.:: Entri ini copy paste dan bertujuan untuk berkongsi bersama ::.
(Artikel daripada sahabat di Telegram)
Ahad lalu pergi 1 kenduri kahwin dah agak lewat petang.
Saya cuma minum sahaja. Saya lihat tray buffet kekurangan lauk.
Ketika minum di meja , seorang yang mngambil makanan datang duduk skali dgn saya.
"Tak makan ka?"Dia menegur.
"Tidak,saya masih kenyang".Balas saya.
''Tak ada lauk dah.Buat kenduri jemput orang ramai, lauk tak cukup. Malu pada org, tinggal kuah saja.."Dia merungut.
Spontan saya membalas:"Saya rasa kita kena ingat,rezeki itu ditangan Allah, Allah yang menentukan apa yang kita dapat makan. Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu.Tuan rumah telah berusaha nak sediakan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang untuk tak cukup. Tetapi Allah menentukan sebahagian orang tak dapat makan, maka tak cukuplah. Jadi bersyukurlah dengan apa yang ada meskipun sekadar kuah dan nasi. Bukan makan itu matlamat hadir kenduri, tetapi memenuhi jemputan dan menjalin ukhwah itu yang lebih utama"
Dia terdiam,merah padam mukanya.
Saya nak mngajak semua pembaca kepada hakikat rezeki ketentuan Allah.
Jika pergi kenduri, apa yang etrsedia itu rezeki kita, sedap ka tidak, berkenan ka tidak, tinggal kuah dan nasi saja ka, itulah rezeki kita.
Jangan sesekali bersungut kerana jika kita bersungut, kita sebenarnya merungut takdir tuhan. Tidak ada tuan kenduri yang mahu jamuannya tidak cukup, bahkan cukup atau tidak terletak kepada ketentuan Allah
.
Jika anda singgah di R&R dan dapati lauk habis, jangan bersungut kata pekedai tak reti berniaga, apa yg ada itulah rezeki kita.
Jika balik rumah, dibawah tudung saji hanya ada nasi dan ikan tamban tergeliat (bahasa kedah untuk ikan tamban kering) dengan sambal belacan makan lah, hanya itu rezeki kita. Jgn diherdik isteri yg memasak. Jika tiada rezeki, lauk dimasak jadi hangit ,periuk terbalik, ikan dilarikn kucing dan serba macam sebab Allah akan jadikan.
Berlapang dadalah sebelum menuding tangan menyalahkn orang lain kerana takut kita tersalahkan Tuhan.
Jika nak makan sedap, nak makan banyak berusahalah sendiri.
Jika hanya nak datang mencedok ke dalam pinggan, bersyukurlah dengan apa yang ada.
Bukankah ini lebih baik, anda pulang dari jamuan dengan rasa lega dan redha, moga Allah juga meredhai.
Mafhum sabda Nabi yg bermaksud:Janganlah mengeji makanan, makan apa yang kita suka, tinggalkan yang tidak suka.
Apa yang tidak dapat disuap ke mulut kita itu adalah bukan rezeki kita. Kalau tak elok pada mata kita, tak sedap pada lidah kita, tinggalkan dan jangan mrungut, kerana anda mungkin merungut pada rezeki yang ALLAH BERIKAN.
Bumi Allah luas, sama-samalah mencari rezeki, kalau takde rezeki hari ini jangan pandang ke atas, tapi pandang ke bawah di mana lebih ramai yang menjalani kehidupan yang lebih sukar.
"Bersyukurlah kepadaKu maka Aku akan tambah nikmat."
22 Ulasan
insyaallah
BalasPadamsuka suka entry ni :)
BalasPadamaah jgn nak tgu disuap..pandai2lah nak cari sndiri huh
Nice sharing :)
BalasPadamgood sharing mar, tkasih:)
BalasPadamperkongsian yang bagus!!
BalasPadamBenar bagai dikata.
BalasPadamApa pun juga kalau bukan rezeki kita bak kata org dah pegang nak suap mulut tetiba jatuh ke tanah itu pun bukan rezeki kita...
Tapi kalau rezeki kita dah habis dlm hidangan tetiba keluar yg baru dari dapur itulah rezeki dari Allah..
Sentiasa bermuhasabah..
suka entry ni sis :)
BalasPadamNice sharing..tq
BalasPadamTQ sharing... selalu peringatkan diri bahwa semuanya datang dari Allah.. rezeki, ajal maut semua dariNYA.. so, selalu nya tak kan pertikai.. :)
BalasPadamMungkin dah itu rezeki kita kan besyukurla
BalasPadamtqvm 4 sharing...nice!
BalasPadamAdoi, sempat lagi tu nak merungut. Orang ingatkan kita dan jemput kita pun dah cukup. Kalau ada rezeki, makanlah. Kalau takda, nak buat macamana ya tak? Bukan rezeki kitalah tu namanya. Ini mesti kes nak makan sedap bila orang jemput datang jamuan.
BalasPadamPengajaran juga ni. Secara tak langsung tanpa sedar kita menyalahkan takdir Allah.
itulah... selalu ingatkan anak-anak.. jangan hina makanan.. itu rezeki Allah beri pada kita.. dapat jugak makan dari yang kebulur tak makan..
BalasPadambagus entry ni ros
BalasPadamkita kenyang tu pun bukan sebab makanan tapi sebab dengan izin Allah..
syukur alhamdulillah :)
wow, menarik entri ni dan mempunyai makna yang mendalam
BalasPadamkita manusia biasa yang kadang lupa hakikat tu
saya sendiri terbiasa berjumpa dengan manusia yang disebutkan di atas
cuma saya bezanya saya memilih untuk hanya jadi pendengar, kesilapan saya
manusia yang mudah merungut biasanya tak mudah menerima teguran
apa-apa pun, kita semua mempunyai peluang untuk berubah
rezeki tu sendiri adalah rahsia ALLAH
Tertarik dengan entri ni... :)
BalasPadamSemoga kita semua tergolong dikalangan org2 yg sentiasa bersyukur.. aamiin. T kasih atas perkongsian & peringatan ini Mar.
BalasPadamTula..setiap rezeki Allah yang bagi..kena sentiasa mensyukuri dengan setiap kurniaanNya..
BalasPadambagus entry ni mar. mengingatkan kepada yg lupa mcm saye ni. kdg2 kita rase kita dah bersyukur, tapi kdg2 kita lupa dlm situasi tertentu kita merungut sampai terlupa tentang rezeki itu drpd Allah.
BalasPadamTerima kasih Mar kerana berkongsi entri ni...best! OKje suka....
BalasPadamTulah tu kadang tu tanpa sedar kita terlupa yg kita merungut dengan Allah...Moga Allah menjaga peradaban kita dengan Dia dan sesama makhlukkan Mar...
Selalunya itu lah yang terjadi kn..
BalasPadamAda terbaca gak kt fb.. Hmm.. Renungan bersama.
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.