Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Tabiat Buruk Pemandu Malaysia?


Selama 7 tahun ibu menjadi pemandu berhemah, pelbagai ragam pemandu yang ibu jumpa. Pelbagai insiden telah ibu alami.

Ibu mula memandu kereta sejak cermin kereta bertampal P dan hinggalah hari ini (dah lama takde P). Apa yang ibu perhatikan, kebanyakkan pemandu lelaki mudah menyalahkan pemandu perempuan. Entahlah. Teruk sangat ke cara pemanduan kaum hawa ni? Kaum adam lagi dasyat, buat jalan raya mengalahkan litar F1.


5 tabiat wanita (klik untuk baca) ~ No. 2 sahaja yang betul

Pinjam En. Google ~ contoh sandal yang ibu pakai untuk memandu.



Tabiat buruk pemandu di Malaysia. ~ www.arenakereta.com/2013

Tiada lampu signal ketika membelok atau menukar haluan.
Terus terang ibu katakan yang ibu tidak tahu apa masalah orang dalam kategori ini.
Adakah kerana dia tidak tahu akan fungsi lampu tersebut (choii...macamana boleh dapat lesen ek?)?
Adakah kerana dia tidak jumpa indikator tersebut?
Adakah kerana dia berkhayal?
Atau adakah dia seorang yang sangat pemalas?

Memotong barisan.
Spesis tidak tahu sabar dan tidak beradab. Terasa diri tu tinggi sangat darjat hingga tidak boleh beratur lama.

Meletakkan kereta berlapis (Double Parking).
Ini juga spesis pemalas dan pentingkan diri. Kalau ada pemandu di dalam kereta tersebut, dimaafkan.

Meletakkan kereta secara tidak bertanggungjawab.
Spesis pemalas lagi. Malas hendak membetulkan parkingnya dan bakal mendapat sumpah seranah berkoyan-koyan. Hati-hati bagi pemandu yang sering mementingkan diri sebegini, silap haribulan kereta anda akan calar balar. Ketika itu, anda pula yang menyumpah-nyumpah tidak kena tempat. Muhasabah diri ye.

Menekan hon untuk setiap kereta.
Yang ni tak berapa nak komen sebab jarang tekan hon dan jarang dikenakan hon melainkan dihon untuk tujuan mengurat.

Memandu di lorong kecemasan.
Kerap berlaku bila jalan sesak lebih-lebih lagi bila tiba musim perayaan. Ada juga pemandu yang rasa keretanya tidak boleh dipandu secara perlahan dan mengambil jalan mudah dengan menggunakan lorong kecemasan semata-mata untuk cepat sampai.
Pernah berlaku satu kejadian, sebuah kereta tersangkut dilorong kecemasan kerana tayarnya termasuk ke dalam longkang. Belum cukup expert tu.

Berhenti dan tenung.
Sikap prihatin pemandu Malaysia yang tidak boleh dibuang begitu saja. Terlalu prihatin dan memandu perlahan untuk menyaksikan suatu kemalangan semata-mata untuk menangkap gambar dan menjadi wartawan tak bergaji di laman sosial. Kalau ibu pemandu lori, memang best langgar kereta macam ni.





Nota Kaki : Saja je nak share..






Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. signl tu betul sesangat.. org nk lintas jln tunggu laa kreta nk lepas, tuptup dia belok... org mcm nie kena tax setiap kali x buh signal bila belok

    BalasPadam
  2. Betul tu..budaya memandu di malaysia memang tak beretika langsung..Membahayakan orang dan tak patut jalau yang suka2 tukar laluan..huhuhu

    BalasPadam
  3. paling tak suka klu sesetgh tu main masuk je x kasi signal...mmg naik darah jgk dibuatnya

    BalasPadam
  4. setuju mar...
    gunakan la signal tu..mahal tu kita bayar masa beli keter (termasuk dlm pakej keter kan)

    BalasPadam
  5. pagi-pagi mama hantar anak ke sekolah agama selalu kena macam tu.. kena hon suruh cepat, macam bangang je depan mama bas sekolah besar... nak suruh mama melompat tang mana.. langgar bas supaya laju.. menyampah betol

    BalasPadam
  6. double park tu selalu saye buat tp kt rumah la sebb duk umah flat, takde pilihan. hehe.

    BalasPadam
  7. paling tak menahan yg selalu kene hadap tiap hari ialah org x bg signal pastu suka sgt guna lane kecemasan..

    salam perkenalan dr sue www.sihatitunikmat.com

    BalasPadam
  8. Kereta-kereta di rumah kakak pulak dari tak ada P dah kena pasang pulak sebab sesekali anak dara kakak nak drive..

    BalasPadam
  9. Sebab itulah sebenarnya yang buat saya rasa malas sungguh nak memandu. Tapi tak cukup duit lagi nak upah driver F1 :)

    Sesetengah pemandu kat Malaysia ni memang jenis sambil lewa dan sangat tak bertanggungjawab. Pernah menyaksikan satu kejadian di rumah kakak. Sebuah kereta blocked another car. Kereta yang kena blok tu berkali-kali tuannya menekan hon. Langsung si culprit tukang blok kereta tu tak keluar. Dahlah blok kereta orang pastu angkat handbrake pulak. Manalah orang tak marahkan!

    BalasPadam
  10. yg tabiat wanita tu...no. 2 tu je yg betul...stress baca....ramai pemandu yg pentingkan diri sendiri...

    BalasPadam
  11. Rajin pulak awak Mar sambil memandu sambil memerhati gelagat pemandu kat Malaysia ni lepas tu buat summary kat blog hehe...

    Biasalah kononnya pompuankan insan lemah....Cis jangan berani pandang rendah kan Mar...

    BalasPadam
  12. mmng betul pon hadaoiiii nya la pon >_< urut dada je kadang tu...

    BalasPadam
  13. setuju tu Mar..dah jadi tabiat ciri2 di atas tu.:)

    BalasPadam
  14. No 1 tu mmng sy pn pelik. Knapa orng mlas sngt nk bg signal?? Bkn kna caj pape pn..

    BalasPadam
  15. Saya paling menyampah klu parking berlapis tu.. klu skjp je takpelah.. ada yg lama mcm tak paham hhmmm...

    BalasPadam
  16. Ada byk lagi klau nk uraikan... Termasuk buang sampai sesuka hati..

    BalasPadam
  17. saya pula baru 3 bulan dapat P =)
    dalam P ni kategori berhemah lagilah...hehe
    tapi semua yang tersenarai di atas memang betul
    kebanyakkan pemandu lelaki suka buat gitu
    tapi frankly speaking, pemandu malasyia memang teruk
    sebab tu kes kemalangan tinggi

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code