Mouse Pad Baru Di 👀Penghujung Tahun 2020 | Banyak kenangan di tahun 2020 ni kan. Lebih-lebih mengenai Covid yang ntah bila akan tamat. Bayangkan Covid ni dari penghujung 2019, dan hari ni sudah pun hari terakhir 2020.
Kes di Johor naik mendadak. Perasaan takut jangan cakap la, simpan dalam hati. Moga kita semua di lindungi dari segala penyakit berbahaya. Nak ke mana-mana patuhi SOP. Ini saya perhati kalau selilih berjalan takde jarak. Kita pula yang terpaksa mundur mengelak dari orang. Kita jaga kita, maka bersama-samalah kita menjaga antara kita. Kalau kita patuh, tapi orang lain tak patuh tak guna juga.
Hujung tahun, saya tukar mouse pad baru. Yang lama ni dah keras kejung, dah terkopek-kopek. Tak sedar dah berapa tahun pakai ntah. Kalau saya ni kerja dah 11 tahun, mouse pad lama ni mungkin dah lebih 5 tahun. Itu pun dapat percuma.
Alamat di kalendar tu bukan kompeni saya.
Bila berkira-kira tukar mouse pad baru, pilihan saya haruslah mengikut minat sendiri.
Perkara Yang Perlu Dilakukan Bila Bayi Mengalami Nafas Laju | Pernahkah korang mengalami situasi sebegini? Di mana bayi atau anak kecil korang tiba-tiba sukar bernafas dan dadanya berombak kencang.
Bagaimana mengesan bayi korang mengalami nafas laju? Apa tu nafas laju? Saya kira bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil pasti mengetahui akan hal ini. Situasi nafas laju ni bila kita lihat bayi kita sukar bernafas, mengah, dan dia bernafas agak laju. Kita dapat perhatikan dadanya berombak dan ada lekukan bila dia bernafas. Bila berlaku keadaan sebegini, jangan lengah untuk bawa terus ke hospital bahagian kecemasan.
11 Disember 2020 - Saya pergi dan balik kerja seperti biasa. Balik dari tempat kerja terus ambil anak-anak di rumah pengasuh. Masa tu pengasuh beritahu yang Azri mengah, macam susah bernafas. Ye, saya dapat perhatikan dia tidak aktif seperti selalu malah nafasnya berbunyi wisel.
Biasanya bila nafas berbunyi berdesing atau wisel ini kerana hidungnya telah tersumbat, samada dengan hingus atau susu. Bila anak bernafas, tengok bahagian tepi dada dan perhatikan tulang rusuk. Perhatikan ada lekuk atau otat timbul tenggelam.
Sampai rumah saya terus siapkan barang-barang untuk ke hospital. Yelah, kalau ke hospital bukan sekejap masanya. Usai maghrib, kami ke HSA (Hospital Sultanah Aminah). Suami menurunkan saya dan Azri di hadapan bahagian kecemasan. Saya terus scan QR code dan beratur di hadapan kaunter. SOP perlu diikuti ye. Tiba giliran saya, petugas di kaunter bertanya, sebab apa datang ke sini. Terus saya bagitau nafas anak laju. Dia bingkas dan menyelak baju Azri. Kemudian terus membawa saya masuk ke zon kuning.
Inilah kami di bahagian zon kuning. Azri diberikan neb sebanyak 3 kali. Setiap kali selesai buat neb, doktor akan periksa keadaannya. Rehat 15 minit, sambung buat neb lagi. Selesai neb kali ke-3, Azri diminta membuat x-ray pula. Terus terang saya katakan segala urusan tidak perlu menunggu lama. Setelah mendapat result, kami kembali ke wad zon kuning dan menunggu doktor memeriksa Azri lagi.
Berehat sebentar minum susu. Lega sangat bila dia dah mahu minum susu. Sebelum ni dia tak nak minum. Botol susu tu dipegang je. Mungkin tak selesa itu yang tak boleh nak minum. Diapers pon ringan je tau sebab dia kurang minum (kurang kencing bila kurang minum).
Jam di dinding sudah menunjukkan 10.30pm. Doktor meminta waris menguruskan kemasukan Azri ke wad. Selesai urusan kemasukan wad, seorang petugas datang bersama setong kecil oksigen. Azri dipakaikan wayar tiub oksigen. Kemudian, kami berjalan ke wad.
Ayahnya pula selesai menguruskan kemasukan wad, dia terus uruskan Aisyah dan Alif pula. Aisyah dan Alif menumpang tidur di rumah adik ipar saya. Kemudian, dia terus pulang ke rumah untuk mengambil barang-barang saya dan Azri pula. Patah balik ke hospital pula untuk menghantar barang kami dan kemudian pulang untuk berehat.
Masa di wad, selera makan Azri sudah ada. Meskipun makan sedikit-sedikit tapi legalah juga hati ni sebab dia dah makan. Siap peluk botol air masak dah tu. Meskipun begitu Azri masih perlu memakai oksigen. Dadanya masih berombak dan masih ada lekuk. Jam 12 tengah malam, Azri mengambil neb lagi. Jururawat mengajar cara memasang tiub wayar di mesin dan ubat berbentuk cecair yang dipasang perlu dihabiskan. Neb perlu diambil selang 4 jam. Neb seterusnya adalah pada jam 6 pagi.
Selesai mengambil neb jam 12 malam, Azri tak tidur dah. Sibuk nak tengok Didi & Friends pula. Saya layankan ajelah lagi pun badan pun dah penat, memang rasa nak tidur je ni. Maka berbaringlah saya di katil bayi bersama Azri.
Jam 6 pagi, saya bangun dan bersihkan diri. Kemudian terus bawa Azri ke bilik tengah untuk mengambil neb lagi. Selesai neb, segar bugar pulak kan budak kecik ni. Dia terus tak tidur tau. Saya pula yang rasa dah mamai. Yelah, mengantuk kot. Balik kerja terus shot ke hospital. Tidur di wad pula tu.
Sebelum jam 8 pagi, saya mandikan Azri. Yelah nanti doktor akan meronda kan, biarlah anak tu nampak bersih. Suka sungguh Azri bermain air di hospital ye. Bising mulut dia seperti selalu.
Pemeriksaan doktor pagi itu, Azri masih perlu memakai oksigen sebab nafasnya masih laju dan dari segi pengiraan per minit pun belum capai kiraan yang selamat.
Cara pengiraan nafas
< 2 bulan : < 60/minit
2 bulan - 1 tahun : < 50/minit
1 - 5 tahun : <40/minit
Macam Azri, berusia 1 tahun 9 bulan, kalau kira tu memang lebih 50. Hampir cecah 60 tau masa awal-awal tu.
Pemeriksaan doktor jam 8 pagi tu, Azri masih perlu memakai oksigen, tapi neb seterusnya bertukar dari 4 jam sekali kepada 6 jam sekali. Bermakna neb seterusnya pada jam 12 tengahari. Lega sikit lah. Pemeriksaan jam 10 pagi, doktor sahkan sudah boleh buka wayar oksigen. Alhamdulillah. Takdelah dia mengaruk nak cabut wayar je. Tapi, lasak kemain lepas dah cabut wayar. Tak nak duduk atas katil dah. Dia minta pakai kasut, saya pakaikan. Tapi, terlalu lasak pula. Hingga jururawat tegur agar tiadak terlalu lasak, khuwatir dia mengah. Memang pun. Nanti kejap-kejap dia duduk. Penat.
Ikutkan selesai neb jam 12 tengahari tu, doktor akan datang memeriksa Azri lagi. Tapi, doktor sibuk. maka kami tunggu ajelah keputusannya. Hingga saya suruh ayahnya balik rumah dulu sebab takut Azri mungkin akan kena bermalam di hospital lagi. Neb berikutnya adalah jam 6 petang.
Lebih kurang 5.15pm, paed datang memeriksa keadaan Azri. Azri diberi discharge atas jaminan saya boleh memantaunya dirumah. Sekiranya berlaku lagi seperti sebelum ni, segera ke hospital semula dan tunjuk surat ini di kaunter.
Dari surat doktor, Azri didiagnosis Acute Bronchiolitis.
Apa punca penyakit Acute Bronchiolitis ni?
- Memiliki kekebalan tubuh yang rendah.
- Lahir pra matang.
- Berusia kurang dari 3 bulan.
- Tidak pernah mendapat ASI.
- Tinggal dilingkungan padat.
- Sering melakukan kontak dengan anak-anak lain.
- Sering terdedah dengan asap rokok.
- Ada sakit paru-paru atau jantung.
Alhamdulillah, syukur Azri dah boleh balik. Inilah bil Azri selama dua hari. RM3. Terkejut saya. Hanya RM3. Walau apa pun saya sangat bersyukur sebab segera ke hospital.
TAJ Taman Rinting - Pilihan Tadika Alif | Dah hujung tahun saya baru bercerita tentang persekolahan Alif ni. Maklumlah, baru sempat sekolah 3 bulan, dah PKP. Sekolah sekejap-sekejap, banyak sesi pembelajaran di rumah. Itu pun mak pak yang berkerja ni hanya mampu pantau pelajaran anak di waktu malam sahaja.
Bukan mudah nak masuk ke TAJ ni. Siapa tak mahu masukkan anak bersekolah di sini sebab ianya tadika di bawah kerajaan Johor. Bayaran juga murah berbanding tadika swasta yang lain. Dari segi silibus pula, sangatlah berpuas hati. Kalau nak tahu, hari pertama pembukaan pendaftaran je pelajar dah penuh tau sebab tadika ini hanya mengambil 23 pelajar. Siapa cepat dia dapat. Borang pun perlu dihantar pada hari yang sama.
Sebelum anak memulakan sesi persekolah, seperti biasa diadakan taklimat ibu bapa. Alhamdulillah saya dapat hadir bersama suami dan adik beradik Alif yang lain. Bergaya tak Alif?
Beg sekolah dan bekas pensel pemberian pihak tadika.
Ini pula hari pertama Alif ke sekolah. Waktu ni belum dapat baju uniform lagi. 2 bulan jugalah pakai baju putih berseluar sukan ni sebelum dapat uniform rasmi TAJ.
Hari pertama muka dah monyok. Mujur ada cucu pengasuh bersekolah di sini, jadi mudah bagi saya mengendalikan perangai Alif ni. Pergi balik sekolah pon dihantar dan dijemput oleh anak pengasuh.
Ini pula sedikit perkongsian aktiviti di dalam kelas. Sebenarnya banyak sangat gambar yang cikgu kongsikan.
Ini gambar kembali persekolahan selepas PKP. Sempatlah sekolah beberapa minggu. Masa ni pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut SOP yang telah ditetapkan. 1 kumpulan hanya 11 atau 12 pelajar sahaja.
Baju bertemakan "Cita-cita saya" Saya belikan baju pilot untuk Alif. Yelah bukan senang nak cari baju macam ni. Ikutkan hati saya nak pakaikan dia topi keselamatan dan bekalkan spanar. Tapi susah pula cari last minute ni.
6 Disember 2020 - Tamatlah sudah sesi persekolahan tadika 5 tahun. Seminggu sebelum tu ada sesi penilaian, buat di rumah sahaja dan hantar ke tadika setelah siap.
Inilah dia sedikit kenangan dari Cikgu TAJ Taman Rinting buat ibu bapa dan anak.
Honeycomb Bee - Dessert Viral | Korang dah pernah rasa ke belum? Kalau belum lagi, amatlah saya recommend untuk korang cuba.
Seperti yang telah sedia maklum, madu ni banyak khasiatnya. Mari saya kongsikan serba sedikit khasiat madu untuk kesihatan. Antara khasiat madu adalah meningkatkan kekuatan badan. meningkatkan metabolism badan, mencegah penuaan (ni kaum hawa pasti suka dengar), meningkatkan kesuburn, mangatasi batuk dan selsema, mengatasi radang tekak dan banyak lagi.
Berbalik pada dessert viral abad ini, Honeycomb bee ni merupakan manisan yang sedap di makan bersama seisi keluarga. Manis-manis semanis madu digabungkan dengan rasa lemak aiskrim vanila. Ditambah pula kerangupan empingan jagung dan rasa lembut boba gold. Siap ada sarang madu lebah lagi.
Fuh.. padu gaisss!
Eh tu tak cukup best lagi? Eh ada lagi. Di Honeycomb bee boleh request untuk add topping kegemaran korang tanpa cas tambahan!
Biasa
Topping coco crunch
Topping oreo
Saya je dah dua kali menyinggah beli. Sekali beli mana boleh beli satu je nanti tak cukup!
Pertama kali beli.
Pastu, kita beli lagi!
Anak-anak memang suka akan rasanya. Ralit diorang makan sambil tonton tv.
Set Periuk Ecoramic | Set periuk ni saya dah idam lama. Manalah tak mengidam kalau iklannya asyik keluar di TV Alhijrah. Apa lagi, mengendenglah saya dengan e.suami. Siapa sangka, periuk idaman ni menjadi hadiah sempena ulang tahun saya tahun lepas. Itu pon hadiahnya delay dekat 2 bulan. Huhu.. who's care? Janji dapat.
Apa yang menarik pada saya Periuk Ecoramic ni jenis stone coating, di mana masakan tidak mudah melekat di periuk, cepat panas bermakna makanan cepat masak, tahan lasak mudah untuk memasak makana laut bercengkerang dan yang paling best ianya sangat mudah untuk dicuci.
Harga set periuk Ecoramic ni cuma RM169. Korang nak tau dapat berapa barang dengan harga tu? Dapat 4 barang iaitu 1 pan, 1 pan besar, 1 periuk dan penutup kaca. Penutup kaca tu boleh digunakan untuk pan dan periuk. Tak perlu penutup yang lain dah. Jimat ruang penyimpanan.
Berbaloi kan untuk dimiliki?
Masakan pertama saya menggunakan salah satu periuk ecoramic ni adalah lempeng. So melayu sangat kan?
Mudah sangat memasak lempeng dengan pan ni. Saya tetap letak minyak sikit untuk lebih enak. Cantik sangat kejadian lempeng pan ecoramic ni.
Ini pula saya masak siput sedut masak lemak. Periuk ecoramic ni memang direka untuk penggunaan lasak kan, jadi usah risau periuk tercalar.
Abaikan dapur memasak saya yang dah berkhidmat lebih 10 tahun tu.
So far saya berpuas hati dengan periuk dan kuali leper jenama ecoramic ni. Dah macam-macam juga saya masak. Ok sangat. Ringan pula tu. Syok.
Ais Krim Malaysia Sedap Versi Moden Terbaik Di Pasir Gudang | Ada ke yang tak suka makan aiskrim malaysia? Semua orang suka kan? Dulu masa saya masih kecil memang membesar dengan aiskrim malaysia. Aiskrim berjenama lain tu agak mahal bagi kami.
Sebab tu nikmat tak terhingga bila dapat makan aiskrim malaysia ni. Harga pun sangat murah masa tu. Perisa kegemaran saya masa tu mestilah asam boi. Kalau tak beli di kedai, mak buatkan simpan dalam peti ais.
Resepi Aiskrim Malaysia Sedap
Bahan-bahan;
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 1/2 tin air masak
2 1/2 sudu besar tepung jagung (untuk lembutkan aiskrim)
Sedikit garam
1 sudu kecil esen vanilla (ikut suka nak letak ke tidak)
Plastik aiskrim
Ini lah resepi yang pernah saya buat dulu sekadar suka-suka untuk anak. Kalau korang rajin boleh la buat. Tapi.. sejak dah anak 3 ni saya tak sempat nak buat dah. Makanya, saya order je dengan kawan saya ni.
Sedap tau aiskrim dia. Memang lain dari yang lain. Dia ada jual aiskrim malaysia versi 'baby' maknanya bersaiz comel. Saya lebih suka beli saiz ini sebab mudah untuk anak-anak saya makan.
Bagi yang duduk di sekitar Pasir Gudang, Masai dan JB, saya recommended sangat korang rasa aiskrim malaysia buatan Kak Lily ni. Serius sedap weh. Saya je dah repeat order berkali-kali. Harga pon sangat-sangat berpatutan. Sebatang 30sen sahaja. Minimun order 50 pcs. Cas penghantaran mengikut kawasan.
Ok, berbalik pada Aiskrim Kak Lily ni, dia ada buat pelbagai perisa. Semua perisa sedap-sedap. Ada Choki-choki, oreo, peanut, dynamite, red velvet. Senang kata, kalau korang nak order, wasap je dia.
Tapi korang kenalah wasap awal seminggu. Maklumlah aiskrim sedap ni ready stok sentiasa licin je.
Pokok Skybird Pujaan Hati | Sejak PKP Fasa I dulu dah macam-macam benda viral di media sosial kan. Lebih-lebih lagi bila semua perlu duduk diam-diam di rumah, mulalah macam-macam aktiviti yang dicipta oleh rakyat Malaysia ni. Salah satu aktiviti adalah mendekorasi kediaman. Maka tular di media sosial bermacam-macam idea dan kreativiti yang mereka kongsikan dan menjadi ikutan ramai. Ditambah pula 'abah' memberikan pelbagai bantuan berbentuk wang dan bank pula memberikan moratorium selama 6 bulan. Semakin galaklah rakyat Malaysia mendeko segenap sudut kediaman mereka.
Saya tidaklah segalak mereka. Maklumlah berjimat cermat takut dibuang kerja dalam keadaan ekonomi yang meruncing sekarang ni. Alhamdulillah saya dapat masuk kerja ketika PKP fasa 2 tempohari setelah kilang mendapat kelulusan MITI. Anak-anak semua suami yang jaga sebab kilang tempat dia bekerja masih belum beroperasi masa tu.
Ini adalah hasil duit masa PKP tu hari sebab tak perlu bayar upah pengasuh. Saya selitkan lah sedikit untuk kepuasan diri.
Pokok Skybird ni saiz 140cm tak silap saya. Ini pun dah tinggi. Belum letak dalam pasu lagi. Kalau letak dalam pasu lagi tinggi.
Saya pindahkan pokok Skybird kesayangan di sudut rumah agar tidak diusik anak-anak. Lebih sesuai dan selamat ia di situ. Kalau diletak dalam pasu lebih tinggilah dia. Pasu mana pasu? Masih dalam chart, berkira-kira untuk check-out.
NARINAR - Nanion Diffuser Pilihan Saya | Keletihan pulang dari kerja, ditambah keletihan memandu, bila sampai rumah mesti inginkan ketenangan. Bertahun saya berkira-kira untuk mendapatkan diffuser tapi, diffuser idaman hati terlalu mahal harganya untuk dimiliki. Saya cukup senang kalau rumah sentiasa berbau wangi. Yelah, rumah kan tempat kita beristirehat, tiada tingkat tepi pula, maklumlah rumah teres di bandar, beginilah gayanya. Bila buka pintu, seolah bau kepam pula.
Bagaimana saya mengenali Narinar? Saya memang suka belek-belek page kelab deko di FB. Suka tengok hasil deko yang mereka kongsikan dan sambil tu baca juga komen-komen. Maklum la mereka semua suka berkongsi ilmu. Hinggalah bab diffuser pilihan, terus saya tertarik untuk memilikinya. Lebih lagi seller yang menyarankan Narinar ni telah menggunakanya lebih 4 tahun. Maka bermulalah kaji selidik mengenai produk ni.
Kebaikan yang dapat dimanfaatkan dengan gabungan diffuser serta aroma terapi ialah
💚 Membersihkan udara persekitaran
💛 Membunuh bakteria secara semulajadi
💚 Melegakan masalah saluran pernafasan
💛 Membantu meningkatkan kualiti tidur
💚 Menghalau gangguan nyamuk
💛 Melegakan stress dan tekanan minda
💚 Meningkatkan kecergasan minda
💛 Membantu mengatasi masalah mengantuk dan kurang fokus bekerja
Rupa-rupanya ramai rakan blogger ada kongsikan penggunaan produk ni. Kalau nak tahu, NARINAR ni telah diasaskan oleh Shazren Shah (Kak Erin) pada tahun 2016. Beliau merupakan Pengarah Urusan Syarikat Narinar Group Sdn Bhd.
Bagi saya yang baru berjinak-jinak dengan Narinar, memang pening nak pilih Essential Oil yang sesuai. Seller mengesyorkan EO Frankie untuk permulaan kerana ia merupakan produk sulung narinar dan telah membantu lebih 50,000 orang pengguna.
Penggunaan diffuser ini juga mudah dan diberi warranty selama 90 hari selepas tarikh pembelian. Hanya perlu isi air mengikut sukatan yang diberikan. Tidak lebih 300ml. Titiskan EO pilihan sebanyak 5 titis. Jumlah titisan pula adalah bergantung pada jenis EO. Hidupkan suis. Kemudian, tekan button MIST di mana ada tertera 1H, 3H, 6H. Tekan kali-4 untuk berterusan. Diffuser akan automatik mati sendiri jika air tinggal sedikit. Button light pula untuk lampu. Lampu akan berubah warna secara automatik. Tekan kali-2 untuk warna lampu pilihan. Tekan selama 2 saat untuk matikan lampu.
Mudah kan? Nanti saya kongsikan pula jenis-jenis EO produk NARINAR ni.
Termos Viral Tahan Panas Berprinting | Lama sungguh saya tak update blog. Rindu sangat tapi tulah biasanya buka, tutup, buka, tutup. Sempat baca blog kawan-kawan as silent reader je.
Sebenarnya nak share mengenai termos viral ni. Teruja tengok termos ni sebab comel sangat. Rambang mata tengok warna-warna dia. Termos ni ada 5 pilihan warna yang berbeza. Saya pilih warna pink sebab pada saya warna pink sesuai untuk seorang gadis muda yang comel.
Termos ni saya tempah berprinting. Kreatif kan idea termos berprinting ni. Boleh print nama sendiri atau ikut kehendak masing-masing. Saya tempah dengan tulisan #cpteam2020 bersempena nama team kami.
Kalau nak tahu, air panas boleh tahan hingga 16 jam dalam termos ini. Begitu juga dengan ais. Tapi, seelokkanya bawa lah bekal air panas atau air suam. Seperti yang kita ketahui minum air panas atau hangat ni banyak manfaatnya. Lagi pula bila ada termos ni mudah lah kita nak bancuh air di mana-mana.
Ini lah dia si cantik manis yang dah bekerja bersama saya selama setahun. Dialah yang paling lama bertahan. Dah la cantik, manis, lemah lembut, baik pula tu.
Ulang Tahun Alif Ziyad Ke-5 | 30.08.2020 tempohari genap usia Muhammad Alif Ziyad 5 tahun. Semakin pintar dan semakin petah bercakap. Bab melayan dia bercerita tu kadang tak tahan nak melayan.
Saya kira agak mengambil masa untuk update di blog kerana kekangan masa, internet yang tak stabil dan kurang peka dengan format blog terbaru ni.
Kebetulan cuti sabtu, ahad dan sambung pula cuti sempena hari kemerdekaan negara, kami pulang ke kampung halaman dan sekaligus menyambut hari ulang tahun Alif. Rasanya Alif belum pernah buat sambutan hari jadi lagi. Setakat beli kek tu adalah.
Itu jam nak sambut, itu jam baru nak tiup belon, baru nak pasang bidai langsir. Haha.. kelakar sangat. Belon-belon disponsor oleh Cik Umie diorang.
Kek bertemakan Thomas ni ditempah khas dan disponsor oleh Nenek Mas.
Kalau nak tahu, Alif memang peminat nombor satu Thomas. kalau boleh semua mainan yang berkaitan dengan Thomas yang dia nampak dia nak beli tak kiralah harganya murah atauu mahal. Tapi sejak dah besar ni ragam dia semakin berkurangan. Dia ni salah seorang anak yang high demand. Siapa kata saya takde anakyang high demand? Menjaga dia ni sampai saya tak sedar dia dah 3 tahun masa tu. Alhamdulillah, Alif semakin memahami.
Ini pula bouquet coklet yang diberi oleh Mak Chik Noni. Suka la dia dapat banyak hadiah kan.
Tak sangka dia dah besar, dah jadi abang, dah bersekolah tadika. Sekitar majlis kecil-kecilan untuk Alif. Cukuplah sekadar bacaan doa beramai-ramai, potong kek dan makan-makan.
Kambing perap sendiri. Puas makan bila perap sendiri.