Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Khasiat Pokok Geruda

Assalamualaikum

Khasiat Pokok Geruda | Bib..bib..pesanan whatAp masuk. Sedang saya mengerah tenaga di dapur memasak untuk juadah makan malam. Salah satu menunya adalah lala masak sambal kegemaran kami.

Jiran : As salam kak. Nak tanya ni. Akak ada tanam pokok geruda ye? Macam ada baunya.

Ibu : Pokok geruda? Pokok apa tu? Akak mana ada tanam pokok apa-apa. Tanam rumput ada lah. Mwehehehe ~ sila jangan gelak.


Apa itu Pokok Geruda?

Pokok geruda adalah pokok yang renek daripada keluarga Rutaceae dengan batang yang keras dan cabang yang banyak. Daunnya kecil, bujur tirus di bahagian tangkai tersusun bendatar pada tangkai daun dengan bilangan yang tidak sekata. Pokok ini mudah dikenali kerana daunnya mengeluarkan daun yang busuk. Untuk lebih info boleh klik SINI

Eh ke rumah aku yang busuk? Hahaha.. saya suspek bau kulit lala la kot.

Jiran : Orang-orang tua cakap daun geruda bagus tanam kat rumah. Setan tak suka bau dia.

Terlopong dengar. Bagus betul pokok geruda ni rupanya. Apa lagi, terus lah tanya en.gugel. Banyak betul khasiat pokok geruda ni dan ia boleh dibuat ubat.


Apakah khasiat pokok geruda?

#1
Ada yang tanam untuk menghalau kucing jalanan yang mana gemar merosakkan pokok. Bila kucing tersium bau pokok geruda ni, kucing tu akan beredar.

#2
Orang cina buat sup, salad, buat ramuan panggang ikan, buat teh dan macam-macam lagi. Hingga saya mula berfikir, kejiranan kami ni ramai juga bangsa cina, jadi tak mustahillah andai ada yang menanamnya.

#3
Kalau nak tahu, air rebusan daun geruda boleh diminum untuk dijadikan ubat sakit perut.

#4
Daunnya dilumatkan bersama bawang dan halia dan kemudian disapu pada bahagian badan sebagai ubat demam.

#5
Ia juga boleh digunakan sebagai mengubat luka dan telinga bernanah.



Pinjam dari Google ~ Rupa pokok geruda yang diperkatakan.
Sumber SINI



Catat Ulasan

29 Ulasan

  1. Sah. Memang tak kenal. Yang tahu cuma burung garuda aje. Bila belek gambar pun macam tak pasti pernah ke ternampak sebelum ni. Kalau boleh halau pencuri juga, nak juga tanam satu :)

    BalasPadam
  2. 1st time dengar nama pokok ni
    akak suka kalau pasal herba2 ni
    :)

    BalasPadam
  3. bru tau ni..hihihi..

    xleh la tanam sbb umh yui byk kucing..ekekek

    BalasPadam
  4. Hahaha... setua usia kakcik ini, baru hari ini kakcik tahu ada pokok bernama geruda... :)

    BalasPadam
  5. dengar cam pelik, tapi tengok gambar
    pernah tengok
    bau dia memang kuat, tak tahan juga

    BalasPadam
  6. halau setan..
    haha..
    setan pun ada hidung ek.. setan bau busuk suka busuk tahu.. mesti pokok ni wangi..

    BalasPadam
  7. First dngar gk ni... pokok nya pun sy bru tngok..hehe.mgkin ikut petua org dulu2 kot kan..tkpe,boleh thu

    BalasPadam
  8. Kakak dulu ada tanam tapi dah mati. Tapi rumah kampung kakak ada Mar. Memang dulu masa anak-anak kakak baby Arwah MIL kakak buat daun ini campur dgn minyak makan dan bawang kecil utk buang kerak di kepala baby yg baru bersalin. Bersih tau...

    Bab halau setan tu entahlah tak ada bukti tapi ada org memang guna utk perubatan..

    Bau daun ini busuk tau hihi..

    BalasPadam
  9. First time dgr daun geruda..ade ke daun yg boleh halau setan..hehehe..

    BalasPadam
  10. 1st time dengar pasal Pokok Geruda nie.. hehehe

    BalasPadam
  11. Okay cx tak kenal. Mueheheh. Tp mcm pernah nmpk. Huhu

    BalasPadam
  12. aIDA 1st time dengar pokok geruda..kalau Mar tak tunjuk gambar confirm tak tau..hihihi..banyak jugak khsiatnya kan..

    BalasPadam
  13. sumpah tak tau! ni bace baru lieya tau...mesti bau die busuk2 kan....

    BalasPadam
  14. baru 1st time dgr nama daun pokok ni..tp duk umah tinggi..xde laman nak tanam pokok huhu

    BalasPadam
  15. 1st time nurul dengar pasal pokok ni...

    BalasPadam
  16. Masa adik SA dalam pantang ada gak beli daun ni..satu pasu beli sebab nak elak dari benda2 x elok...abah yg ckp la....mmg busuk daunnya...

    BalasPadam
  17. Tengah cari pokok ni..erm kat mana nak dapat ni

    BalasPadam
  18. Berhati-hati perkataan 'pokok in boleh menghalau makhluk halus(syaitan,iblis,jin dsb)..boleh memesongkan akidah umat Islam..pokok semuanya sama..ciptaan Allah swt..jd,Jgn terlalu taksub dgn petua org dulu2.. Kaji Dan siasat kebenarannya dahulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab tu saya tak tulis dalam entri saya..terima kasih atas nasihat ye cik/tuan tak dikenali

      Padam
    2. setiap ciptaan tuhan ada kelebihannya..seingat sy mmg daun nie digunakan utk berubat..dicampur dgn minyak masak..klu nak tahu cuba sapukan pd org yg kene sampok..

      Padam
    3. setiap ciptaan tuhan ada kelebihannya..seingat sy mmg daun nie digunakan utk berubat..dicampur dgn minyak masak..klu nak tahu cuba sapukan pd org yg kene sampok..

      Padam
  19. Betul tu,, setiap ciptaan ada kelebihan dan kekurangan.. dan setiap makhluk ada kelemahan masing-masing. Tak mustahil jin tidak suka dengan pokok ini.. Kita hanya berikhtiar tetapi set pada pemikiran dan berpegang semua dengan izin Allah..

    BalasPadam
  20. Allahhurabbi,baru first time dengar nma daun geruda..rupanya byk khasiatnya.wallahhualam

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code