Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Keharusan Berbohong


Kita sering mendengar orang menyebut, bohong sunat. Adakah wujud istilah bohong sunat? Tetapi, kita diharuskan berbohong dengan tujuan yang baik.

Seseorang diharuskan berbohong demi mendamaikan antara dua pihak yang bersengketa. Ini terbukti dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Kulthum binti Uqbah bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda, "Tidak dikatakan pendusta seseorang yang ingin mendamaikan antara manusia, kemudian dia menyampaikan khabar dengan baik atau berkata baik". (HR Imam Ahmad).

Selain itu Ummu Khultum juga pernah menceritakan bahawa, "Aku tidak pernah mendengar Rasulullah memberikan keringanan atas sesuatu pun yang dibicarakan oleh manusia kecuali dalam tiga hal; iaitu dalam peperangan, mendamaikan antara manusia dan seorang suami mengatakan kepada isterinya, atau seorang isteri mengatakan kepada suaminya." (HR Imam Ahmad).

Justeru, berhati-hatilah ketika berkata-kata, berfikirlah dahulu sebelum berbicara dan katakanlah yang baik-baik sahaja.

Sekiranya tidak, berdiamlah sahaja daripada bicara dusta dan sia-sia, yang membawa kepada dosa dan neraka.


Pinjam dari Google
Kalau berbohong nanti hidung jadi panjang ~ Kisah Pinocchio yang penuh tauladan.




~Perkongsian dari Majalah Iman




Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. boleh tipu untuk kebaikan kalau dah terpaksa sangat.. kalau dgn brcakap benar akan merosakkan lagi keadaan.. lagi baguih kalau tak amek port hehehe..

    BalasPadam
  2. Klau dah trdesak demi utk kebaikan trpksa juga brbohong

    BalasPadam
  3. Kadang2 ada yg memandai cakap.. xpa bohong sunat.. padahal dia berbohong utk kepentingan diri sendiri..

    http://syidamenulis.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. betul
    lau xtau sesuatu cerita tu jgn buat spekulasi..diam sudah
    nti timbul fitnah..bertambah dosa

    BalasPadam
  5. mitos nya kalo banyak berbohong hidung nya panjang kaya pinocchio iya hehe

    BalasPadam
  6. dulu nani pernah dengar jugak pasal ni. heee. nice sharig. salam jumaat :D

    BalasPadam
  7. Kena seiringkan otak, hati dan lidah bila bertindak sesuatu agar tak timbul yg bercanggah..

    BalasPadam
  8. Bohong sunat ni x ramai yg tahu bila masa yg boleh guna sebenarnya sbb benda ni selalu jadi dlm masyarakat kita..

    BalasPadam
  9. ops..kerna mulut, badan binasa... so, pesan kat diri sendiri dan org sekeliling kite juga... kalo tak tau keharusan berbohong, jgn bohong ya...tak baik, takot la dosa dan neraka...

    BalasPadam
  10. Kena faham betul2 konsep "bohong" yg dibenarkan tu kan...Ramai yg ambil mudah dan guna hujah ianya " bohong sunat"...Ada ustaz memberi contoh, anatar bohong yg dibenarkan ialah demi menjaga kerukunan rumahtangga..contohnya masakan isteri terkurang sedap sikit, si suami boleh cakap " sedap "...:)

    BalasPadam
  11. Perkongsian yg sgt bagus ni Mar.. T kasih..

    BalasPadam
  12. Tq mar sudi sharing pasal ni ..Kadang2 kita ni selalu jugak berbohong sebab nak jaga hati orang lain huhuhu........Tapi takleh amalkan ..

    BalasPadam
  13. Hahah betul betul.. Kadang kadang truth hurts tapi kena tahu keadaan yang sesuai macam MAr cerita kat atas..

    Salam perkenalan saya Aula penulis di aulawrites.blogspot.com, semoga perkongsian saya dapat memberi manfaat

    BalasPadam
  14. Bercakap benar biarpun ianya pahit... Yg penting hati kita jujur dan ikhlas..terpulang pada sesrorang untuk menilainya

    BalasPadam
  15. Biasa sangat dengar tentang bohong sunat ni. Yalah, macam-macam alasan boleh diberi tapi kalau takda istilah tersebut, maknanya tetap juga dosa berbohong ni.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code