Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Apabila Anak Demam Dengan Tiba-Tiba

Assalamualaikum


Apabila Anak Demam Dengan Tiba-Tiba |  Bila ada anak kecil, perkara yang sering merisaukan kita sebagai ibu bapa adalah tahap kesihatan mereka. Tahan imunisasi anak kecil tidak kuat dan mereka mudah dihinggapi penyakit.

Alif, agak jarang demam. Tak silap saya, 6 bulan yang lepas dia ada demam. Dia kalau dah demam memang melepek je. Diam, terus tak aktif. Makan tak lalu, minum susu pun sikit je sebab haus.
Petang khamis, sewaktu jemput dia balik, pengasuh terus bagitahu yang Alif demam. Tiba-tiba menangis dalam buaian. Melepek lah dia bila tak sihat.


Terus saya EL hari jumaat tu sebab risau dengan keadaan dia yang jarang demam. Alif ni jenis melekat bila tak sihat. Tak boleh lepas langsung. Hatta, nak masak pun sempat tak sempat dah.

Hari pertama dia deman, hari kedua demam, saya pantau betul-betul. Maklumlah, demam zaman sekarang ni bukan boleh dibuat main.

Apa yang penting,
- Beri anak ubat mengikut dos dan aturan yang disarankan oleh doktor.
- Kerap lap badan anak, agar suhu badannya turun. Lap dengan air paip sahaja.
- Pantau suhu anak, pastikan termometer sentiasa ada di dalam rumah.
- Beri dia makanan yang lembut dan berkhasiat seperti bubur nasi / bubur ayam.
- Beri anak air masak secukupnya.
- Usap dan urut lembut badannya, mungkin badannya sakit-sakit.
- Bagi anak rehat secukupnya.
- Manjakan dia jika dia menangis bagi meredakan hatinya.


 Nota Hati : Sampai hari ni, Alif manja sangaaaatttt dengan saya.. Terrima kasih pada yang mendoakan Alif.. untuk pengetahuan semua, Alif dah sihat dah... dari hari Sabtu minggu lepas


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Tips menarik. Sebenarnya belaian dari sorg ibu pun boleh buat anak cepat sembuh. Awk sorg ibu yg perihatin. Tahniah :)

    BalasPadam
  2. betul tu mar,nak2 jenis anak yang demam malam..lagilah risau kan...aduhaii...cepat sembuh ye..

    BalasPadam
  3. setuju. zaman skang ni kalu demam, kena pantau bebetul.
    mcm2 virus da wujud.
    moga alif cepat sembuh 100% ye :) in shaa Allah.

    BalasPadam
  4. kak mia pun terus cuti kalau sofea demam... bahaya takut apa2...


    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #28. blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2017/02/senarai-url-blog-28.html

    pemenang akan diumumkan pada 28/2/2017

    BalasPadam
  5. comelnya anak kak mar, semoga cepat sembuh :D

    BalasPadam
  6. anak demam kita yang tak tentu arah kan..nak tidur pun tak lena..

    BalasPadam
  7. Musim skarang kan.. Gtulah kt bila ank x sihat.. Mmg cuti emergency lah..nk tgl mmg x smpai hati kan

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Kalau jarang demam, memang melepek laa kakkk. Semoga sehat selalu Alif.

    JOM KE BLOG UYUL! >> Blog Uyul Rosli

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code