Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Training Pant Comel dan Murah



Cik Aisyah masih dalam proses cerai lampin. Umur dia sudah 2 tahun 8 bulan. Umur macam tu patut dah pandai ke toilet macam zaman kita kecil-kecil dahulu.

Ini bukan soal kewangan. Bukan soal harga diaper mahal. Mampu tidak mampu beli diaper tu belakang cerita. Lagi untung kalau tidak perlu beli diaper. Wewww..jimat belanja.

Dan bukan juga soal zaman dulu dan zaman sekarang tak sama. Zaman sekarang ibu bapa bekerja. Anak duduk dengan pengasuh, duduk di taska, tidak ada orang pantau.

Kalau macam tu, tinggalkan whatAp, facebook, blogwalking, tumpukan pada anak masing-masing. Buat semua perkara tu bila tugas kita sebagai ibu bapa sudah selesai. Peduli orang lain cakap.

Ramai yang anggap kanak-kanak akan bercerai lampin secara sendirinya. Kebanyakkannya akan bercerai lampin ketika umur melebihi 3 tahun.

Saya bukan mendesak tapi saya mahu dia berdisiplin. Termasuk diri saya juga dan suami. Disiplin. Suami bekerja. Saya juga bekerja. Bekerja bukan alasan untuk terus membiarkan dia terus pakai diaper. Perlu cabar diri sendiri untuk ini.

Sudah petah bercakap tapi masih berdiaper, kencing dalam diaper. Ermmm..tak boleh jadi. Sebab tu seboleh-bolehnya saya training dia agar dia biasa. Saya penat pun tak apa, yang penting dia kena berdisiplin!

Masalah saya, di rumah pengasuh dia masih berdiaper sebab pengasuh ada menjaga bayi 6 bulan. Baru-baru ini anak pengasuh melahirkan seorangbayi perempuan, pasti dia penat menguruskan anaknya yang sedang berpantang. Tidak sesuai untuk saya menyatakan hasrat saya padanya.

Bila bersama saya, Aisyah pandai free diaper sebab saya pantau. Tapi, yang buat saya geram dia terkepit-kepit sebab nak terkucil tapi dia tidak mahu bagitahu yang dia nak kencing! Hishh...padahal saya sudah pesan banyak kali. Sedangkan cakap nak tengok kartun pandai, nak pergi toilet tak pandai pula. Bila nampak dia menahan kencing memang cepat-cepat saya bawa ke tandas. Masa ni pandai pula dia cakap, "cepat-cepat nak kencing". Ermmm..memang menguji kesabaran.

Kebetulan pula saya ada baca entri mamailahfazilah(klik sini) mengenai training pant. Inilah untung nya blogwalking blog kawan-kawan. Ada saja ilmu yang dapat kita kutip. Benda yang kita tak tahu pun kita jadi tahu. Training pant dicipta untuk potty training kanak-kanak seawal umur 1 tahun. Harganya jangan cakaplah memang mahal. Kalah 1 pek diaper mamy poko.

Sehelai RM55, ada juga yang cecah RM65. Memang tersedak nak membeli. Bila tengok harganya memang cancel terus niat nak belikan untuk Cik Aisyah.

Tapi!!!!

Rupanya mamailah nak share training pant yang murah tau! Sehelai RM10 je. Terus niat membeli membuak-buak.

Design pun comel-comel. Yang penting kualiti lebih kurang dengan yang mahal.

Pilihan yang ada. Comel kan..


Tapi.....sobs sobs..tutup sementara dan penghantaran selepas 20 Januari 2015.


Apa-apa pun saya sanggup tunggu. Seminggu je lagi dari sekarang. Terus je submit order form untuk pastikan apa yang saya mahukan ada stok. Murah, siapa tak nak kan.

Tapi!!!

Langit tidak sentiasa cerah. Saya kecewa...


Reply from yoyosnow



Sedih sangat-sangat. Mana nak dapatkan training pant yang murah macam ni ye selain di sini?? Ada siapa-siapa tahu? Sila drop di ruang komen atau email kepada saya. Please... :(




Nota Kaki : Doakan kami capai target, sebelum umur 3 tahun Cik Aisyah perlu bercerai lampin sepenuhnya.




Catat Ulasan

29 Ulasan

  1. Suka dgn semangat mar, bekerja bkn alasan utkk train anak diaperless.
    Cuba tanya kedai ni http://bongbongidea.blogspot.com/search/label/Clothes%20-%20Training%20Pants?m=0

    BalasPadam
  2. saya malas nak paksa anak--tapi hari2 cakap untuk dia bersedia free drypers sendiri... umur dah tiga tahun lebih dah... biarlah... suatu hari dia mengerti... anak2 sedara sy pun cmtu... xde sorg pun dilatih untuk potty training... semuanya free dgn sendiri bila diorg dh sedia... cuma doa dan ajar secara berkala tapi tak pernah paksa...nnt kita juga yang stress.... yg penting ajar bukn sbb nk jimat... skdr pndpt sbb lain org lain caranya kan... moga berjaya free drypers sblum 3 tahun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pengalaman orang terdekat dengan saya, umur anak nak masuk 5 tahun baru kelam kabut nak free diaper anak dia sebab 5 tahun nak sekolah dah..alasan dia takde sapa nak tengok anak dia..
      saya tak paksa cuma trainning..

      Padam
  3. Betul jgn jadikan alasan sebab kita kerja. Tanggungjawab tetap tanggungjawab. Tapi kakak rasa Aisyah dan bijak dan mudah nak lentur tu. Cuma jgn tunggu dia yg nak terkucil tapi mar yg kena selalu tanya. Biasanya budak perempuan (sebab anak kakak semua perempuan) selepasa minum susu sebotol sejam atau lebih sikit mesti nak kencing. Bawa masuk toilet simbah bunganya mesti dia kencing Mar. Cubalah... itu cara kakak dulu.

    BalasPadam
  4. bab potty training anak mmg mencabar kan...mcm lieya sendiri mase mia ngan mija 3 tahun dah tak pakai pampers.... dayyan ni dah 4 tahun takde tande nak kencing sendiri...ajar bape kali dah tapi selalu komplen bebird geli pakai spender kahkahkah....betul org kate boy ni lambat sikit nak ajar....

    menarik laa training pant tu...mcm berminat gak....cute pun ye hheheeheh

    BalasPadam
  5. Alahaiii sekali out of stock pulak..mar, sebenarnye kan falsya pun dh start duk pikir mcm mana nak free diapers qisya..padahal anak baru sethn 2 bulan..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya baca 1 blog ni http://saatakukaupilih.blogspot.com/
      bagus ni untuk tambah ilmu parenting

      Padam
  6. alhamdulillah cikgu taska byk membantu kan kami free diaper alisha ... umur 2 thn gitu dah freediaper bantuan cikgu die ....

    nk tau jg fungsi tranning pant ni ...

    BalasPadam
  7. pandai gak dia cakap cepat nak kencing ... heee ... org bujang mmg x tahu lah bab ni .

    BalasPadam
  8. bagus ni untuk potty training.. kalerfull lagi.. menarik minat gitu.. tapi kalau setahun mcm terlalu awal pulak.. hehehe

    BalasPadam
  9. kalau tak ajar nanti dia tak biasa pulak kan. alahaii cute sangat training pant tu. hikhikhik :D

    BalasPadam
  10. Assalam mar,
    thanx for sharing
    iols pun naaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkk :)

    BalasPadam
  11. Wah...kakcik tak pernah tahu pun tentang training pant ni...

    Anak2 kakcik dulu memang pakai lampin (sama ada pakai buang atau lampin kain) sehingga umur 4 tahun...

    BalasPadam
  12. Kenapa nak beli trainning pant ni Mar....pakai seluar biasa tak boleh yeh....
    Anak anak okje dulu sejam sekali bawak gi toilet....lama lama terbiasa...kalau budak lelaki senang sikit nak tau dia dah nak shishi.....hihi

    BalasPadam
  13. Itu yg sebaiknya sis..moga di permudahkan..

    BalasPadam
  14. untuk anak2 el..semua el training dia ms umur 4 tahun
    sbb umur mcm tu dia dah matang n dah faham
    sebelum ni pun ada train dia tp tulah ada ke ckp..mama pakaikan pampers..nak kencing/berak hahaha
    ada sekali tu terberak dlm rumah..ha x ke meroyan mama el nak cuci bagai
    so skrg ni dia dah free diapers
    el train dia guna psikologi gak
    nak pi tesco xleh pakai pampers
    nak pi jln2 no pampers
    sapa pakai pampers...jgn tido ngan mama haha

    BalasPadam
  15. Erm, satu perkar ayg perlu saya bersedia juga suatu hari nanti. Skrg ni saya baru nak ajar dia basuh berak sendiri. Tapi dia masih berak dlm diaper, cuma bila basuh tu ajar sendiri cemana nak jirus kat punai guna paip. Heheh. Ajar duduk cangkung. Tapi mmg comel la sbb kecik je duduk mencangkung.

    Saya doakan Mar berjaya latih Aisyah secepat mungkin. Yg training pant tu kalo tiba masa saya nnti agaknya saya nak buat sendiri je kot. Guna kain yg ada plastik kat belakang. Tu pun kalau rajin.

    BalasPadam
  16. Betul, mmg menguji kesabara.
    Anak saya yang 3 tahun 5bln ni pun in process.
    Ada hari dia pandai tak kencing dalam seluar.
    Hari lain sebaliknya pulak.

    BalasPadam
  17. Barang comel memang selalu out of stock.

    BalasPadam
  18. Ajar anak anak free diapers memang menguji kesabaran tapi itu yg sebaiknya..Saya pun tak tahu nak cari kat mana..

    BalasPadam
  19. Anak saya si Adik tu baru je bercerai lampin 2,3 bulan lepas, Mar :) Kalau ikut tahun, tahun ni nak masuk 4 tahun tapi sebab dia baby Nov, mudalah sikit.... Itu antara punca saya cancel nak hantar dia ke playschool tahun ni. Tapi eloknya dia, masa first time saya buat potty train, sehari je dia terkucil dalam seluar. Lepas tu dia pandai beritahu kita kalau nak pee. Kadang-kadang dia berlari sendiri masuk bilik air sambil buka seluar kata nak pee sangat!

    BalasPadam
  20. Itula yg sebaiknya, lya x da lgi pglmn.but lya memg sokong sgt

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code