Hasil Yang Gembira

By Mar Mansor - 3:58 PTG

Assalamualaikum


Hasil Yang Gembira | Dalam kesulitan pasti ada kemudahan. Dan aku sentiasa percaya dengan izinNya. Walau datang kesulitan apa pun, yang penting kita berusaha, berikhtiar untuk mengatasinya. Dalam masa yang sama gandakan berdoa.


Pinjam dari Google


Rezeki setiap orang tak sama. Ujian setiap orang juga tidak sama. Apatah lagi cara pemikiran dan pendapat orang. Tidak pernah sama. Kalau sama pun mungkin 50%.

Dalam forma jual beli, sudah tertera nama aku dan suami. Memang dah tau kami dapat rumah pampasan berupa rumah flat tu dari 2 tahun lepas. Masa tu Alif masih dalam perut. Bukan semua orang dapat rezeki beli rumah 2 buah. Nak dapat sebiji pun payah dah sekarang ni. Aku, memang bersyukur sebab sudah ada 2 buah rumah.

Nampak seolah mudah kan? Siapa tahu akan kesusahan yang kami alami? Nak petik bunga ros yang cantik, yang wangi pun perlu menjaga tangan, elak dari terkena duri. 


Eh, sebenarnya aku nak kongsikan kegembiraan aku sebab aku ada jual karipap goreng pagi-pagi. Letak kat Wak van biru. Wak ni bukan orang tempatan, tapi aku hormat dia sebab lebih tua dari aku dan aku tengok dia jenis tak kisah. Sesetengah orang kita pun sombong nak mampus. Siap cerita dengan aku macam-macam.

Aku? Memang jenis muka tembok. Tak heran dengan apa yang orang keliling cakap. Aku jual karipap tu halal. Tak menyusahkan siapa-siapa pun. Makanan. Aku masak, tentulah sedap, bersih. Yang utama, aku tak malu pun jual karipap, malah bangga sebab hasil jualan aku disukai ramai. Alhamdulillah.

Sikit pun rezeki. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Jangan tamak, nanti jadi seperti anjing dan bayang-bayang. Jangan tamak, bak pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Pagi tadi, wak van biru cakap, dia sampai-sampai orang dah tanya, mana karipap wak?

Karipap sedap



  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. assalamualaikum mar...alhamdullilah dgn rezeki yg ada...sentiasa bersyukur dgnnya walaupun hanya sedikit jumlah yg didapati...kita x kacau org kira dah okay tu..:)

    p/s mcm mama juga mar ada la buat delivery mkn sikit...sikit2 lama2 jadi bukit kn...:)

    BalasPadam
  2. Alhmadulillah murah rezki sis, yg pnting usaha rajin pasti mmbuahkn hasilkn

    BalasPadam
  3. Syukur...moga akk terus maju salam apa yang diusahakan...

    BalasPadam
  4. W'salam Mar,

    Pedulikan apa orang kata asalkan kita buat sesuatu yang betul..
    Semoga Mar diluaskan pintu rezeki dan bisness karipap bertambah maju..
    Cantik karipap hasil tangan Mar, tentu sedap..

    BalasPadam
  5. Selagi ada kemampuan inilah masa kita membeli aset Mar
    Sebab utk anak kita kelak tak tahulah berapa harga rumah di Johor ni.
    Kakak pun siap-siap beli beberapa biji rumah dari dulu lagi.
    Ada yg boleh kita grab kita grab. Peluang utk jual karipap ada - sedap org suka apa lagi buat aje janji ada income.

    BalasPadam
  6. gasak le orang nak kata apa kan mar..bukan kita buat benda jahat..teruskan mengkaripap.. bila nak merasa ni sebijik hehehe

    BalasPadam
  7. alhamdulillah,... yg penting usaha kite kan...

    sedap nampaknya karipap tu

    BalasPadam
  8. biarlah apa yg org keliling nak cakap. kalau kita pedulikan dgn benda negatif yg org cakap, kita juga yg jatuh nanti. yg pntg apa yg kita buat, ada hati lain yg gembira, hati kita pun gembira 😄 semoga sis terus cemerlang dlm bisnes, dlm kehidupan 😉

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.