Hampir sahaja diri ini lupa telah ditag oleh Rai Ourkizuna. Sebelum lupa dan terus lupa, ibu cerita la serba sedikit tentang diri ini.

7 je ok. Fakta bukan auta.



1- Lahir di Johor, emak dan abah berasal dari Johor, berkahwin dengan orang Johor dan sekarang menetap di Johor.


2- Suka masak tapi tak pandai buat kek atau biskut.


3- Tak berapa gemar coklat dan tak heran kalau ayah dan aisyah bercekau berebut makanan yang bernama 'coklat'.


4- Berdikari - Dari zaman masuk uni, zaman bujang bekerja hinggalah sudah berkahwin.


5- Tak suka orang yang cepat sentap - Sebab semua orang ada masalah dan kehidupan masing-masing. Jadi, kita bukan boleh agak apa yang berlaku terhadap orang yang kita nak sentap tak pepasal tu.


6- Gemarkan Novel Thriller dan Fantasi - Membaca hampir kesemua karya RAM, Zaifuzzaman dan suka membaca novel yang pelik-pelik.


7- Suka on televisyen tapi tak tengok sangat dan buat kerja lain. Sebenarnya mengelakkan rumah sunyi sepi. Bosan pula keadaan sunyi sepi ni.


Cukuplah 7 kan. Sekarang ni kita tengok pula siapa yang kena. 

4- Husna
5- KopiO