah tidak mahu pulang pula.

Hakikatnya, hati ibu tetap tersentuh. Anak ibu tidak mahu pulang!!! Huwaaaaa...

Hinggalah pada suatu hari, ibu nyatakan hasrat mahu berhenti kerja kepada ayah. Ibu mengadu pada ayah. Gara-gara kerja yang semakin banyak, menimbun tidak habis-habis. Malah terpaksa pulang lewat saban hari untuk menyiapkan kerja. Semua kerana terpaksa. Saban hari juga masuk kerja awal kerana mahu menyiapkan kerja. Bukan duit kerja lebih masa yang ibu kejarkan tetapi memikirkan tanggungjawab yang menimbun-nimbun.

Duit? Selagi ibu punya suami sebaik ayah, InsyaAllah mencukupi. Kalau ibu tidak bekerja, ayah masih mampu menanggung perbelanjaan kita anak beranak. Cuma ibu bukan jenis suka duduk diam. Malah, ibu tidak sanggup membebani ayah dengan hutang PTPTN ibu yang masih berbaki lagi.

Ayah pula menerima baik permintaan ibu mahu berhenti kerja. Bukankah bagus seorang ibu, juga seorang isteri duduk di rumah, menjaga anak, menyediakan makan pakai suami. Amat besar ganjarannya. Subhanallah...

Malah hati ibu berbunga-bunga, terbayang betapa seronoknya berada di rumah menjaga Aisyah. Aisyah akan lebih rapat dengan ibu apabila ibu menjadi seorang suri rumah nanti. 

Tetapi, hati ibu masih berbelah bagi. Perlukah ibu berhenti kerja? Ibu kadang-kala tertekan dengan pekerjaan ibu ini. Tertekan dengan suasana tempat kerja, tertekan dengan ketidakadilan di tempat kerja, emmm tak perlu lah ibu luahkan. Bosan pun ada juga (bosan asyik banyak kerja je).



Ketika makan di Burger King Skudai



"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..." Surah Al-Baqarah ayat 216.


Ibu berpegang pada Al-Quran, mukjizat Rasulullah SAW. Petikan ayat di atas ini sebagai penguat semangat ibu. Acapkali ibu berputus asa dan ayat inilah yang memberi semangat untuk ibu terus bangkit. Kepada siapa harus ibu sujud, hanya padaNya yang SATU. Kepada DIA ibu meminta dan kepada DIA juga ibu bersyukur di atas segala pemberianNya.



Nota Kaki : Kuakui diri ini sering alpa....






April 01, 2013

,

Gedebuk...bunyi seakan nangka busuk jatuh je tanah.

Hehehehe...kedengaran suara si comel ketawa.






Laju saja kaki si kecil melutut kemudian mencapai bucu meja. Berdiri dengan pantas. Tangan pantas mencapai segala apa yang berada di atas meja.


Gedebang..gedebung..bunyi bekas makanan dihempas ke lantai. Aisyah tersenyum lebar. Seronok benar dapat melapangkan atas meja. Terjengket-jengket kaki kecil itu mahu memanjat meja pula. Seketika, kedengaran suara menjerit seakan merengus marah kerana tidak berjaya naik ke atas meja. Aisyah perlahan-lahan duduk. Kemudian, bangun semula. Duduk kembali. Berdiri pula. Wah...bersenam!!






Ibu tinggalkan sebentar ke dapur. Laju saja dia merangkak membontoti langkah ibu. Ibu pulas tombol paip kuat-kuat untuk mengisi air ke dalam jug. Kemudian, memenuhkan pula 'thermopot'.


Kelentang..bunyi gelas berlaga dengan lantai.


Ibu rampas gelas dari tangan Aisyah. Aisyah capai lagi gelas lain. Alahai... Segera ibu angkat dulang yang berisi gelas itu ke atas meja. Gelas dan meja ibu bersihkan malam tadi, belum sempat mengemas semula. Serentak itu kedengaran bunyi piring pecah. Alamak!


Mujur piring pecah yang bertaburan tidak mengenai Aisyah. Pantas ibu mengendong Aisyah ke ruang depan. Jari kaki kiri terasa seakan basah-basah dan.....ohhh darah! Darah meleleh dan terus meleleh, berjejehan di lantai. Satu kerja pula hendak mengelap lantai.







Nota Kaki : Menanti rambut Aisyah yang seakan segan silu untuk panjang..