Tidak pasti samada kerana telefon pintar yang semakin pintar ini penyebab kepada ketaksuban kita. Atau kerana kecanggihan applikasinya atau juga trend selpie melpie yang aku akui aku juga terjebak sesekali.

Secara amnya, aku sangat pelik dengan situasi ini di mana orang terlalu tekun meneliti telefon pintar tersebut hingga aku sendiri tertanya-tanya, apakah yang mereka baca hingga begitu kusyuk sekali? Perlukah telefon itu ditelek sebegitu rupa hingga mengabaikan orang sekeliling?

Hingga ada masanya aku perlu mengawal pemikiranku agar lebih positif.

Dia balas whatAp penting.

Dia sedang membaca doa atau membaca Quran dari telefon pintarnya.


Hakikatnya, tidakkah mereka sedar betapa pincangnya pergaulan? Seolah-olah pergaulan yang sebelum ini rapat, mulai renggang hanya kerana wujudnya sebuah gadjet canggih yang bernama "telefon pintar".

Lagi yang aku tidak faham, selpie melpie hingga menyeksa diri. Panjat bangunanlah, duduk di pintu teksi yang sedang bergerak lah, buat muka serabai ala manja-manja untuk menunjukkan dia baru bangun tidurlah.. Ohoii..

Terlau ghairah untuk mengupload gambar di laman sosial khasnya, ohhhhh kadang kala aku yang melihatnya pun malu sendiri. Oi...nampak kain tu sepah-sepah. Hingga baju selonggok tak basuh pun nak bagi tau kepada umum. "Banyak nya baju nak basuh.."~dan gambar selonggok kain di dalam bakul diupload. Erkkk..ok..


Pinjam dari Google