Baca kisah-kisah mereka membuatkan ibu teringatkan anak sendiri. Sudahlah anak dara mereka bernama Aisyah. Sama dengan nama anak dara nan satu ibu tu.
maszmadi.blogspot.com , iamaproudmama.blogspot.com
Pinjam dari Google
Sejak dua menjak ini pula, Aisyah gemar menonton you-tube "Let it go" dan dia akan menyanyi dalam versinya. Versi budak umur 2 taahun lebih bercakap. Pelat. Part "let it go" sebutannya nyata pula.
Sejak seminggu yang lalu Frozen telah disiarkan di siaran Fox Movie. Peluang ini ibu tidak sia-siakan. Siap pesan pada ayah awal-awal, ibu cop tv. Lepas tu, dapat rakam versi HD. Memang cunlah. Tak pasal-pasal pula Aisyah terikut sama mahu menonton Frozen saban hari.
Tapi, Aisyah tak panggil Elsa tu Elsa atau Frozen. Dia panggil "let it go". Huhuhu..
Bila sampai part Anna cari Kristoff dan Kristoff cari Anna tu pula, memang Aisyah kusyuk sebab klimaks kan masa tu. Dalam ribut taufan dan kemudian Anna bertukar menjadi air batu dengan baju-bajunya (hehehehe). Kasih sayang terhadap kakaknya, Elsa melebihi segala-galanya. Dan Elsa pun menangis teresak-esak mengenang nasib adiknya, Anna.
Tup..tup.. Anna yang sudah beku sedikit demi sedikit hidup semula. Ohh...part inilah yang paling Aisyah teruja dan ayatnya, "ha...idup..." Kemudian melekek-lekek ketawa.
Kelihatan seperti ibu yang terlebih excited berceloteh berbanding Aisyah.
9 Ulasan
kita yang tua nie pun suka tengok frozen...hehehe
BalasPadamselamat pagi Mar, memang fenomena filem frosen ni pada kanak2 kan..:)
BalasPadamanak dara mama, berpuluh kali layan frozen .. naik muntah mama. satu hari sampai 6 kali satu cd tu berputar..
BalasPadamfenomena kan si Elsa ni ;)
BalasPadamumah akak yg ada budak laki ni pon suka layan..satu hari brape kali tengok pon x tau..semua layan cerita ni..termasuk hubby akak..
BalasPadamakak tag Mar http://umisura.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html
Bru lpas tgk ulang tayang yg entah ke berapa kali pg tadi.. Hehe.. Mmg boleh hafal step by step.. Hehe
BalasPadamkenapa ye kita xjemu walaupun dah tegok ulang2.. mmg best la jln cerita dan lagunya.
BalasPadamhehe...samalah anak kita mar wei
BalasPadamantu kalau tengok cite ni
layan dekat lappy je, tak langgan channel fox tu =)
tapi layan bebudak tengok cite kartun ni, best juga kan =)
Hahaha...memang rasa macam ibu yang terover excited tengok Frozen berbanding Aisyah ni :)
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.