Walaupun kereta saya comel cenonet, tekan minyak sampai habis pun belum tentu dapat kejar kereta Vios cc1.5, saya tetap pastikan yang terbaik untuknya. Satu-satu kereta yang kami ada, dan sentiasa berdoa supaya ia terus sihat untuk kami.

JLY merupakan pelanggan tetap Hung Tian Johor Jaya. Setiap kali servis akan ke situ. Setelah 3 kali servis dilakukan di Perodua JB2, saya mula setia bersama dealer Perodua ini sebab ketika itu saya menyewa rumah di Kg. Dato' Sulaiman Menteri. Agak dekat dari rumah dan kebiasaannya, saya hantar untuk diservis pada hari Sabtu.

Sehinggalah bulan 8 lalu, servis terakhir JLY di situ, sebelum akan servis lagi di bulan hadapan. Saya pernah membebel-bebel di entri. Rasa terkilan jugalah. RM349 kot jauh sangat dengan harga yang pernah ditawarkan sebelum ni cuma RM290.

Tanya kedai-kedai luar pun harga lebih kurang RM350. Makoihh.. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk di hantar ke Perodua JB2 setelah membuat pengesahan melalui telefon. RM270 ok! Saya baru menghantar JLY untuk penukaran timing belt di Perodua JB2 (Plentong) pada hari isnin lalu

Punyalah lama tidak ke situ, terkial juga. Tak sangka pula tempat parking kereta pelanggan penuh sana sini. Ramai yang hantar servis kereta hari tu. Akhirnya, pak guard baik hati mendapatkan parking untuk saya. Terima kasih pakcik!

Yang membuatkan saya ketawa sendiri, saya parking sebelah pintu masuk je rupanya, sedangkan saya pusing masuk melalui pintu depan. Hahahah.. Malu tau tapi buat selamba je. Dan sistem mereka juga sudah bertukar, kalau dulu saya ingat lagi pelanggan akan beratur di hadapan meja Sales Advisor, sekarang tidak lagi. Beratur di hadapan admin sahaja dan dia akan uruskan. Sebagai pelanggan tunggu di kerusi yang disediakan hingga dipanggil.


Rekod di buku servis. Memang dah habis ruang cop. 


Telah diganti ~ Yang lama dipulangkan sebagai bukti.


Proses penukaran mengambil masa lebih  kurang 3 hingga 4 jam. Jadi kereta saya tinggalkan dan saya masuk kerja semula. Merempit lah saya bersama suami tersayang. Eh macam boipren, gelpren kalau orang tengok, padahal laki bini anak dah satu!

Jam 1.30 petang, merempit sekali lagi dengan LC135 merah milik en.suami. Seram sejuk rasanya bila en.suami merempit laju sebab tengok langit dah gelap.


Resit ini perlu ditunjukkan ketika membuat pembayaran di kaunter bayaran.


Bil sesudah pembayaran ~ RM264.40!!
Sila klik untuk lebih jelas.

Service Combo Mania Campaign
+
Cash Discout

Memang berbaloi sangat rasanya. Senyum sampai telingalah saya. Rezeki JLY dihantar ketika ada campaign. Ke sebab email saya tempoh hari. Zipppp!!!

Keesokannya, saya dapat follow up call dari Sales Advisor yang bernama Kadir tak silap, bertanyakan tentang JLY. So far, ok saja.


Oleh kerana saya puas hati dengan diorang, saya ajak kawan-kawan dan pembaca blog saya ni yang menggunakan kereta Perodua. 
Jom pakat ramai-ramai ke Perodua Servis JB2 (Plentong) untuk penyelenggaraan kereta anda!





Nota Kaki : Jangan lupa mention pembaca blog saya untuk support saya dapat alza merah seketol..ok yang ni tipu je..