Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ajar Anak Bermain


Tuk..tuk..keletuk..pang..pang..

Macam-macam bunyi terhasil dari tangan kecil itu. Sengaja dia berbuat begitu untuk mendapatkan perhatian. Sesekali kepalanya menoleh melihat mata si ibu yang sedang kusyuk menonton televisyen. Ibu hanya berdiam diri.

Tangan kecil itu buat bising lagi. Tuk..tuk..keletuk..pang..pang.. Mengetuk meja tanpa rasa bersalah. Seronok benar dia berbuat begitu.


Ayah : Hai...buat apa tu? Mengamuk?

Aisyah : Nyamuk ayah..nyamuk..

Ayah : Nyamuk ke ngamuk..


Ibu tergelak kecil. Kemudian, tangan kecil itu mencapai bekas duit syiling dan mula menghamburnya ke atas lantai. Crenggggg.. Kemudian dikutip sekeping demi sekeping, dimasukkan semula ke dalam tabung doreamon pink.



Segala tingkah lakunya hanya diperhatikan dari ekor mata ibu. Sesekali ibu menonton televisyen. Bukan senang dapat menonton drama hot and spicy di televisyen di masa-masa santai begini.


Aisyah : Ibu, nak syiling.. ~ Sambil menadah tangan.

Ibu : Kejap. Ibu cari.


Ibu melangkah masuk ke bilik, mengorek syiling dari dalam beg duit. Adalah beberapa keping. Tangan kecil itu sudah sedia menadah apabila ibu melangkah keluar dari bilik. Senyuman manis jelas terukir tatkala tangan kecilnya penuh dengan syiling. Dia memasukkan syiling satu demi satu ke dalam tabung.


Ibu : Ini aje tau. Dah habis... ~ Sambil menggayakan tangan menandakan 'takde dah'.


Crengggg..syiling dihambur sekali lagi. Syiling disusun atas meja pula. Sudah bosan menyusun, dibaling pula. Syiling bersepah di atas lantai.


Ibu : Aisyah, jangan baling-baling macam tu. Simpan elok-elok. Jom masukkan dalam tabung.


Ibu dan Aisyah berganti-ganti memasukkan syiling ke dalam tabung. Aisyah senyum-senyum bila dapat main bersama.

Aisyah : Yeayy..dah abis. Ibu....nak kartun....



Oh...akhirnya ayat keramat itu keluar. Maka berakhirlah sudah sesi menonton drama bagi seorang ibu.




Budak makan coklet..haihh





Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. cantiklah rambut dia tu sis wpun jarang2..

    BalasPadam
  2. aduhai.terbayang gelagat dia tu..anak IbuNoey pun sama perangai macam tu..kita dok tgk tv,sibuk la buat bising kat tepi.agak-agak kita tak layan,dia mulala nak minta kartun..budak zaman sekarang..;)

    BalasPadam
  3. Bila dah selesai main tumpuan ke tv. Ibu pun tak dpt sambung tengok cerita kegemaran ibu selanjutnya...

    Begitulah kehidupan ibu dan anak..

    BalasPadam
  4. beshnya main dengan anak ..

    btw follow sini :D

    BalasPadam
  5. eh.. mcm lain je blog..
    dah tukar wajah eh..

    cerah sikit nk tgok Aisyah..

    BalasPadam
  6. hahhah..lain kali tukar siling banyak sikit..kira sampai cukup2 la untuk habiskan 1 jam drama tv..

    BalasPadam
  7. alolo...aisyah..

    BalasPadam
  8. Hahaha. Ni sebenarnya nak minta perhatian ibu yang khusyuk menonton ke atau nak take over remote control, nak tengok kartun?

    Sesekali mak-mak dapat tengok TV memang ohsem sangat rasanya tau :)

    BalasPadam
  9. hhahaa ayat last dia tu tak leh blah 'nak kartun'

    BalasPadam
  10. Gitulah melayan anak main Mar....masuk tabung tabur balik sampailah dia jemu hehe...Betul kata Mimi ajar dia menyimpan jugak tu....

    BalasPadam
  11. hehe...tiba-tiba teringat dekat aisyah saya
    entah apa dia buat sekarang
    tapi aisyah saya tak pandai tengok kartun
    dia suka buat sepah aje, pastu suka dengar mama dia membebel

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code