Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Pemergian Nenek

Assalamualaikum
Pemergian Nenek - 26.01.19 - Nenek pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Sehari sebelum pemergian nenek, kami dah pulang ke Mersing. Nenek sudah 3 hari koma dan bergantung pada mesin oksigen untuk pernafasan. Jantung nenek pun semakin lemah.

Perancangan kami, kami akan pulang petang sabtu tu sebab Aisyah bersekolah pada hari Ahad kan. Tak sangka, usai azan Zohor hari sabtu tu nenek menghembuskan nafas yang terakhir. Terkejut saya dengan kehilangannya sebab saya berada di bangku luar bersama Alif, baru lepas jenguk nenek lebih kurang 10 minit lepas.


Segala urusan memandikan dan mengkafankan pihak hospital yang uruskan. Anak-anak perempuan nenek bersama-sama membantu memandikan dan mengkafankan nenek. Alhamdulillah. Kemudian, jenazah nenek dibawa pulang ke rumahnya. Solat jenazah dilakukan di rumah arwah. Jenazah dikebumikan selepas Asar.

Segala urusan dipermudahkan. Sekelip mata, nenek sudah pergi meninggalkan kami. Nenek sakit tua. Selepas pemergian nenek, emak ada bercerita tentang nenek yang menghadapi 100 hari sebelum pemergian. Nenek dapat rasa ajalnya kian hampir. Moga nenek ditempatkan dalam golongan yang beriman.

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. innalillahi wa inna ilaihi rajiuun...takziah kak mar dan keluarga...

    BalasPadam
  2. salam takziah. semoga rohnya ditempatkan bersama mereka
    yang dikasihi aamin..

    BalasPadam
  3. salam takziah ya, mudahnya urusan nya...

    BalasPadam
  4. Salam takziah Mar..
    Semoga arwah nenek ditempatkan dikalangan org2 yg beramal soleh.. Aamiin..

    BalasPadam
  5. Salam takziah buat arwah.. Semoga dicucuri rahmat

    BalasPadam
  6. Salam takziah Mar..
    Moga arwah nenek dicucuri rahmat Ilahi Dan ditempat Kan bersama para syuhadah.
    Al fatihah

    BalasPadam
  7. Takziah akak n family..teringat nenek sy yang masih hidup..Allah...semoga dipanjangkan umur..

    BalasPadam
  8. salam takziah.. semoga ditempatkan dikalangan org beriman..

    BalasPadam
  9. innalillahi wa inna ilaihi rajiuun...takziah kak mar dan keluarga...

    BalasPadam
  10. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un dan salam takziah untuk akak dan sekeluarga. Semoga arwah nenek ditempat dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. Amin.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum Mar...salam takziah yer...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code