Assalamualaikum
Pokok Skybird Pujaan Hati | Sejak PKP Fasa I dulu dah macam-macam benda viral di media sosial kan. Lebih-lebih lagi bila semua perlu duduk diam-diam di rumah, mulalah macam-macam aktiviti yang dicipta oleh rakyat Malaysia ni. Salah satu aktiviti adalah mendekorasi kediaman. Maka tular di media sosial bermacam-macam idea dan kreativiti yang mereka kongsikan dan menjadi ikutan ramai. Ditambah pula 'abah' memberikan pelbagai bantuan berbentuk wang dan bank pula memberikan moratorium selama 6 bulan. Semakin galaklah rakyat Malaysia mendeko segenap sudut kediaman mereka.
Saya tidaklah segalak mereka. Maklumlah berjimat cermat takut dibuang kerja dalam keadaan ekonomi yang meruncing sekarang ni. Alhamdulillah saya dapat masuk kerja ketika PKP fasa 2 tempohari setelah kilang mendapat kelulusan MITI. Anak-anak semua suami yang jaga sebab kilang tempat dia bekerja masih belum beroperasi masa tu.
Ini adalah hasil duit masa PKP tu hari sebab tak perlu bayar upah pengasuh. Saya selitkan lah sedikit untuk kepuasan diri.
Pokok Skybird ni saiz 140cm tak silap saya. Ini pun dah tinggi. Belum letak dalam pasu lagi. Kalau letak dalam pasu lagi tinggi.
Saya pindahkan pokok Skybird kesayangan di sudut rumah agar tidak diusik anak-anak. Lebih sesuai dan selamat ia di situ. Kalau diletak dalam pasu lebih tinggilah dia. Pasu mana pasu? Masih dalam chart, berkira-kira untuk check-out.
4 Ulasan
Manis terus nampak sudut rumah kalau ada skybird ni ��
BalasPadamcantik pokok sky bird tuh, harga pun boleh tahan rupanya hehehhe...
BalasPadamakak ada niat tapi akak simpan dalam hati je sebab nya budak-budak bulus tu melasak, kang tonggang terbalik la pokok tu
Kenapa nama pokok tu skybird?
BalasPadambelom ada minat tanam or letak pokok dalam rumah. muahahahah
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.