Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Penukaran Alat Ganti Tulen di Perodua


Walaupun kereta saya comel cenonet, tekan minyak sampai habis pun belum tentu dapat kejar kereta Vios cc1.5, saya tetap pastikan yang terbaik untuknya. Satu-satu kereta yang kami ada, dan sentiasa berdoa supaya ia terus sihat untuk kami.

JLY merupakan pelanggan tetap Hung Tian Johor Jaya. Setiap kali servis akan ke situ. Setelah 3 kali servis dilakukan di Perodua JB2, saya mula setia bersama dealer Perodua ini sebab ketika itu saya menyewa rumah di Kg. Dato' Sulaiman Menteri. Agak dekat dari rumah dan kebiasaannya, saya hantar untuk diservis pada hari Sabtu.

Sehinggalah bulan 8 lalu, servis terakhir JLY di situ, sebelum akan servis lagi di bulan hadapan. Saya pernah membebel-bebel di entri. Rasa terkilan jugalah. RM349 kot jauh sangat dengan harga yang pernah ditawarkan sebelum ni cuma RM290.

Tanya kedai-kedai luar pun harga lebih kurang RM350. Makoihh.. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk di hantar ke Perodua JB2 setelah membuat pengesahan melalui telefon. RM270 ok! Saya baru menghantar JLY untuk penukaran timing belt di Perodua JB2 (Plentong) pada hari isnin lalu

Punyalah lama tidak ke situ, terkial juga. Tak sangka pula tempat parking kereta pelanggan penuh sana sini. Ramai yang hantar servis kereta hari tu. Akhirnya, pak guard baik hati mendapatkan parking untuk saya. Terima kasih pakcik!

Yang membuatkan saya ketawa sendiri, saya parking sebelah pintu masuk je rupanya, sedangkan saya pusing masuk melalui pintu depan. Hahahah.. Malu tau tapi buat selamba je. Dan sistem mereka juga sudah bertukar, kalau dulu saya ingat lagi pelanggan akan beratur di hadapan meja Sales Advisor, sekarang tidak lagi. Beratur di hadapan admin sahaja dan dia akan uruskan. Sebagai pelanggan tunggu di kerusi yang disediakan hingga dipanggil.


Rekod di buku servis. Memang dah habis ruang cop. 


Telah diganti ~ Yang lama dipulangkan sebagai bukti.


Proses penukaran mengambil masa lebih  kurang 3 hingga 4 jam. Jadi kereta saya tinggalkan dan saya masuk kerja semula. Merempit lah saya bersama suami tersayang. Eh macam boipren, gelpren kalau orang tengok, padahal laki bini anak dah satu!

Jam 1.30 petang, merempit sekali lagi dengan LC135 merah milik en.suami. Seram sejuk rasanya bila en.suami merempit laju sebab tengok langit dah gelap.


Resit ini perlu ditunjukkan ketika membuat pembayaran di kaunter bayaran.


Bil sesudah pembayaran ~ RM264.40!!
Sila klik untuk lebih jelas.

Service Combo Mania Campaign
+
Cash Discout

Memang berbaloi sangat rasanya. Senyum sampai telingalah saya. Rezeki JLY dihantar ketika ada campaign. Ke sebab email saya tempoh hari. Zipppp!!!

Keesokannya, saya dapat follow up call dari Sales Advisor yang bernama Kadir tak silap, bertanyakan tentang JLY. So far, ok saja.


Oleh kerana saya puas hati dengan diorang, saya ajak kawan-kawan dan pembaca blog saya ni yang menggunakan kereta Perodua. 
Jom pakat ramai-ramai ke Perodua Servis JB2 (Plentong) untuk penyelenggaraan kereta anda!





Nota Kaki : Jangan lupa mention pembaca blog saya untuk support saya dapat alza merah seketol..ok yang ni tipu je..









Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Masa kakak belum kawen dulu kakak guna kereta perodua tau Mar. Tapi sekarang dah tak lagi. Suka juga kerana perodua ni macam Myvi, Alza tu cantik-comel kan.. Anak dara kakak suka kereta Myvi. Tapi tak ada plan pun lagi..

    BalasPadam
  2. ye betul tu...kereta nak pakai lama dan penting. kalau nak service, service la di kedai yang benar benar specialist :)

    BalasPadam
  3. timing belt ke tu sis? sy pn nak servis viva ni timing belt dh nazak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye mila..kalau ikutkan akak pernah call Perodua bulan 10, total cost RM320. Then, kat hung tian tu dealer perodua, RM349. Alhamdulillah, dapat harga camtu kat Perodua Plentong..waktu campaign kot.

      Padam
  4. Servis baik harga pun berpatutan pasti lah menambat hati pelanggan kan..:)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. hati lapang je klu puas hati. Thanks sharing info ni, boleh juga beritau saudara & kengkawan di jb.. Selamat tahun baru 2015 buat Mar sekeluarga.. :)

    BalasPadam
  6. Service tip top..trbaikla kan sis

    BalasPadam
  7. Perodua servis JB2 nih kat sebelah Giant Plentong kan? Saya selalu pegi JB1. Servis yg dari Perodua betul bukan authorize agent mmg terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tu..saya pernah blacklist JB2 sebab adalah ceritanya dulu, tu setia dengan dealer kat Johor Jaya..tapi kali ni tip top..tak tipu..hehe..
      saya memang kaki komplen..

      Padam
  8. kalo letak produa n proton sbelah2 CT akan tetap pilih produa. takle go ngan proton. alhamdulillah.. baby CT viva cinonet gak tapi dah nak masuk 6 tahun berkhidmat utk CT dan tak banyak ragam. mmg slalu service di center. walaupun da 6 tahun org kat center setia menservice hehehe

    BalasPadam
  9. jauhnya nak servis kete
    g pun weols x ada perodua ekeke
    servis mantop sape x suka kan kan kan

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah.. ssh nk jmpa yg betul2 ok servis perodua ni pun... suami biasa buat kt kdai biasa je.. thanks share pengalamn...

    BalasPadam
  11. hurmm bila kereta sakit, tuan kereta pon terasa sakit hehe

    BalasPadam
  12. ala, kita tak pakai perodua..
    jauhnya lahai nk gi plentong tu
    dlu selalu pergi giant n tesco plentong. hihi
    rindu.nya

    BalasPadam
  13. rasa rindu pula nak kerja kat pusat servis perodua..hihi

    BalasPadam
  14. kat sini saya reti komen bab rempit tu aje
    memang selalu rempit dengan en suami
    bab kena kata pasangan kekasih pun selalu kena
    penah kena marah dengan orang yang tak dikenali apabila saya cium pipi suami
    dia ingat kami belum kawin, tapi saya tak kuasa nak explain...hehe

    BalasPadam
  15. terasa betul kalau nak guna duit tuk kereta....aritu gara2 satu kereta drift la sgt dr arah depan, keta eca lak yang xmemasal sakit...sakit tul tukar tayar+rim+low arm rm300..uwaaaa.

    BalasPadam
  16. Kereta bila hantar servis memang sampai kosong poket. Tapi kalau dijaga elok-elok, lamalah dapat berkhidmat dengan tuannya. Meragam pun kurang!

    BalasPadam
  17. Saya memang tak reti bab-bab keta ni. Semuanya saya serah kat husband. Setakat start enjin, jalan dan isi minyak jer...hehehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code