Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Deko Bilik Anak Perempuan

Assalamualaikum

Deko Bilik Anak Perempuan | Kalau nak tahu, ini bukan aktiviti PKP sebab saya tak bercuti lama waktu PKP. Tapi aktiviti nak sambut hari raya dan bersempena hari jadinya yang sudah lepas. Memandangkan saya takde bagi hadiah hari jadi tahun ni, saya cuba sediakan bilik tidur untuknya. Lagi pun dia semakin membesar.

https://jnjikita.blogspot.com/2020/06/sambutan-hari-ulang-tahun-aisyah-ke-8.html?m=1

Perkara pertama saya buat adalah mengecat dinding. Kerja-kerja mengecat ni saya buat 2 minggu sebelum berakhir bulan ramadan dan ketika off day, sabtu dan ahad.


Tekad beli cat gara-gara nak mencantikkan bilik anak dara saya. Itu pun jenis cat biasa, bukan jenis cat mahal. Saya memilih cat jenama Smart Paints. Orang kedai cakap cat ni keluaran Malaysia. 1 tong 5 liter berharga RM50. Murah? Sebab ni cat gred paling rendah.

Warna pink ke purplean.

Warna kelabu

Pilihan warna saya adalah warna-warna lembut sebab saya tak berapa berkenan warna-warna terang. Lebih-lebih lagi untuk bilik anak dara saya, warna merah jambu tu memang wajib.

Tengoklah hasil kreativiti anak-anak saya. Habis dinding bilik di conteng dan ditampal stiker. Saya pun tak perasan bila masa stiker ni bertambah.

Bilik ni asalnya sebagai bilik permainan anak-anak. Kalau sesekali ada tetamu, bilik ini jugalah yang digunakan untuk tetamu beristirehat dan bersolat.


Ok, langkah pertama. Tanggalkan stiker dan bersihkan dinding dari segala habuk dan sawang-sawang. Sudah bersih, baru boleh mulakan aktiviti menampal tape. Untuk bahagian dinding ini saya nak buat corak abstrak. Tape yang digunakan adalah masking tape. 


Tape ni tampal ikut suka hati je. Bahagian yang ketara diconteng saya elakkan dari masking tape sebab takut nampak hasil contengan. Saya tak cat base putih dulu. Nak jimat duit, masa dan tenaga. Selesai menampal tape, boleh la mula mengecat. Saya mulakan mengecat warna pink. Di bahagian abstrak dan bahagian dinding bertingkap. 


Selesai warna pink, baru saya cat warna kelabu pula.


Ok dah siap bahagian dinding berabstrak. Kita biarkan cat kering sepenuhnya sebelum tanggalkan masking tape.

Masa ni saya dah mula mengecat dinding kiri dan kanan dengan warna kelabu. 

Warna kelabu ni extra penat sebab saya perlu mengecat 2 bahagian dinding sisi dengan warna ini. Ye, penat tapi puas hati dengan hasil keringat sendiri sebab saya yang cat sendiri!


Inilah hasil seharian saya mengecat. Saya rakamkan sekali waktu siap semua kerja termasuk mengemas dan mengemop selepas habis mengecat. Ye jam 9.30 malam!


Ini pula susun atur bilik anak dara saya yang saya buat keesokan harinya. Masih tiada katil. Sekadar tilam single dua lapis bagi nampak tinggi.

Perancangan saya nak beli katil single pull out sebab bilik ke-3 ni agak kecil. Masih survey harga. Boleh tahan juga harga katil single pull out ni sekarang ye.

Saya mencari jenis katil kayu, kalau ada yang sudi jual preloved dengan harga kasih sayang pun bagus juga. Boleh email saya segera.









Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Cantik corak abstark pada dinding tu. Pemilihan warnanya pun nampak sangat lembut, sejuk mata memandang warna-wana pastel begini. Mesti anak daranya cukup seronok masuk bilik yang comel ini.

    BalasPadam
  2. Kombinasi warna yang cantik dan sejuk.

    BalasPadam
  3. kak ana pun makeover bilik anak2 masa pkp hari tu :)

    BalasPadam
  4. corak ni viral kan..shida masih mencari kerajinan nak buat corak ni :)

    BalasPadam
  5. teringin gak nak makeover bilik budak berdua tu...tapi belum sempat lagilah nak buat..cantik warna pink tu

    BalasPadam
  6. Nice corak abstrak tu... Teringin nak makeover bilik sendiri tapi tak berkesempatan lagi

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code