Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Telefon Pintar Berhantu


Tidak pasti samada kerana telefon pintar yang semakin pintar ini penyebab kepada ketaksuban kita. Atau kerana kecanggihan applikasinya atau juga trend selpie melpie yang aku akui aku juga terjebak sesekali.

Secara amnya, aku sangat pelik dengan situasi ini di mana orang terlalu tekun meneliti telefon pintar tersebut hingga aku sendiri tertanya-tanya, apakah yang mereka baca hingga begitu kusyuk sekali? Perlukah telefon itu ditelek sebegitu rupa hingga mengabaikan orang sekeliling?

Hingga ada masanya aku perlu mengawal pemikiranku agar lebih positif.

Dia balas whatAp penting.

Dia sedang membaca doa atau membaca Quran dari telefon pintarnya.


Hakikatnya, tidakkah mereka sedar betapa pincangnya pergaulan? Seolah-olah pergaulan yang sebelum ini rapat, mulai renggang hanya kerana wujudnya sebuah gadjet canggih yang bernama "telefon pintar".

Lagi yang aku tidak faham, selpie melpie hingga menyeksa diri. Panjat bangunanlah, duduk di pintu teksi yang sedang bergerak lah, buat muka serabai ala manja-manja untuk menunjukkan dia baru bangun tidurlah.. Ohoii..

Terlau ghairah untuk mengupload gambar di laman sosial khasnya, ohhhhh kadang kala aku yang melihatnya pun malu sendiri. Oi...nampak kain tu sepah-sepah. Hingga baju selonggok tak basuh pun nak bagi tau kepada umum. "Banyak nya baju nak basuh.."~dan gambar selonggok kain di dalam bakul diupload. Erkkk..ok..


Pinjam dari Google





Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Ahaha mcm2 ada kan pelik tpi trjdi

    BalasPadam
  2. Sekarang ni kalau boleh semua pun nak beritahu. Nasib baiklah tak update status ' Baru lepas keluar tandas'. Arghh...siksa membacanya!

    BalasPadam
  3. nasib baik kita tak tergolong dalam golongan yang terlalu taksub itu..fb pon lama tak ber'apdet'..

    ntah pape la manusia skarang nih..melampaui batasan sungguh..

    BalasPadam
  4. saya pun tak paham, mungkin sebab tak gajet =)

    BalasPadam
  5. orangtua pun dah leka wassap mar..
    pening kak..
    kalau dulu bawa hp sebiji saja..
    la ni mengangkut power bank ke sana sini..
    sabar ajalah

    BalasPadam
  6. hehe..cultural shock..

    anda di tag!
    http://storybyciksiti.blogspot.com/2014/09/liebster-award-2-by-siti-yang-menaip.html

    BalasPadam
  7. ermm.. rasanya tu tak perlu tunjuk kot kan mar.. macam takde privacy

    BalasPadam
  8. Dia tngh sibuk blogwalking guna hp kot.. :D

    BalasPadam
  9. Jangan kita yang macam tu sudahlah... :)

    BalasPadam
  10. itulah kesannya bila internet mudah di apply di phone ...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code