Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Rendang Daging Istimewa


Resepi ini telah ibu gunakan beberapa kali dan resepi ini sajalah yang menepati citarasa anak tekak ibu dan ayah. Ibu lebih suka rebus daging selama 1 jam terlebih dahulu sebelum dimasak.

Kalau belum rebus daging tu rasa lain macam je tekak ni nak terima.


Baharu dicurah santan, sedang menggelegak



Terima kasih kepada Kak Yatie dari Blog Sinar Kehidupan kerana sudi kongsikan resepi yang memang ternyata sedap dan mudah ini. Tak sangka pula Kak Yatie ni orang johor kan.

Inilah resepi yang ibu gunakan. Jom terjah.. (copy paste je).


Bahan-Bahan
  • 1 kg daging btng pinang ( dihiris kecil dan nipis)
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 2 cawan santan (sedikit pekat)
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1/2 ketul gula melaka (hiris halus)
  • 2 keping asam gelugor
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 cawan minyak masak utk menumis
Bahan Kisar Basah
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bwng besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai - di hiris halus dan kisar
Bahan Tumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 batang serai - diketuk
Bahan Disangai dan Dikisar Kering
  • 3 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
Cara Memasak
  1. Hiris daging nipis, cuci dan toskan.(Kalau guna daging biasa rebus dulu hingga empuk)
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan2 tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar basah dan cili kisar dan kacau lagi.
  4. Masukkan bahan kisar kering. Kacau lagi. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga keluar air daging dan kering sedikit airnya. Kacau sesekali.
  5. Masukkan santan dan kacau rata. Masak dengan api sederhana agar daging lembut elok.
  6. Masukkan pula gula melaka dan asam gelugor. Masak lagi hingga daging sebati.
  7. Bila daging sudah hampir masak, masukkan kerisek,daun limau purut dan garam secukup rasa dan masak hingga kuahnya pekat sedikit. Kacau rata. (bila dah letak kerisek, masakan akan mudah hangus, elok dikacau sesekali.....masa ni guna api kecil je).
  8. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutup api bila daging sudah benar2 empuk dan kuahnya pekat/kering.
  9. Setelah siap bolehlah di hidangkan bersama ketupat, pulut kuning atau nasi impit..





Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. raya hji dah nak dekat bleh la masak ek..

    BalasPadam
  2. Tetiba kakak teringin nak makan dgn pulut kuninglah Mar:)

    BalasPadam
  3. sedapnyee... teringin plak nak makan rendang daging.. :)

    p/s :menabung mayfair sini

    BalasPadam
  4. Lya x prnh lgi try msk rendang blh cuba ni

    BalasPadam
  5. Xpenah lg try masak rendang..nebes lak nak cube..hehe

    BalasPadam
  6. sy suka sgt rendang cili padi.hehehe.tambah cili padi sedap gila pedas pedas.hehe

    BalasPadam
  7. @safurara
    kalo nk rasa pedas lagi boleh tambah cili..betul tu..

    BalasPadam
  8. Salam Mar.. saya lame dah tak masak rendang... tekak ni nak makan lak, pabile terpandang entry rendang di sini,hahaha...

    BalasPadam
  9. Ni kira praktis untuk merendang pagi raya hajilah ya :)

    Nampak sedap. Saya dah rebus daging semalam. Boleh kot kalau nak merendang hari ni :)

    BalasPadam
  10. X pe2...tgok je dulu..SA tgh diet ni...hihihi

    BalasPadam
  11. Rajin Mar...Insyaa Allah nanti kak ana cuba versi rendang Mar pulak .. :)

    BalasPadam
  12. Fuhh.. klu mkn dgn nasi himpit pun sedap juga ni... :)

    BalasPadam
  13. Nurul selalu terjah blog K Yatie ni, tapi sbgai silent reader je, hehe...
    Sedappp tu Mar...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code