Kata-kata itu tajam ibarat mata pedang. Kalau tak tahu tajam mata pedang itu macamana, cubalah korang buat demo sendiri menggunakan pisau yang tak berapa tajam. Itu pun sudah sakit. Tak payah korang nak kerek cakap tak sakit.
Dalam hidup bermasyarakat, ditambah pula laman sosial yang bersepah-sepah, yang hanya kenal muka, kenal karya, kenal hasil tulisan, tetapi tidak berapa nak kenal hati budi masing-masing sepenuhnya. Sudah lumrah andai apa yang kita cuba sampai kan itu tidak sampai tetapi disalah ertikan pula.
Zaman telefon pintar, zaman selpie melpie, tidak hairanlah kalau jiran sebelah rumah pun tidak kenal. Nak say hi pon payah. Sebab semua orang dalam rumah, camno nak say hi. Say hi melalui whatAp ajelah. Cepat kan sebab semua orang ada gadjet canggih macam tu. Ekekeke... Opss..tak maulah say hi..ucaplah assalamualaikum.. Ok..ibu ngaku ibu juga begini..ahaiii..
Tapi ibu, kadang kala jawab whatAp lewat 2 jam. Pernah juga esok baru ibu jawab sebab terlupa on internet di enset tu. Ada kalanya masa tu juga jawab kalau pegang enset. Itu pun kalau tak berebut dengan Cik Aisyah. Kadang-kadang tu baru nak balas, eh anak dara bestnya tumpahkan air ke lantai sambil pijak-pijak. Dus..dus.. Dan paling tak boleh nak buat apa-apa bila baru nak balas whatAp atau seangkatannya, mata tiba-tiba berat dan terus terlelap macam orang tak tidur seminggu. Masa bekerja pula, emm..emm..al-maklumlah kadang-kadang tu perasan sibuk yang amat.
Walau di mana kita berada, jagalah percakapan, jagalah tulisan kita. Ibarat kita menulis blog ini juga, ibarat kita mencurahkan isi hati di sini. Sentiasa ingat, blog bukan tempat meluahkan rasa. Tidak salah meluahkan tetapi secara berhemah. Tidak semua perkara pelu kita curahkan di sini hingga yang membacanya pun sapat tangkap segala permasalahan yang melanda hinggakan hendak menarik balik pun tiada guna.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata..mung jawab sendiri..
Tapi, ada juga segelintir yang melontarkan ayat tanpa rasa segan silu, seolah-olah membaca hasil luahan hatinya tanpa tapis-tapis.
Adakah wujud perbalahan sesama blogger? Walau apa jua hasil karya, hasil penulisan blogger lain yang membuat kita tersentak, sentap, berkecil hati, ambil ia sebagai satu cabaran dan pengajaran. Tidak perlu memanjangkan isu yang tidak sihat ini.
Sebenarnya cuma nak cakap, jagalah ukhwah sesama kita. Kata-kata yang pedas lebih tajam dari mata pedang. Peace yo!!
Pinjam dari Google
Nota Kaki : Nampak sangat takde idea..
20 Ulasan
ok faham.. terima kasih..
BalasPadamtakut kan
BalasPadamTakutnya bila berbicara dgn orang..takut tersalah ckp n lukakan hati dia..
BalasPadam@Norhasniza Khalid
BalasPadamsama-sama kasih..ala tulis suka2 je
@Mar Mansor haha.. takde apa lah... ;)
BalasPadamSelembut lidah lebih tajam dari pedang hihihi
BalasPadamKesimpulannya cakap dan tulis perkara baik-baik sahaja...
BalasPadamJemput join...
Giveaway "Saya Nak Sihat" Sept 2014
Noted with thanks ;)
BalasPadambetul lah tu mar, setuju sangat
BalasPadamkadang kita tak begitu perasan apa yang kita kata mungkin buat orang tersinggung
betul tu sis. lidah ag tajam dr pisau. hukhuk.
BalasPadamayat mung jawab diri tu i likeee! ganuu kiteee. haha
Saya kadang-kadang tak jawab pun WA kalau tak sempat. Kih3x.
BalasPadamNi mesti ada terbaca kes bloggers bercakaran sesama sendiri ke? Mula-mula kenal dunia blogging ni, saya pun pernah terbaca hal ni. Saya pun pelik mengapa boleh nak bertikam lidah di alam maya. Yang penting, tak mahu join sekaki.
Rambut sama hitam, hati lain-lain. Adakalanya apa yang kita tintakan membawa maksud yang jauh berbeza pada yang membaca.
Kakak ni Mar kalau 10 WA adalah 2-3 aje yg kakak reply.
BalasPadamItulah Lidah tak bertulang mar tapi kalau sekali lontar boleh buat org tersentak sebaiknya berhati-hati. Sama juga dgn penulisan kita.
@Mummydearie
BalasPadamada juga blogger lain yg memberi nasihat secara umum..ala warna warni kehidupan kan...
Memang tak elok bercakaran namun bagi kathy sendiri mungkin penyampaian sesebuah entri itu tidak di fahami sepenuhnya oleh pembaca terutama pembaca sekali lalu je so timbul salah faham. Padahal entri tersebut lebih merujuk pada pengalaman owner itu sendiri yang cuba untuk menasihati mereka yang tidak tahu. Kekadang kita selalh tertanya² tapi malas nak bertanya. Sudahnya,pendamkan rasa marah dan sakit hati hingga wujudnya perbalahan. Seeloknya kita baca sebuah entri hingga habis agar kita tahu apa yg cuba di sampaikan...
BalasPadamMar setuju tak? Hehehe...
@Kathy R'bain
BalasPadambetul3..setuju kak..
Mmg betul tu.. kdg2 kata2 yg lembut pun boleh membuatkan hati terguris.. pedih...
BalasPadamSalam singgah...terpulang juga pada penerimaan si pembaca dan pendengr tu... Klau dia Yg mkn cili atau Yg mendengar tgh bad mood time tu Kita berseloroh pun terasa hati jugak diaaa..
BalasPadamhidup kita ni sekejap sahaja ... klu bleh elak dr menyakitkan hati sesiapa ... sama ada lidah atau jari yg menaip , semuanya bermula dari hati dan otak ...maka jagalah keduanya itu agar tidak tersasar dr landasan ...
BalasPadamTak de idea apanya....panjang berjela tu....
BalasPadamHarap tak delah kengkawan yg berkecil hati dgn penulisan okje ye....huhu
nice sharing :)
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.