Kita sering mendengar orang menyebut, bohong sunat. Adakah wujud istilah bohong sunat? Tetapi, kita diharuskan berbohong dengan tujuan yang baik.

Seseorang diharuskan berbohong demi mendamaikan antara dua pihak yang bersengketa. Ini terbukti dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Kulthum binti Uqbah bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda, "Tidak dikatakan pendusta seseorang yang ingin mendamaikan antara manusia, kemudian dia menyampaikan khabar dengan baik atau berkata baik". (HR Imam Ahmad).

Selain itu Ummu Khultum juga pernah menceritakan bahawa, "Aku tidak pernah mendengar Rasulullah memberikan keringanan atas sesuatu pun yang dibicarakan oleh manusia kecuali dalam tiga hal; iaitu dalam peperangan, mendamaikan antara manusia dan seorang suami mengatakan kepada isterinya, atau seorang isteri mengatakan kepada suaminya." (HR Imam Ahmad).

Justeru, berhati-hatilah ketika berkata-kata, berfikirlah dahulu sebelum berbicara dan katakanlah yang baik-baik sahaja.

Sekiranya tidak, berdiamlah sahaja daripada bicara dusta dan sia-sia, yang membawa kepada dosa dan neraka.


Pinjam dari Google
Kalau berbohong nanti hidung jadi panjang ~ Kisah Pinocchio yang penuh tauladan.




~Perkongsian dari Majalah Iman