Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ais Krim Malaysia Sedap Versi Moden Di Pasir Gudang

Assalamualaikum

Ais Krim Malaysia Sedap Versi Moden Terbaik Di Pasir Gudang | Ada ke yang tak suka makan aiskrim malaysia? Semua orang suka kan? Dulu masa saya masih kecil memang membesar dengan aiskrim malaysia. Aiskrim berjenama lain tu agak mahal bagi kami.

Sebab tu nikmat tak terhingga bila dapat makan aiskrim malaysia ni. Harga pun sangat murah masa tu. Perisa kegemaran saya masa tu mestilah asam boi. Kalau tak beli di kedai, mak buatkan simpan dalam peti ais.


Resepi Aiskrim Malaysia Sedap

Bahan-bahan;
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 1/2 tin air masak
2 1/2 sudu besar tepung jagung (untuk lembutkan aiskrim)
Sedikit garam
1 sudu kecil esen vanilla (ikut suka nak letak ke tidak)
Plastik aiskrim


Ini lah resepi yang pernah saya buat dulu sekadar suka-suka untuk anak. Kalau korang rajin boleh la buat. Tapi.. sejak dah anak 3 ni saya tak sempat nak buat dah. Makanya, saya order je dengan kawan saya ni.

Sedap tau aiskrim dia. Memang lain dari yang lain. Dia ada jual aiskrim malaysia versi 'baby' maknanya bersaiz comel. Saya lebih suka beli saiz ini sebab mudah untuk anak-anak saya makan.


Bagi yang duduk di sekitar Pasir Gudang, Masai dan JB, saya recommended sangat korang rasa aiskrim malaysia buatan Kak Lily ni. Serius sedap weh. Saya je dah repeat order berkali-kali. Harga pon sangat-sangat berpatutan. Sebatang 30sen sahaja. Minimun order 50 pcs. Cas penghantaran mengikut kawasan.

Ok, berbalik pada Aiskrim Kak Lily ni, dia ada buat pelbagai perisa. Semua perisa sedap-sedap. Ada Choki-choki, oreo, peanut, dynamite, red velvet. Senang kata, kalau korang nak order, wasap je dia.

Tapi korang kenalah wasap awal seminggu. Maklumlah aiskrim sedap ni ready stok sentiasa licin je.





Berminat? Boleh pm Kak Masliza Lily
📲 Ws - https://wa.60197268928









Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. kat jasin,melaka ni pon ada..selalu gak saya borong sampai beratus..kekeke

    BalasPadam
  2. waktu school dulu saya suka makan ais krim macam tu, memang murah, laris pedagang yang jual tu, sedap rasanya

    BalasPadam
  3. Sedap ni, kecik-kecik dulu selalu buat sendiri. Sekarang ni susah nak jumpa

    BalasPadam
  4. Murahnya sebatang 30 sen tapi nak kena beli 50 pulak.

    BalasPadam
  5. Sedapppp. sy sukaaa. hehee.. sy suka miiiiloooooooo....

    BalasPadam
  6. sama la dengan sisyat. suka makan eskrim mesia ni.. sekali beli penuh peti ais :-)

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code