Assalamualaikum
NARINAR - Nanion Diffuser Pilihan Saya | Keletihan pulang dari kerja, ditambah keletihan memandu, bila sampai rumah mesti inginkan ketenangan. Bertahun saya berkira-kira untuk mendapatkan diffuser tapi, diffuser idaman hati terlalu mahal harganya untuk dimiliki. Saya cukup senang kalau rumah sentiasa berbau wangi. Yelah, rumah kan tempat kita beristirehat, tiada tingkat tepi pula, maklumlah rumah teres di bandar, beginilah gayanya. Bila buka pintu, seolah bau kepam pula.
Bagaimana saya mengenali Narinar? Saya memang suka belek-belek page kelab deko di FB. Suka tengok hasil deko yang mereka kongsikan dan sambil tu baca juga komen-komen. Maklum la mereka semua suka berkongsi ilmu. Hinggalah bab diffuser pilihan, terus saya tertarik untuk memilikinya. Lebih lagi seller yang menyarankan Narinar ni telah menggunakanya lebih 4 tahun. Maka bermulalah kaji selidik mengenai produk ni.
Kebaikan yang dapat dimanfaatkan dengan gabungan diffuser serta aroma terapi ialah💚 Membersihkan udara persekitaran💛 Membunuh bakteria secara semulajadi💚 Melegakan masalah saluran pernafasan💛 Membantu meningkatkan kualiti tidur💚 Menghalau gangguan nyamuk💛 Melegakan stress dan tekanan minda💚 Meningkatkan kecergasan minda💛 Membantu mengatasi masalah mengantuk dan kurang fokus bekerja
Rupa-rupanya ramai rakan blogger ada kongsikan penggunaan produk ni. Kalau nak tahu, NARINAR ni telah diasaskan oleh Shazren Shah (Kak Erin) pada tahun 2016. Beliau merupakan Pengarah Urusan Syarikat Narinar Group Sdn Bhd.
Bagi saya yang baru berjinak-jinak dengan Narinar, memang pening nak pilih Essential Oil yang sesuai. Seller mengesyorkan EO Frankie untuk permulaan kerana ia merupakan produk sulung narinar dan telah membantu lebih 50,000 orang pengguna.
Penggunaan diffuser ini juga mudah dan diberi warranty selama 90 hari selepas tarikh pembelian. Hanya perlu isi air mengikut sukatan yang diberikan. Tidak lebih 300ml. Titiskan EO pilihan sebanyak 5 titis. Jumlah titisan pula adalah bergantung pada jenis EO. Hidupkan suis. Kemudian, tekan button MIST di mana ada tertera 1H, 3H, 6H. Tekan kali-4 untuk berterusan. Diffuser akan automatik mati sendiri jika air tinggal sedikit. Button light pula untuk lampu. Lampu akan berubah warna secara automatik. Tekan kali-2 untuk warna lampu pilihan. Tekan selama 2 saat untuk matikan lampu.
Mudah kan? Nanti saya kongsikan pula jenis-jenis EO produk NARINAR ni.
Jom risik-risik NARINAR dengan saya.
6 Ulasan
Waaa mesti fresh aje kan dapat hidu bila masuk uma.. ingat bulan ni grab gak satu macam ni laa..
BalasPadamBau-bauan segar memang boleh menjadi terapi minda. Rasa kembali segar dan bermaya. Lebih-lebih lagi kalau berada di rumah sendiri.
BalasPadamBila dpt bau yg fresh..
BalasPadamSecara tak langsung Kita jadi Segar ye Mar..
Bestnyaaa mesti harum je
BalasPadambest best..tak kisah mahal ke murah, janji best!
BalasPadamsama kak, saya pun prefer rumah yang berbau wangi...sebab tu tempat kita berehat dari penat kerja seharian...
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.