Cheestart gebu ni saya tempah dengan jiran setaman saya juga. Kisahnya seller tak dapat hantar cheestart ni last minute sebab keretanya takleh start. En.suami pula keluar ke Tesco beli barang. Lambat pula dia balik. Maklumlah dalam tempoh PKP masa tu. Nak masuk pasaraya beratur panjang dan menunggu giliran.
Akhirnya, saya angkut jelah bebudak bertiga ni pick-up di rumah seller. Setaman tapi fasa sebelah, taklah jauh mana. Ngam-ngam jugalah waktu berbuka puasa bila balik ke rumah.
Cute kan cheestart unicorn ni.
Closed up - Alif suka pakan tanduknya je sebab ianya gula-gula. Manis kan..
Memandangkan hari jadi jatuh pada hari sabtu, hari offday saya. Dapatlah saya sediakan juadah lain sikit. Meskipun masih dalam tempoh PKP, saya sudah bekerja ye bermula 3/4/2020, masa tempoh fasa ke-2 lagi. Kilang dapat approval MITI 2/4/2020. Simpan sini sebagai kenangan.
Juadah berbuka sempena menyambut hari jadi Cik Aisyah;
♡ Cheestart gebu unicorn.
♡ Takoyaki ketam.
♡ Mi Hailam.
♡ Air sirap & Katira.
3 Ulasan
alahai memang comel betul cheesetart unicorn tuh....
BalasPadamselamat ulang tahun aisyah. aunty doakan awak menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia serta di akhirat. lawa sangat unicorn tu.
BalasPadamhappy birthday aisyah...Eh..comel unicorn tu..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.