Assalamualaikum
Mudahnya Masak Takoyaki Frozen Keluaran De Anfield | Takoyaki merupakan snek Jepun berbentuk bebola yang diperbuat daripada tepung sadur berasaskan tepung gandum dan dimasak menggunakan kuali takoyaki khas. Ia biasanya diisi dengan sotong kurita yang dikisar atau dipotong dadu.
Ok, itu takoyaki versi Jepun. Pertama kali saya pernah makan, takoyaki berinti sotong kurita. Masa tu takoyaki belum meluas lagi sekitar tahun 2012.
Sekarang ni takoyaki kian dijual di mana-mana premis makanan. Paling glamer sekarang takoyaki berinti isi ketam. Bukan tak pernah beli, banyak kali beli tapi kebanyakkan yang dijual sekarang isi dalamnya lompong. Kadang tu keciwa rasa kalau terbeli yang lompong. Pendek kata, cantik bulat di luar tapi kosong dalamnya. Hanya ada isi ketam tanpa tepung dah.
De Anfield Takoyaki
Takoyaki frozen keluaran muslim dikeluarkan oleh syarikat Sheraomarhouse.
RM12 - 12 pcsRM19 - 20 pcs
Cara memasak juga tertera di pakagingnya. Mudah saja. Hanya perlu difross takoyaki, kemudian goreng dengan minyak selama 3-5 minit. Setelah masak, toskan dan hidangkan bersama sos, mayonis dan flake yang disediakan.
Puas hatilah bila dapat makan panas-panas. Tak perlu dah order di luar lagi. Hanya perlu simpan stok frozen ni dan mestilah simpan di bahagian freezer. Yang penting isinya padat dan bahannya banyak. Memang puas hati.
Ini hasil ntah yang ke berapa kali saya masak. Korang teringin nak sediakan takoyaki sendiri? Terliur tengok takoyaki ni? Senang je, korang klik je nombor ni,
Kawasan pasir gudang dan sekitarnya.
3 Ulasan
menariknya tuh... akak paling suka yang inti sotong kurita tuh... aduhai teringin lak rasanya
BalasPadamBaru ingat nak rasa.. sekali area pasir gudang kaaa..
BalasPadamhihi.. baru nk tgk jual kat mana.. alahai jauhnya..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.