Majlis Graduasi & Anugerah Cemerlang Tadika Ghufran Nur Soleh
By Mar Mansor - 9:00 PG
Cameraman tu rakan sekerja saya dulu.
Seperti biasa majlis dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian diteruskan dengan ucapan puan pengetua. Puan pengetua ni pun bekas staff di kilang saya bekerja tau.
Bacaan Asmaul Husna dari semua murid.
Majlis diteruskan dengan persembahan-persembahan murid. Diselang seli pula dengan cabutan bertuah.
Persembahan 6 Bukhari.
Saat ditunggu-tunggu adalah melihat Cik Aisyah naik ke pentas untuk menerima anugerah tamat tadika 6 tahun. Kecik-kecik dah merasa pakai jubah kan. Aisyah menduduki tempat ke 13 dari 18 dalam kelas. Hahaiii.. Ibu tak kisah pun sayang. Yang penting Aisyah dapat menimba ilmu. Ilmu ni luas nak, bukan sekadar ilmu buku sahaja. Kehidupan juga adalah ilmu buat kita semua.
Sijil tamat tadika yang disampaikan Puan Pengetua.
Tak sangka pula Cik Aisyah naik pentas sekali lagi untuk menerima anugerah kecemerlangan kreativiti. Kreativitinya memang terserlah.
Alhamdulillah..sebuah kenangan yang takkan dapat dilupa. Setiap anak pasti akan ada kenangan ini.
Terima kasih tidak terhingga buat guru-guru yang bersusah payah mendidik anak kami. Semoga Aisyah diterangkan hatinya dalam pelajaran dan membesar menjadi anak yang solehah.