Mood memasak yang ke laut membawa kami ke sini. Sudah lama mahu bercerita mengenai pizza buatan melayu ini. Sedap dan penting ternyata halal.
Pertama kali makan Pazz da Pizza, 2 ke 3 tahun lalu ketika sudah berpindah ke rumah kami. Ayah yang perkenalkan. Dulu, lokasi kedainya hanya di Taman Mawar. Kedainya kecil sahaja tetapi perkhidmatannya cepat. Pazz da pizza juga ada servis penghantaran ke lokasi berdekatan tetapi minimum tempahan adalah 2 keping pizza.
Pekena pizza topping ayam percik
Kami memilih saiz L yang berharga RM22 ~ Makan sekeping sudah terasa kenyang.
Sekarang, mereka sudah berpindah ke kawasan Bukit Dahlia. Deretan kedai yang berhadapan KPJ. Kedainya jauh lebih besar dari sebelum ini dan pelanggan boleh menunggu di dalam kedai mereka dengan selesa. Malah, pelanggan juga boleh makan di kedai mereka.
Selain pizza, terdapat juga menu lain seperti kebab.
Waktu urus niaga : 11.00 pagi hingga 10.30 malam.
Lokasi : Lot Kedai Taman Bukit Dahlia, No. 63, Jalan Sejambak 14
(Bersebelahan Seng Heng Electrical Shop)
No. Telefon (Pasir Gudang) : 019 7279401 atau 019 7269401
Untuk maklumat lanjut, boleh layari blogspot mereka di pazzdapizza.blogspot.com. Terdapat banyak pilihan menu yang disediakan. Semuanya sedap-sedap belaka.
Cubalah! Pasti tak rugi.
19 Ulasan
ala..kita lalu je kedai tu..tapi tak pernah try..nak jugak test nanti mar..
BalasPadambestnya
BalasPadamtahniah org melayu dah makin maju ke dpn kan
BalasPadamjauh tu, kat Johor kan?
BalasPadamEntah bilalah kakak dpt pergi ni Mar. Dekat Plaza Angsana pun ada pizza org kita tau - Pizza Tasconi. Boleh tahan juga rasanya..
BalasPadam@Nor Azimah
BalasPadamye di johor..tp ada cawangan lain di ipoh..leh skodeng blog mereka..
mama lalu je, pandang je... tapi tak pernah menyinggah pulak.. selalu singgah sebelah dia yang kaler biru tu je.. hihihi...
BalasPadamBole try pasni. Ayu nk gi da beberapa kali asik je xjadi. Ada mmber try mmg dia kata sedap. Sokong muslim produk. :)
BalasPadamTak pernah 'terserempak' lagi dengan jenama ni... :)
BalasPadamalaaa nak tengok rupanya...he he he...
BalasPadampestime tgk pizza brand itu...kat kl xde ke cawangan pizza tuh..hehe
BalasPadamehhh umah mar dh lain la..me loikeee!!..;)
nk tgok pic pizza dlm kotak tu ;p
BalasPadammurah jugak ek klu pizza hut mau pitammm nk membayar nye
wah pizza..sedapnya..lama tak mkn..
BalasPadamWah.. best ni.. boleh take note. Thanks sharing info Mar.. :)
BalasPadamBoleh try pizza nie nanti ^_^
BalasPadamKalau lalu kat Pasir Gudang nanti bolehlah singgah. Kat KL memang takdalah can nak merasa.
BalasPadamsedapnyee pizza
BalasPadamawat tayang gambar kotak aje
BalasPadamcer tayang sekali gambar piza dia, confirm melelh ayer liur..hehe
saya antu piza
tapi tak pernah cuba piza yang ni
tak pasti pula dekat klang ni ada ke idak
Lama pula x mkn pizza..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.