Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Review : Hotel Milano

Assalamualaikum


Review : Hotel Milano | Tempahan dibuat untuk menempatkan en.suami dan anak-anak sementara saya bersama ahli kumpulan lain menyelesaikan aktiviti kami. Kesian kat diorang, penat kalau ikut saya.

Tempahan online melalui Agoda. Memang cepat dan pantas. Baik dari segi tempahan, mahupun bayaran. Memang mudah sangat.

Check in jam 2 petang. Selesai registration dan deposit, dapat kunci je terus bergegas ke bilik. Saya agak tergesa-gesa mengejar masa. Team yang lain dah tunggu tu dalam kereta.


Saya balik hotel lebih kurang jam 5.30 petang. Tiga beranak tengah syok tidur.

Standard King


Tiada penambahan katil sebab katil muat untuk kami berempat. Saiz bilik pada saya agak kecil. Dapat pula tingkat 3. Yelah kan time pack. Hotel tiada lif, naik tangga.


Bila si bujang mula aktif, telefon terpaksa dicabut dan simpan dalam drawer


Ada disediakan meja, kerusi satu dan almari yang terbuka. Bantal ada 4 biji. Lembut tapi tinggi, sakit leher. Kelengkapan lain, seperti biasa, ada hanger dan safety box

Siaran televisyen so far ok. Ada siaran yang boleh ditonton, tidak lah membosankan. Ada jug heater, saya cuci bersih-bersih sebelum guna. Sebab air panas budak-budak dalam termos tidak mencukupi. Tawakal jelah lepas tu.




Tandas memang luas. Lengkap semua. Yang pasti bersih dan cantik. Sangat selesa.




Lantai bahagian ini agak licin. Ruang mandi menggunakan mozek yang berbeza. Sangat selesa.






Pandangan hadapan Hotel Milano.


8,10,12, Jalan Dato Rauf, Kluang, 86000, Malaysia
07-773 6555.





Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Oh.. kakak ingatkan dekat-dekat tempat kita sini.
    Kerja outstation ke Kluang ye Mar.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mar...wah !! dok masa sesi photoshoot ari tu yer mar...:)

    BalasPadam
  3. wah.mar..igt nak booking bilik tu..tp nampak kecik..heheh

    BalasPadam
  4. bestnya, template baru ye Mar,all the best kay :)

    BalasPadam
  5. teringat mar berlari2 anak nak naik tangga hahaha

    BalasPadam
  6. selesa hotel ni... lama dah tak bercuti.. hehee

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code