Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ulang Tahun Alif Ziyad Ke-5

Assalamualaikum

Ulang Tahun Alif Ziyad Ke-5 | 30.08.2020 tempohari genap usia Muhammad Alif Ziyad 5 tahun. Semakin pintar dan semakin petah bercakap. Bab melayan dia bercerita tu kadang tak tahan nak melayan.

Saya kira agak mengambil masa untuk update di blog kerana kekangan masa, internet yang tak stabil dan kurang peka dengan format blog terbaru ni.

Kebetulan cuti sabtu, ahad dan sambung pula cuti sempena hari kemerdekaan negara, kami pulang ke kampung halaman dan sekaligus menyambut hari ulang tahun Alif. Rasanya Alif belum pernah buat sambutan hari jadi lagi. Setakat beli kek tu adalah.


Itu jam nak sambut, itu jam baru nak tiup belon, baru nak pasang bidai langsir. Haha.. kelakar sangat. Belon-belon disponsor oleh Cik Umie diorang.


Kek bertemakan Thomas ni ditempah khas dan disponsor oleh Nenek Mas. 


Kalau nak tahu, Alif memang peminat nombor satu Thomas. kalau boleh semua mainan yang berkaitan dengan Thomas yang dia nampak dia nak beli tak kiralah harganya murah atauu mahal. Tapi sejak dah besar ni ragam dia semakin berkurangan. Dia ni salah seorang anak yang high demand. Siapa kata saya takde anakyang high demand? Menjaga dia ni sampai saya tak sedar dia dah 3 tahun masa tu. Alhamdulillah, Alif semakin memahami.


Ini pula bouquet coklet yang diberi oleh Mak Chik Noni. Suka la dia dapat banyak hadiah kan. 


Tak sangka dia dah besar, dah jadi abang, dah bersekolah tadika. Sekitar majlis kecil-kecilan untuk Alif. Cukuplah sekadar bacaan doa beramai-ramai, potong kek dan makan-makan.


Kambing perap sendiri. Puas makan bila perap sendiri.


Oden sedap. Sangat puas hati.






Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Selamat hari lahir buat Alif..sama macam muka Emaknya laaaa

    BalasPadam
  2. wahhh meriahnya...
    HB Alif ZIyad , moga jadi anak yang soleh dan berjaya

    BalasPadam
  3. pejam celik pejam celik dah 5 tahun ek dia...sekejap je rasa mar

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code