Assalamualaikum
Dia Pergi Selamanya | Sebenarnya terlalu banyak perkara yang hendak dikongsikan di sini. Tapi segalanya terbantut sebab baru sebulan lebih dia pergi meninggalkan kami. Dari 30 Ogos, dia telah ditidurkan kerana keadaannya yang tak stabil. Maka bermulalah tugas seorang anak di mana en.suami bergilir dengan abangnya untuk menemani dan menjaga abah mereka di wad.
Dia ditidurkan dan dipakaikan bantuan pernafasan. Sebagaimana yang kita ketahui, kes sebegini biasanya diberi tempoh 7 hari. Dan dia pergi pada hari ke-6.
Dia pergi pada 4.9.2023 jam 11.48 malam di HSA. Saya tak dapat tidur sejak en.suami menelefon beritahu yang abahnya sudah takda. Bergetar suaranya. Jam 3 pagi, en.suami pulang ke rumah. Manakala saya menyiapkan pakaian yang perlu dibawa. Lebih kurang jam 5 pagi, kami gerak ke rumah arwah bagi urusan pengkebumian. Arwah ada membayar khairat kematian di kawasannya, maka kami uruskan segala proses melalui khairat tersebut.
Alhamdulillah arwah selamat dikebumikan sebelum tengahari.
Moga arwah tenang di sana. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.
7 Ulasan
takziah dear.. al fatihah. moga rohnya dicucuri ramat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. aamiin
BalasPadamAlfatihah. Salam takziah Puan..
BalasPadamAllahuakbar..sakit apa...Takziah .Semoga Allah ampunkan segala dosanya Dan dilapangkan kuburnya...Aamin!
BalasPadamSalam Takziah.
BalasPadamاَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Aamiin...
Salam Takziah.
BalasPadamاَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
moga arwah ditempatkan bersama org-org berimannn aminnnn
Great post! I liked your thoughtful analysis. Keep writing—you have a talent for it!
BalasPadamSalam takziah.
BalasPadamMoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Aamiin..
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.