Ini pula sesi mengclearkan peti ais mak aku gara-gara nak masukkan 200 bekas kek coklet moist yang akak aku beli.
Aktiviti mempacking goodies beg para tetamu dilakukan dengan sepantas mungkin oleh kami-kami. Jemputan seramai 800. Ini goodies beg tetamu biasa. Untuk saudara mara kami asingkan.
Dalam ni kami isi air kotak, pek kecil gula-gula dan sepeket kerepek (kerepek-kerepek diberi oleh orang blok).
Akak aku rajin pula buat sushi kann.. Memang lahap la dapat makan. Aku suka inti ketam berbanding tuna. Cuma kicap sushi takde, terasa kurang nikmat di situ.
Ini pula giliran menu special aku. Karipap. Inti memang rahsia sikit, aku je tau apa yang aku bubuh. Tapi, takde yang bukan- bukan pun. Memang laju habis bila panas-panas terhidang.
Abah aku dengan ayam hutan memang tak dapat dipisahkan. Saudara mara biasa datang suka makan ayam hutan masak kari mak aku. Kira menu special keluarga aku la. Aku ni kalau kari ayam memang kureng sikit, tapi kalau dah buat cicah lempeng memang sodap wehh!!
Ni part penting, buang arang telur asin. Telur asin mesti ada untuk buat bunga telur. Ada 150 biji jugalah nak dikikis.
Selepas dikikis, perlu dibersihkan pula. Inilah kerja aku dan adik ipar aku. Kikis arang telur asin sambil berbual ntah apa-apa. Kemudian, telur direbus dengan api perlahan.
Sambil-sambil buat kerja, kita kunyah-kunyah. Jagung manis ni kakak aku beli bertongkol-tongkol. Apa lagi, kasi rebus.
Bila telur dah masak, ditos, dan biarkan sejuk seketika. Sambil layan drama kat tv, kami siapkan bunga telur.
Telur ayam rebus untuk saudara mara. Isi dalam bekas cantik sikit.
Banyak betul kerja sepanjang seminggu di kampung. Sebelum selesai majlis sebelah kami (lelaki), memang tak tenang jiwa raga.
Lipstick Duo bermakna lipstick ni ada dua. Atas dan bawah. Dua bahagian berbeza warna. Liptick saya berwarna merah terang (day) dan warna merah gelap (night).
Merah (day)
Merah gelap (night)
Lipstick mudah disapu. Lembut je di bibir. Yang penting ia tidak mengeringkan bibir dan mudah ditanggalkan.
Kasi chance main air tadahan hujan. Sampai basah baju masing-masing.
Hari pertama dan kedua kat kampung memang lincah betul budak dua orang ni. Lagi budak Alif, asyik ajak turun tanah. Oklah...layankan anak-anak.
Budak tak pernah jumpa tanah. Kusyuk dia kutip batu pastu baling-baling. Pelepuk kena kepala baru senyap sekejap. Kemudian, lari sana sini, bukan main seronok..
Penat berlari, main pasir pula. Dengan moncong-moncong main kereta.
Paling best bila nenek belanja aiskrim. Tak cukup nenek belanja, atok pula belanja. Tak cukup lagi? Ibu lah kena pow. Kedai sebelah rumah nenek je kot. Budak Alif pun dah pandai ajak pergi kedai. Aduhaiii
Dasar anak jantan. Kalau tak kereta, bola. Itulah yang dimainnya. Pastu main mesti ajak ibu. Tu dia, minum susu peluk bola.
Masuk hari-3 di kampung, nampak la bebudak ni keletihan. Penat berjalan hantar pengantin pun iye. Penat bermain pun iye.
Pengantin lelaki sedang bersiap. Busana pengantin serba biru mengikut trend terkini.
Segak pengantin menanti saat berarak.
Antara saudara mara yang menghantar pengantin.
Pengapit harus di sebelah pengantin la kan..tukang kipas.
Sudah bersedia untuk berarak. Kompang pun sudah ready. Maka, berangkatlah kami menghantar sang raja yang ingin berjumpa permaisurinya.
Seperti biasa persembahan silat pengantin bagi memeriahkan suasana.
Sebelum dapat naik ke persinggahan yang dihias cantik, kena lalui rintangan dan halangan terlebih dahulu. TOL!!
Sila..sila..jangan berebut..semua dapat..
Pasangan raja sehari yang cantik dalam busana warna biru tua + ungu.
Gambar kenangan bersama yang memakai baju pink!
Kereta viva saya masih ada 13 bulan bayaran bulanan lagi. Tak lama je lagi. In sha Allah selesai nanti bila cukup masa.
Adik bongsu bersama emak tersayang.
Pengantin lelaki bersedia untuk akad nikah.
Syukur alhamdulillah, adik bongsu kami selamat bergelar suami dengan sekali lafaz.
Welfie bersama pasangan pengantin.
Pengantin bersama emak-emak mereka.