Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kes Pecah Rumah


Semalam petang, balik dari kerja ternampak ayah sedang rancak berbual dengan jiran-jiran lain di hadapan rumah. Aisyah sudah tidak betah diam melihat ayahnya di seberang jalan. Budak bandar, jarang keluar dari pintu pagar, begitulah.

Rupa-rupanya jiran belah depan, rumah hujung sekali (corner lot) telah dipecah masuk. Dipecah ketika mereka keluar waktu selepas maghrib. Balik-balik rumah, rumah mereka telah dipecah.

Cerita sebenar bagaimana rumah itu dipecah masuk dan berapakah nilai harta yang hilang tidaklah kami ketahui.

Kes ini menjadi pengajaran buat kami agar lebih berhati-hati. Bukan pertama kali rumah di kawasan ini dipecah masuk. Sebelum-sebelum ini juga ada kes pecah rumah tetapi di lorong lain.

Kawasan perumahan kami kebanyakkannya muda belia seperti kami (muda ke?) yang pagi ke tempat kerja, lewat petang bawa ke malam baru nampak batang hidung. Suri rumah ada juga tapi kebanyakkannya bangsa lain, bukan melayu. Kalau ada melayu pun seorang dua dan hanya duduk terperap di dalam rumah hingga kami beri salam untuk memberi jaudah atau ole-ole dari kampung pun susah nak buka pintu. Kami pula yang rasa malu berlama-lamaan memberi salam di hadapan pagar rumah orang. Phewww..

Pinjam dari Google



Nota Kaki : Esok sabtu..yeayyy..


Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Semakin menjadi-jadi sekarang ni Mar. Taman sebelah taman rumah kakak pun sama. Tinggal pergi solat maghrib balik lepas solat isyak rumah dah kena pecah (rumah org tua) barang dah banyak dan banyaklah ruginya. Kesian...

    BalasPadam
  2. tu yang paling ngeri tu..adeh..sekarang nie macam berleluasa pulak..eh...kampung melayu dulu dok jalan ape mar..hehehe

    BalasPadam
  3. Salam Mar..
    Take care ye. banyakkan doa semoga Allah lindungi kita semua kan..

    Kalau Mar nak tau pasal saving untuk anak dengan prubsn, boleh tanya saya anytime ye:)

    BalasPadam
  4. betul tu mar..kt kwsn kmpung el ni pun ada org pecah rumah..nak pulak ada satu umah tu kan berkali2 kena pecah masuk taw..dgr cite pencuri2 tu semua sllu pecah masuk waktu subuh2 tu ha..seriau el tau sbb suami el kdg2 xde kat umah keje malam..so mmg takut lah..hopefully xde pape lah

    BalasPadam
  5. akak kalau ada dengar rumah yg dekat2 masuk pencuri memang risau...apapun memang kena hati2..pencuri ni bukan bermusim..:

    BalasPadam
  6. kat mana2 pun skrg ni bahaya, dunia dah akhir zaman.

    setiap kali sblm keluar rumah bacalah ayat kursi smg Allah lindungi semua org insyaAllah.

    BalasPadam
  7. itu la kan.. kdg2 tue buat farah rasa takut dok dalam rumah sendiri..rasa mcm tak selamat jer.. Ermm mtk dijauhkan la..

    BalasPadam
  8. Salam Jumaat sis..
    memang amat merisaukan lah kes pecah rumah ni..dah macam2 cara pencuri ni gunakan.. takut jg, sbb hubby sllu takda kat rumah..huhu

    BalasPadam
  9. Semakin tak aman sekarang ni kan Mar.. ye lah taraf kos hidup semakin tinggi, jadi nak jalan senang, mrk mencuri.. kat taman akak pun macam tu Mar.. buat rodaan penduduk taman.. itu pun susah nak muafakat.. ada yg tak nak joint sama buat rondaan..

    BalasPadam
  10. ish takutnye. semoga umah kite terhindar dri perkara2 x diingini

    BalasPadam
  11. Pencuri dimana² saja. Kunci mcm mana pon dorang tetap boleh masuk. Hanay doa dan tawakal jer bila tinggalkan rumah.

    BalasPadam
  12. Takut pula... sekarang ni macam2 kes camni berlaku... harap2 kita dan keluarga dijauhkan dari perkara2 sebegini... :)

    BalasPadam
  13. Minta dijauhkan perkara begini terjadi pada kawan-kawan yang saya kenal tak kiralah di dunia nyata mahupun di alam maya.

    Pencuri sekarang mana ada perasaan takut, bersalah jauh sekali. Kenalah kita pulak lebih berhati-hati supaya tak lalai.

    BalasPadam
  14. akak doakan semuanya selamat
    take care yea mar n suami

    BalasPadam
  15. skrg ni kes jenayah dok dlm rumah pon bleh jdi kan...

    BalasPadam
  16. Perkara mcm ni lah yg mmg dirisaukan.. bnyk berlaku dah skrng. Semoga dilindungilah kita semua... aamiin.

    BalasPadam
  17. Sempoga semuanya selamat...risau dengar benda2 nii..

    BalasPadam
  18. takutkan benda gini
    hilang harta benda, mungkin boleh cari lagi
    hilang nyawa?
    hati-hatilah ye mar, teringat aisyah

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code