Assalamualaikum
Buat Cermin Mata di Rapid Focus | Pertama sekali, korang abaikan tajuk entri yang agak skema ni. Macam takde idea nak letak tajuk apa.
Oleh kerana cermin mata yang lama sudah berusia 4 tahun. Dan keupayaan melihat pun semakin berkurangan. Semakin hari mata terasa semakin rabun. Nikmat melihat dengan jelas aku telah ditarik sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, masih ada bantuan cermin mata dan contact lens.
Cermin mata lama telah berjaya dipatahkan oleh Alif. Nak tak nak, aku perlu pakai contact lens ke tempat kerja, hatta di rumah. Dengan berat hati juga, aku mengsoletape cermin mata yang patah tu untuk merehatkan mata aku dari menggunakan contact lens dalam jangka masa yang lama.
Kenapa tak terus buat cermin mata? Kan ada yang murah-murah..
Aku tau ini yang akan korang soalkan. Kenyataannya, power rabun mata aku ni terlalu tinggi. Mana-mana kedai pun akan charge mahal. Power bukan 100, 200. Tapi, sudah cecah 700!
Dek tak tahan kerap mengalami sakit kepala dan ditambah dengan kedengkian Alif dengan cermin mata aku, terpaksalah aku ke kedai cermin mata juga. Kalau harga RM99 tu power mata tak lebih 400 ok.
Aku terus je buat di Rapid Focus sebab aku selalu beli contact lens di kedai ini. Pilih bingkai, check kanta cermin mata lama, check power mata, pilihan kanta pula, nak nipis ke tebal ke sebab power aku 700, tebal nak mampssss. Ok, tambah harga untuk nipiskan kanta.
Total selepas GST + Diskaun, hanya RM380. Ok, bayar. Tunggu kedai telefon setelah siap.
Dalam beg ni ada cermin mata yang sudah siap dan 2 biji limau mandarin sebab nak sambut CNY dah. Syukur sebab cermin mata baru siap sebelum cuti CNY. Dah siap alamat dah tu.
Tada...
Bingkai adalah pilihan en.suami. Si isteri tengok pun macam cun je. Ok lah. Boleh diterima.
7 Ulasan
cantik. murah lah.
BalasPadamsy pon tgh survey ni sbb cermin mata lama ntahh mata jatuhnya.
selalumya guna time drive jah.
skrg kalau drive juga, lps tu mata jadi lagi pedih + makin kelabu. hukhukhuk..
minta minta jnganlah power bertambah..
cermin mata lama dah lama sangat
Padamok la tu harga standard hehe
BalasPadamcari harga paling murah
Padamakak memang dah lama terpaut bingkai hitam ni..patah pun cari bingkai hitam lagi.. dulu pernah pakai yg frameless tapi tuan dia ganas..kejap jek senget hehee
BalasPadammana yang berkenan di hati kan..
Padamanyonyoooo comel spec baru.
BalasPadamUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.