Buat bulat-bulat
Gelek jela dengan apa yang ada. Mengimbau zaman kecil-kecil, kami gelek dengan gelas.
Biasalah pakai cetak tu tak lekat. Kita kelim pakai tangan je lepas tu.
Ni bawa bekal, makan kat office
Suami makan berketul-ketul. Tu tandanya.....karipap ni sedap.
Semua benda nak masuk mulut.
Baringlah pulak. Penat..
Tergolek-golek sampai kaki keluar dari landasan.
Tak lama lepas tu, dengarlah dia membebel-bebel. Itu untung kalau membebel, kalau menangis? Tu tanda minta dukung!
Pinjam dari Google ~ Ini engsel tingkap.
Yang aku imagine jadi penyambung setiap bahagian yang berlipat. Siap curik engsel abah aku konon nak menjayakan misi "Meja Briefcase" aku tu.
Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.
Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.
Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
- Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
- Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.
** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...
1 Mei 2016 - Sempat singgah majlis perkahwinan kawan baik saya di simpang renggam. Alhamdulillah, tahniah buat dia.
Dua beradik baring di atas karpet lembut. Best sangatlah tu.
Duduk sekejap di ruang tamu, kemudian menjamu selera terlebih dahulu. Pengantin tengah sakan bersolek kan..
Hidangan di majlis pengantin, biasalah Nasi minyak, ayam masak merah dan banyak lauk pauk lain. Saya memang suka datang majlis awal sebab makanan masih fresh.
En.suami memilih untuk makan mi rebus sahaja. Yang paling best, ada cendol. Memang best kot minum cendol di kala terik mentari tengahari. Tau sajalah, cuaca panas sekarang ni.
Tak dapat bergambar dengan pengantin, bergambar dengan pelamin pun jadilah..
Semoga dia bersama pasangan berbahagia hingga ke Jannah..
Amin..
Diberi oleh rakan sekerja yang berasal dari sana. Dia pun baru je beberapa bulan menjadi rakan sekerja kami. Semoga murah rezeki dia.
Pinjam dari Google
Buat kakak dan abang ipar ku, semoga terus berbakti kepada anak bangsa. Dua-dua merupakan pendidik yang berdedikasi.
"Guru Pembina Negara Bangsa"
Lauk simple je. Ikan keli panggang, cicah air asam. Sambal udang. Ulam raja. Ayam masak kari baki sarapan roti lipat-lipat.
Otak-otak kempas. Saya beli dan bawa balik kampung. 200 pcs. Bakar, makan sepuasnya.
Cuti terasa sekejap je. Tambah pula, Alif demam tiba-tiba. Seronok sangat ramai melayannya hingga tak ingat nak tidur. Orang lain tidur, dia merayap sana sini. Sudah laju mengensot. Puas lah saya mengejarnya.
Belum pernah dia demam lama begini. Sampai 2 hari. Sebelum ni cuma dedar, itu pun ketika dia berusia 5 bulan.
Cuti tidak dapat berjalan, mengenangkan dia tidak sihat. Alhamdulillah, habis cuti saya, dia sihat. Lega hati, dapat masuk kerja dengan tenang meskipun mengantuk memang tak terkata.
Kami adik beradik
Rehatkan kek dalam setengah jam sebelum dipotong. Itu pun masih lembik. Birthday girl pakai baju cantik sikit. Ala-ala sofia gitu.
Sebelum potong kek, baca doa dahulu. Tiada babak meniup lilin sebab tidak mahu diajar begitu.
Doa dibacakan oleh atuknya. Diaminkan oleh semua.
Ok, potong!! Macam ayah dia je terlebih excited.
Kami
Anakanda Aisyah Humaira,Ibu doakan semoga Aisyah membesar menjadi muslimah solehah.Menjadi anak yang berguna dan menjadi kebanggaan ibu dan ayah.Hormati orang-orang lebih tua darimu, jaga tutur bahasamu dan jaga adabmu.Ibu doakan semoga Aisyah diberi kesihatan yang baik. Moga membesar dengan sihat tanpa sebarang penyakit dan tanpa sebarang cacat cela.Amin Ya Rabbal Alamin
Nota Hati : Hanya Allah Yang Mahu Mengetahui..
Telah diuli dan direhatkan semalaman.
Sebelum 'ditebar', leper-leperkan dahulu.
Tarik perlahan-lahan hingga ke hujung. Perlahan-lahan untuk mengelakkan tepung koyak.
Hasil selepas ditarik
Pelbagaikan cara lipatan. Nak petak ke, bulat ke. Biasa emak buat petak, lipat-lipat hingga kami panggil "roti lipat-lipat"
Setelah dibakar atas kuali leper. Jom makan bersama kari ayam
HOD minta saya beli Pizza Hut atau KFC, makan di lab sahaja selepas inspection hari tu. Lebih, dia top-up. Ok, set.
Gunakan perkhidmatan delivery sebaiknya.
Kenyang juga sampai malam setengah menelan 3 keping pizza, 2 ketul drummet, roti dan semangkuk sup cendawan.